Anda berniat menyusukan anak sehingga 2 tahun, tapi malangnya baru habis pantang susu pun mulai kering?
Dah cuba pelbagai Milk Booster tetapi masih tidak berhasil?
Ketahui rahsianya!!!
Rahsia #1 (Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama(sarapan, makan tengah hari, makan malam) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh ibu untuk menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana risau gemuk, maka golongan ini akan kurang makan atau makan sekadarnya. Mereka yang mengambilan makanan harian tanpa mengambil kira zat yang diambil, kemudian mereka mula bertanya, Mengapa berat badan anak saya tidak naik ya??
Rahsia #2
Banyakkan minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air sangat penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.
Rahsia #3
Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat penting! Mengapa?
Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang.
Contohnya : Pengambilan B complex membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing dan keletihan. B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan tidak menghidap penyakit kencing manis.
Pengambilan Omega Guard pula membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan mudarat. Ia membantu memecahkan lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu membekalkan DHA dalam susu ibu.
Rahsia #4
Makan dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini
“Bila saya minum air longan saya merasakan payudara saya bengkak dan hasil perahan lebih banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum air logan setiap hari susu saya akan bertambah banyak. “ Maka ibu ini pun kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum terus mencari air longan dengan segera. Namun pastinya ada yang merasakan ada perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak merasakan perubahan. Mengapa?
Hakikatnya ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan dengan rasa gembira, maka badan kita akan menghasilkan hormon yang memberikan ketenangan dalam tubuh kita seterusnya melonjakkan penghasilan susu dengan lebih baik.
Rahsia #5
Kerap pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit mula culas dan malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut menjadi banyak dengan pelbagai milk booster. Ada ibu yang mula berhenti pam kerana sus keluar hanya 1-2 titik sahaja. Apabila kita teruskan pam dengan konsisten, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan, maka lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang terus berhenti pam, badan akan menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi. Maka walau sebanyak mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak kembali banyak.
Maka dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam memperbanyakkan susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen yang dicadangkan, namun hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan tengah hari, dijawab saya memang tak makan tengah hari. Bolehkah sebatang tebu menghasilkan sejug air tebu? Walau secanggih mana pun mesin yang digunakan tentunya tidak dapat menghasilkan satu jug air tebu.
Makanlah dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa untuk pam juga ya. Ada juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya tak pam sebab takde susu. tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai teman-temanku sayang, bagaimana otak nak memberi arahan pada badan untuk menghasilkan susu kalau tiada permintaan?
Hakikatnya, supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang kurang dalam badan dan memastikan susu ibu berkualiti serta membantu membakar lemak-lemak tepu dalam badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplemen akan mendapati tubuh mereka lebih mudah kembali ke bentuk asal serta mendapat kulit yang cantik. Hanya dengan mengamalkan rahsia-rahsia ini.
Selamat mencuba!