Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

Petua Cik 'B' Kembali Menawan

Assalamualaikum...Selamat Pagi...
Tahukah anda, saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak.
Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.
Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar.
Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu.
Kuasa Urutan

Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Menurut Setiawaty teknik uturan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. “Bila kandungan masuk tujuh bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. Terangnya.
Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin.
Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering.
“Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima”. Ujarnya lagi.
Senaman Payu Dara
  • Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda.
  • Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan.
  • Tolak berlawanan arah dengan serentak.
  • Lakukan ia 10 – 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara.

Friday, 27 September 2013

Menyusu dengan FLAT NiPPLE??

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Dalam duk melayan si kecik, tetiba teringat masa mula2 nak BF Rania ni,... Daku memang mengalami masalah Flat Nipple ni dari awal pregnancy sampai laa kelahiran si kecik...
Tapi Alhamdulillah, Rania dapat jugak merasa kolostrum dan menyusu badan......
Ramai rasanya mummy2 kat luar sana yang mengalami masalah seperti ini.. Hari ni sekadar berkongsikan melalui pembacaan tentang bagaimana proses pnyusuan dilakukan walaupun mempunyai masalah Flat Nipple ni..
Jom baca!
             


Ada di kalangan ibu menyusu mempunyai struktur nipple seperti di atas. Gambar di sebelah kiri menunjukkan nipple retraction atau nipple yang flat atau leper. Dan disebelah kanan nipple inversion atau tenggelam. Maka, ramailah ibu-ibu yang mempunyai struktur nipple seperti di atas merasakan kurang yakin untuk menyusu bayi mereka.

Sebenarnya walau bagaimanapun struktuur nipple anda, anda tetap mampu menyusukan bayi anda. Ini kerana posisi "latch" yang tepat ketika menyusu adalah apabila bayi memasukkan bahagian aeroala sekali ke dalam mulutnya seperti gambarajah di bawah.

                                           


Jadi sekarang, ibu-ibu tak perlu risau atau rendah diri lagi... Amalkan beberapa tips di bawah supaya anda lebih yakin menempuhi alam penyusuan dengan jayanya..In Sha Allah...

  • Perlu yakin kepada diri sendiri bahawa anda mampu memberikan yang terbaik kepada bayi anda
  • Seawal sejam pertama selepas kelahiran, lekapkan bayi anda ke dada dan latih agar bayi pandai latch dengan betul. Dapatkan bantuan nurse/lactation councellor jika hadapi masalah. jangan malu ya walau terpaksa panggil berulang kali. Kena fikir for the sake of ur baby.
  • Ketika mandi, boleh tarik nipple kerana ketika mandi urat akan mudah mengikut tarikan tangan kita
  • Perlu faham dan yakin bahawa bayi perlu memasukkan aerola sekali dalam mulutnya, bukan hanya nipple sahaja. Allah Maha Berkuasa dan Bijaksana :)
  • Sesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan anda dan bayi. Boleh refer SINI
  • Elakkan menyusu bayi ketika payudara bengkak. Ini akan menyebabkan nipple makin flat/inverted ketika menyusu. 
  • Boleh amalkan mengepam dahulu sebelum menyusukan bayi agar nipple anda tertonjol sedikit   (kredit)
Semoga mummy2 yang mengalami masalah seperti ini, dapat mengambil sedikit info ye... Sama2 kita berjuang utk anak kita.. Mudah2an anak kedua daku nanti In Sha Allah dapat menyusu dengan sebaiknya.. Semoga Allah permudahkan.. Ameennn

Sunday, 22 September 2013

Petua Wanita untuk Bersenam

Assalamualaikum semua...
Hari Ahad datang lagi.. Kalau untuk kita yang sedang bercuti hari ni, selamat bercuti la ye.. 
Selalunye pagi2 hari cuti camnilaa elok nk kuar jogging ke, exercise ke kan.. Tapi melalui pengalaman sendiri, memang sangatlaaa susah nk exercise.. hihiii. Sebab tu laa berat malu2 nk turun... Sebenarnya macam2 cara boleh kalau kita betul2 nak.. betol tak?
Tiada kompromi!! Bersenam / exercise bukan hnya perlu ke luar rumah.. dalam rumah pon boleh je.. Nak ngan taknak je kan.. ni tuju kat diri sendiri jugak ni.. ohhoii....
Jom lihat tips dan petua camne kita nak bersenam / exercise...walaupun hanya di rumah...

1.  Bangun dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas sedalam-dalamnya. Rasai nikmat anugerah Tuhan di sekeliling anda. Jalanlah di persekitaran rumah anda untuk menikmati udara pagi dengan penuh ketenangan. Di samping itu anda boleh melakukan sedikit aktiviti regangan.
2.  Kereta anda kotor? Jangan terus membawanya ke kedai, bersihkan sendiri kereta anda. Ini bukan sahaja menyihatkan badan malah mampu menjimatkan wang.
3.  Jika anda tinggal di kondominium atau pangsapuri, sudah tentunya anda menggunakan lif untuk sampai ke rumah anda. Apa kata anda mengubah situasi ini. Gunakan tangga. Anda tidak semestinya naik menggunakan tangga sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif separuh perjalanan sahaja. Ini merupakan senaman yang baik untuk jantung, membakar kalori dan membina otot.
4.  Letakkan kereta di tempat agak jauh daripada tempat yang ingin ditujui. Ini akan menyebabkan anda berjalan untuk sampai ke destinasi tersebut. Dengan cara ini, anda telah melakukan sedikit senaman.
5.  Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja anda ketika waktu makan tengah hari atau masa rehat. Ini akan membantu untuk membakar kalori, berbanding jika anda duduk menikmati snek semata-mata.
6.  Ketika berada di rumah, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda atau pun binatang peliharaan anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengeluarkan peluh.
7.   Sebelum dan selepas makan, dukunglah bayi anda. Jangan guna “stroller”. Ini bukan sahaja dapat membantu membakar kalori anda, malah ia juga akan merapatkan kasih sayang anda dengannya.
8.  Anda juga boleh melakukan aktiviti berkebun di rumah anda. Tanamlah pokok bunga yang anda sukai. Ataupun, anda boleh juga menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan. Anda bukan sahaja dapat memakan hasil tersebut, malah anda juga akan menjadi semakin sihat
9.  Berbasikal jika ingin pergi ke rumah rakan anda (untuk kawasan yang berhampiran rumah anda). Anda bukan sahaja dapat menikmati udara segar di sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh. Lakukan aktiviti ini pada waktu petang. Tentu menarik, bukan?
10.Semasa menonton tv, anda tidak semestinya terpaku di kaca tv sahaja sambil menikmati makanan ringan. Harus diingat, makanan ringan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit. Sebaliknya, anda boleh melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci lantai atau mencuci perabut di rumah anda.
11.Amalan membersih tingkap, permaidani, ruang tamu dan sebagainya juga membantu membakar kalori anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap hari.
12.Anda juga boleh memasak sendiri di rumah. Untuk mengadun doh roti misalnya, lakukan sendiri dengan menggunakan tangan, jangan menggunakan alat pengadun. Anda bukan sahaja menyediakan makanan yang bersih dan sihat untuk keluarga anda, malah rasa makanan tentunya lebih mengikut citarasa dan selera anda. Tentunya anda akan berpuas hati apabila mendapat pujian daripada ahli keluarga kelak.
13.Rancang aktiviti hari minggu anda bersama keluarga. Tidak semestinya pergi ke pantai atau keluar berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh lakukan sesuatu di rumah misalnya membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga anda. Tentunya amat seronok bersama-sama melakukan aktiviti ini, di samping itu tekankan pentingnya menjaga kebersihan kepada anak-anak. Ini sudah pasti akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga anda.
14.Jika anda memiliki alat senaman di rumah, jangan berlengah lagi. Anda boleh membaca bacaan ringan di samping melakukan senaman dengan menggunakan alat senaman ini. In tentunya menjadikan anda lebih tenang.

Monday, 16 September 2013

Bila si kecik lambat berjalan..

Salam semua...
Orang sibuk cuti Hari Malaysia, daku pon sampai x sempat2 nak update blog.. 2 hari tanpa entri...
Nak cakap sibuk sgt xde la... tp dah 2 mlm keluar blk lambat smpai tgh2 mlm... emm.. Memang x tertahan mata ni.. ^^.. Tambah pulak diri yang rasa pening2 lalat kalau waktu mlm.. Rasa nak demam pon ada,... Rasa tu ada, tp Alhamdulillah, xdemam.. ^^ 

Berbalik ke tajuk entri hari ini....
Sebenarnya, sebagai seorang ibu, agak2 risau x, bila orang sekeliling duk tny, Rania umo brape dah? eh, xleh jalan lg ke?

Heee..  tp daku jawab je.. belum lg..Tapi tanda2 nk berjalan tu kemain lagi.... Tapi, mungkin sbb risau jatuh kot... Tu mulut daku yg mnjawab...Tp dalam ati, risau jgk tu... Doa hari2 moga Rania cepat jalan.. Mudah2an Allah permudahkan proses pembesaran Rania, Ameennn..

Mak pernh gtau daku spya jgn risau laa Rania ni x berjalan lg. Bukannya xleh jalan langsung.. Dia boleh mlgkah2, kita pegang sebelah tgn dia pon dh ok.. mmg laju dia jln.. tp kalau lepaskan tgn , trus dia dduk.. tak kira laa atas rumput ke, atas pasir ke, duduk aja... anak.. oo anak... 

Mak cakap yang adik bongsu daku dulu umo 18 bulan baru blh jalan.. haaa.. lambat tuuu.... Tapi xpela... lambat atau cepat perkembgannya, yang penting, semoga sihat2 sj.. Yang tu je Umi doakan utk anak umi ni..  Bila anak sihat, kita pon hepi.. betul tak?

Mummy2 tahu x, kebanyakannya pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ini hanya bererti dia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum boleh berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi... Haa. see? Jngan risau ye mummy2... 
Ni pujuk diri sendiri jugak ni.. ^^

Apa peranan ibu bapa bila anak mula belajar berdiri?
Jom baca.... (kredit)

Semasa bayi anda belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri. 

Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan membantunya bergerak ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas). 

Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ia akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya. 

Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya. 

Seperti biasa, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda. 


Bila harus bimbang?

Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang. 
(Rania memang agak lambat meniarap, merangkak, tumbuh gigi.. tu yg buat daku xde laa risau sgt klu dia lmbt brjalan.. Tapi perkembangan tu tetap ada... )

Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain. 

(Rania memang lahir pramatang iaitu pada 37weeks.. Jadi, berhenti dari kerisauan yang berlebihan ye Umi!! Tak lama lagi Rania boleh jalan sendiri, In Sha Allah )








Sunday, 1 September 2013

Petua Menangani Anak Lasak



Kanak-kanak lasak biasanya sukar duduk diam dan enggan mengikut arahan ibu bapa. Kadang-kadang kita mudah melabelkan mereka sebagai nakal. Biasanya ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. Kanak-kanak begini mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif. Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka, akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.

1. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak biasa.

2. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang kita labelkan.

3. Jangan sesekali merasa bosan. Lama-kelamaan anak anda akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.

4. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

5.Selalu berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang positif akan membuat kanak-kanak tersebut lebih kreatif.

6. Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.

7. Bentuk disiplin pada kanak-kanak hiperaktif suapa di masa hadapan mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.


Kredit: Ensaiklopedi Petua Melayu Lama

Wednesday, 28 August 2013

Watak bayi ketika menyusu


Selamat pagi semua..

Bersiaran dari rumah, di pagi yang indah.. ^^

Bayi biasanya mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama. Mereka akan kerap tidur, menangis bila memerlukan sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain. Dan ciri yang paling menarik, semua bayi adalah comel. Saya sentiasa geram bila melihat bayi. Setiap kali melihat bayi baru lahir, teringin untuk menambah lagi..

Namun bayi ini akan mempunyai watak mereka tersendiri. Anak-anak daripada ibu dan bapa yang sama, namun pelbagai watak dan perangai. Kenali watak mereka ini. Jadi layanan juga akan berbeza mengikut watak mereka. Jika kita layan semua bayi dengan cara yang sama, mungkin menimbulkan masalah. Tentu mereka akan kuat meragam kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Dan bayi juga dalam masa yang sama cuba memahami anda.

Berikut watak bayi anda ketika menyusu:

1. Bayi yang pandai mengikut waktu – bayi ini mudah dijaga. Mereka mempunyai waktu yang tetap untuk tidur, menyusu dan membuang pada waktu yang sama.

2. Bayi cerewet – bayi yang memerlukan banyak perhatian daripada ibunya. Tidak mempunyai masa tetap, jadi si ibu perlu membantunya mengenal waktu.

3. Bayi yang kuat menyusu – bayi ini akan kerap menyusu sehingga melecet mulutnya. namun ini semua tidak menjadi masalah. Kulit ini akan tumbuh dan tangggal sehinga kulit bibir bayi menjadi tebal.

4. Bayi yang menunggu – bayi ini tidak menyusu sehingga berusia 4 ke 5 hari. Bayi ini mungkin tidak akan berusaha menghisap susu kecuali susu suah ada dan mengalir sendiri ke mulutnya.

5. Bayi yang mengantuk – bayi ini suka tidur, terutama ketika menyusu. Kejutkannya ketika menyusu jika tidur. Sebelum menyusu cuba bermain dengannya agar dia tidak mengantuk dan cergas.

6. Bayi aktif – amat suka menyusu, namun sukar diam. Dia akan mengerakkan kepala ke kiri dan kanan mencari puting. Jika terlepas putting, dia akan menangis kuat. Ajar bayi anda menyusu dengan tenang.

7. Bayi mengigit – suka menerkam dan mengunyah putting. Jika dia mengunyah, keluarkan puting anda dari mulutnya. Jangan tarik tetapi masukkan jari anda untuk mengeluarkan puting dari mulutnya.

8. Bayi yang selalu muntah – untuk hindarkannya dudukan bayi agak membongkok ke depan ketika sendawakannya.

9. Bayi berat sebelah – bayi ini suka menyusu sebelah sahaja. Berikan dulu bahagian yang tidak disukainya dahulu.


kredit:PersatuanIbuMengandungDanMenyusu 

Anda ibu menyusu yang perlukan milkbooster utk membantu penyusuan ?
Anda boleh mencuba Set Penyusuan ini untuk membantu ....
Dan boleh lihat testimoni pengguna MILK BOOSTER di sini..

Kami menyediakan Set Penyusuan dengan harga TERHEBAT utk anda, semua ibu-ibu yang comel ^^....psstt.. Untuk kite-kite aje..

Boleh hubungi saya sekiranya berminat di sini:


Friday, 23 August 2013

Doa banyakkan susu ibu

Salam bersiaran..
Selamat pagi semua...
Hari ni nak kongsikan DOA tk BANYAKKAN susu IBU....

Jadi, utk ibu2 yang sedang menyusu, boleh amalkan ni ye.. 
Dan bagi mereka yang telah mengambil supplement Shaklee utk proses penyusuan, semoga proses menyusukan bayi  anda lebih lancar... In Sha Allah.. 
Jom baca doa yg boleh dikongsikan bersama..

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

kredit: mamafaiz

Friday, 2 August 2013

Doa untuk dapatkan zuriat

Assalamualaikum.
Selamat malam.. (daku tulis entry ni pada waktu malam.. :) )
Sekadar berkongsi satu doa sebagai usaha untuk rakan2 mendapatkan cahayamata.... Yang penting, usaha dan doa... selebihnya kita sebagai hamba, berserah kepada Allah jua...
Untuk anda yang masih menanti rezeki zuriat..selain usaha, ikhtiar dengan supplements, dengan cara moden atau pun tradisional..jangan lupa untuk perbanyakkan doa..antara golongan yang dimakbulkan doa mereka ialah mereka yang sedang berpuasa sehingga tiba waktu berbuka...
Selain dari doa..amalkan juga buat solat tahajud sebelum sahur ye... lagi elok sepertiga malam... ^^



Ni antara doa Nabi Zakaria untuk dapatkan zuriat..

 Surah Al Anbiya (Ayat 89)



Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkau lah jua sebaik baik yang mewarisi".

Ayat diatas juga boleh diamalkan 3x selepas solat lima waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.


Surah Ali Imran (Ayat 38)



Maksudnya:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 



Semoga sedikit info ni membantu kawan kawan ye..
dan sekiranya kawan2 mahu mecuba Set Kesuburan Shaklee pon boleh.. Mana lah tahu usaha ni berhasil... Jom lihat testimoni pengguna Set Kesuburan di sini...

Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma... 

Friday, 26 July 2013

Tip Beli Kasut Anak





1.      Fesyen
Pilih kasut yang menutup tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari kaki anak mudah bergerak dan berkembang dengan baik. Elakkan kasut yang berhujung runcing kerana ia menyekat pergerakan jari jemari kaki. Kalau yang ada anak perempuan, jangan terlalu cepat membenarkan anak kecil bertumit tinggi kerana ia boleh membuatkan kaki anak cenderung ke depan.

2.      Pemilihan bahan
Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Ini boleh membuatkan tulang kaki anak tidak berkembang dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat daripada bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat.

3.      Ukuran
Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun. Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu kasut itu di kaki anak anda dalam keadaan anak berdiri dan anak anda memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar.

4.      Bahagian dalam kasut
Pilih bahagian dalam kasut yang dilapisi pengalas lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras.

5.      Tumit kasut
Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi, maksimum hanya satu sentimeter. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga anak anda mudah melangkahkan kaki dengan selesa.

kredit: pama

Tuesday, 23 July 2013

TIPS MEMANDU KETIKA BERBADAN DUA♥


Bagi ibu hamil yang bekerjaya,anda pasti tidak boleh elak dari memandu ketempat kerja meskiupun hamil. Jadi,ramai yang tertanya-tanya, boleh ke saya memandu ketika hamil? Bahaya tak? Ada kesan kat kepada baby?

Kehamilan bukanlah suatu penyakit. Wanita mengandung pun boleh memandu dan melakukan apa sahaja dengan wajar dan baik jika tahu cara yang betul.

Anda boleh meneruskan rutin harian anda itu asalkan stereng tidak menekan perut. Tidak menjadi masalah bagi bakal ibu memandu asalkan keadaan mereka baik. Berikut adalah tip agar ibu dan calon buah hati dalam kandungan sentiasa selesa dan selamat ketika memandu.

1. Kenderaan biarlah selesa tanpa kesan goncangan kerana kesan goncangan kenderaan boleh meletihkan ibu. Pastikan penyaman udara berfungsi dengan baik agar pemanduan sentiasa dalam keadaan nyaman dan selesa.

2. Posisi tempat duduk harus selesa, sekitar 30 darjah ke belakang supaya perut tidak terganggu dan tangan tidak sukar memegang stereng. Perhatikan posisi kaki tidak tergantung.

3. Pilih tali pinggang keledar yang mudah laras, iaitu yang membolehkan ia mengikuti gerak tubuh (elastik) namun bila kejutan, ia mampu menyentak ke belakang.

4. Pasang tali pinggang keledar melewati peha sampai tulang pinggul, tepat di bawah kandungan. Bahagian tersebut mesti ketat, namun pastikan agar janin tidak tertekan. Pastikan bahagian tali yang satu lagi melewati tengah dada.

5. Jika takut perut terkena stereng, letakkan bantal kecil antara perut dan stereng.

6. Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat sepanjang perjalanan yang bakal ditempuhi. Maklumat tersebut sangat membantu bila rahim mengalami kontraksi dan bersalin di luar jangkaan.

7. Sebaik-baiknya tidak memandu seorang diri.

8. Bila usia kandungan mencapai 8 bulan, anda tidak sepatutnya memandu lagi. Dapatkan nasihat doktor jika mengalami sebarang ketidakselesaan yang menggusarkan.

Last sekali ,enjoy your prengancy moms.9 bulan adalah masa yang singkat,anda pasti rindu saat bersama bayi ketika dalam perut. Paling penting, jaga kesihatan diri dan congratz bakal terima orang baru penyeri hidup.


kredit: persatuanibumengandngdanmenyusu

Monday, 22 July 2013

Atasi bengkak susu

Selamat petang mummy2...
Pernah tak alami bengkak susu ? Umi pernah alami ni masa mula2 bersalin dulu... Balik dari hospital kene ni.. Almaklumlaa... bsalin czer, de masalah nipple ke dalam pulak tu masa tu.. bby mmg refuse df... masa awal2 tu memang pam je laa.. sampai nak patah pinggang dudukk ngepam.. sakitnya laa kan masa tu.. Masa tu mak suh letak kubis je... memang umi x amalkan yang lain, just ambk daun kobis yang sejuk2 tu letak lam c**i... ^^... alhamdulillah, ok lepas tu... 

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.


Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

kredit: pama

Harap dapat membantu mummy2 ya^^

Monday, 24 June 2013

Suami perlu bersedia ketika isteri bersalin

Dup dap dup dap rasanya jantung bila semakin dekat tarikh bersalin. Lebih-lebih lagi kalau ini pengalaman melahirkan anak pertama. Macam-macam perasaan dirasakan. Takut, risau, bimbang, kecut perut dan macam-macam lagi.
Tetapi jangan ingat yang anda seorang sahaja mengalami perasaan takut kerana suami juga sebenarnya merasakan perasaan yang sama. Mungkin si dia kelihatan macho dan tenang. Hakikatnya, sebagai bakal papa apatah lagi jika ia pertama kali, sudah tentu perasaan risau dan takut turut dirasakan.

Justeru itu, buatlah persediaan untuk menghadapi saat kecemasan apabila isteri mula menunjukkan sakit hendak bersalin. Carilah ilmu daripada mereka yang sudah berpengalaman atau membaca pelbagai panduan hadapi isteri bersalin yang ada di banyak majalah, buku dan internet.

Di harap panduan berikut sedikit sebanyak membantu mengurangkan debaran papa dan memahami peranan yang patut dilakukan dalam proses mencemaskan tersebut.

1. Faham Proses Awal Untuk Bersalin
Sebelum proses pelahiran, isteri akan mengalami sakit kontraksi (proses pembukaan pintu rahim untuk membolehkan bayi keluar). Suami perlu tahu bahawa kesakitan yang akan dialami isteri adalah berpanjangan. Emosi isteri jadi tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Janganlah anda pula yang menjadi marah dan enggan membantunya. Ketepikan ego seketika dan cuba mengalah kepada isteri pada saat kritikal ini.

2. Bersedia Fizikal Dan Mental
Suami perlu bersedia emosi dan fizikal kerana proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya malah kadang kala sehari suntuk. Bantulah menenangkan isteri anda ketika dia sedang sakit kontraksi. Memimpinnya berjalan dapat meredakan kesakitan. Berjalan dikatakan membantu mempercepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri untuk menenangkannya.

3. Bersabar Dengan Kerenah Isteri
Sakit kontraksi yang dialami isteri adalah sakit yang paling sakit. Jadi, emosi isteri akan berubah-ubah.  Pada peringkat awal kontraksi, kesakitan baru bermula dan tidak terlalu kerap, jadi urutan dan sentuhan dapat menenangkannya. Tetapi di hujung kontraksi, apabila kesakitan semakin kerap, isteri jadi serba tidak kena dan tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin boleh meninggikan suara. Cuba bersabar bila berdepan saat tersebut.

4. Tenangkan Isteri Untuk Fokus
Ketika sakit bersalin berlaku, isteri asyik memikirkan perkara buruk dan menjadi hilang fokus serta semakin gementar.  Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Bantu isteri bertenang dengan memberikan kata-kata semangat, bagi pasangan muslim, ajak isteri banyak mengucap, berselawat dan beristigfar. Suami juga perlu banyak membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika menghadapi saat genting ini.

5. Jangan Tinggalkan Isteri Sendirian
Sokongan suami amat diperlukan oleh isteri ketika berhadapan saat mencemaskan ini. Jika boleh, jangan tinggalkan isteri, sentiasa berada di sisinya. Luahan perasaan kasih sayang dan kata-kata dorongan memberikan aura positif kepada isteri untuk kuat melalui saat getir bersalin.

kredit: karangkraf

Sunday, 12 May 2013

Tips mendidik anak solat


Sunnah Nabi suruh ajar anak solat bila mana anak menjangkau umur 7 tHUn..dan wajib rotan klu x solat pd umo 10 tahun.. Dan sebagai seorang umi kepada si kecik Rania yg baru berumur 9 bulan, itulaaa yang mahu diajarkan kepada si anak.walaupun bukan sekarang... tapi 1 yg umi perasan, Rania akan duduk diam  bila tgk umiwalid dia solat... ^^, .. Mungkin ini 1 permulaan dan pengenalan untuk si kecik...

Semua ibu juga pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka... bukan hanya ilmu dunia, tapi juga ilmu akhirat...... Dari kecik laa sume ni kene ajar, sbb anak bile dah makin besar, banyak lagi perkara lain yang dia akan belajar..tapi kalau bab solat, mengaji ni tak dibuat dari awal, yang susahnya, kita sbgai ibu bapa......... Masa tu tak bolehkan salah orang sekeliling, x boleh salahkan keadaan dll.. Semua bermula dari ibu bapa sediri, betul kan?


1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.

2. Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya.

3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdhal.

4. Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu’. Begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas.

6. Belikan anak telekung atau songkok, jubah, baju melayu yang dia suka.

7. Pada awal latihan solat, biar anak baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh anak, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku’, sujud dan lain-lain.

8. Jangan hadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil sikat rambut anak, sambil jalan-jalan dalam kereta, minta anak baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dan lain-lain.

9. Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang.

10. Ajak anak dan adik-beradik yang lain untuk solat berjemaah bersama-sama apabila ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Bermacam ragam mungkin akan terjadi. Maka bersabarlah menghadapinya.

12. Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian anak, ada waktu untuk tonton TV, main bersama kawan, belajar, buat kerja rumah dan solat.

14. Beritahu anak sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Jadi nasihat anak agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat yang dia lakukan.

15. 2-3 bulan selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, ajar anak untuk baca dengan nada perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.

16. Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke mana-mana. Semasa dalam perjalanan jauh, kita boleh ajak anak solat bersama di R&R, masjid atau surau tempat kita berhenti.

17. Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak bersabar. Nabi beri tempoh yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan. “Practice Makes Perfect”.

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jangan suruh anak solat, tapi kita seronok dan leka menonton TV atau melayari Internet.


Sumber: IloveIslam

Saturday, 11 May 2013

Cara mandikan bayi......................

Masih ingatkah mummy2, perasaan kali pertAMA memandikan bayi anda???
Takut ada, cuak ada, semuanya ada laaa pendek kaTa.. kan?? Selalunya, ramai ibu yang x berani nk mandikan bayi sehari selepas dilahirkan... Kalau msh kat hsptl, mmg nurse yang buat.. tp bila balik umah, ada berani ke nak mandikan bayi anda sendiri??

Sama laa jugak.. Umi Rania dulu pon takut2 ms nk mandikan bayi.. tp rs excited tu ada..walaupun tme tu luka czer masih lg trase...nak jgk mandikan si keciik Rania... Dirumah hanya kali pertama je mak (Nenek Rania) yang tolong mandikan anak.Tapi kali ke2 dan seterusnya, Umi Rania sendiri yang mandiikan... ^^ Yang pasti... seronokkkk sgt :)

oklaa......Dibawah disediakan tips untuk mummy2 trutamanya mummy baru yang mungkin tada pengalaman memandikan bayi.... (kredit to Drypers)

Tahukah anda??
Ianya adalah mitos bahawa semua bayi suka mandi - ada bayi yang benar-benar bencikannya! Samada bayi anda menyukai waktu mandi atau sebaliknya, pastikan mereka sudah kenyang dan cukup rehat sebelum anda memulakannya, agar mereka berpeluang mengecapi nikmat mandi itu sendiri. 


Ini adalah apa yang anda perlukan: 
• Tab mandi! 
~Jika anda tidak mempunyai tab mandi bayi yang khusus, anda boleh menggunakan singki bilik mandi sehingga anda mendapatkan satu tab mandi. Bersihkan ia sebelum anda memandikan bayi anda. 
• Tuala muka,, kapas, kain kasa lembut atau tuala lama yang dipotong-potoong adalah berguna. 
~ Anda perlukan tuala yang besar, yang bagusnya diperbuat dari jenis kain tuala yang sangat lembut. 
• Anda mungkin hendak menggunakan shampo bayi sekali-kali, tetapi itu tidaklah perlu. Anda juga akan memerlukan sikat yang bergigi halus. 

Suhu bagi air mandi 
~Suhu air mandi seharusnya sekitar 37 darjah C (suhu badan). Gunakan siku anda untuk memeriksa sama ada suhu air rasa sesuai, atau dapatkan sebuah jangkasuhu mandi kecil. 
~Ambil perhatian bahawa mandi setiap hari tidak akan membahayakan kulit bayi. Tapi sebaiknya tidak menggunakan sabun. Sabun tidak diperlukan walaupun bayi anda telah membuang air besar. 

Mulakan dengan kepala sewaktu memandikan bayi 
~Ini adalah caranya bagaimana anda memandikan bayi anda: 
• Siapkan semua barangan keperluannya sebelum anda meletakkan bayi anda ke dalam tab mandi 
• Pegang bayi dengan baik pada bahagian belakangnya apabila memandikan bayi kecuali jika anda menggunakan tab mandi berbentuk tubuh 
• Cuci mukanya, telinga (belakang telinganya juga) dan lehernya 
• Angkat lengan dan basuh ketiaknya 
• Gosok kulit kepala dengan tapak tangan anda. Anda boleh urutkan kulit kepala dengan lembut dengan air. Angkat dagu, dan cuci di bawah dagunya - dan lehernya. 
• Cuci punggungnya akhir sekali. Jika dia baru sahaja buang air besar, anda perlu cuci bahagian bawahnya sebelum anda mula memandikannya. Pastikan anda - dengan lembut - cuci kulit lipatan antara paha dan badannya. 
• Gunakan tangan anda atau tuala muka untuk mencuci belakangnya. 
• Angkat dia keluar dari tab mandi dengan berhati-hati dan lapkan dia sehingga kering - termasuk semua lipatan kulitnya - sebelum menyalinkan dia. 

Senaman ringan dan urutan dengan menggunakan pelembab adalah baik jika sekiranya anda mempunyai masa dan tenaga untuk melakukannya.

Ok mummy2, yang mana x de pengalaman tu, In Sha Allah akan berani laa pasni nak mandikan baby ye ^^


Salam sayang,
Umi Rania yang hepi ;)