Tahukah anda, saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak.
Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.
Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar.
Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu.
Kuasa Urutan
Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Menurut Setiawaty teknik uturan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. “Bila kandungan masuk tujuh bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. Terangnya.
Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin.
Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering.
“Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima”. Ujarnya lagi.
Senaman Payu Dara
- Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda.
- Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan.
- Tolak berlawanan arah dengan serentak.
- Lakukan ia 10 – 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara.
No comments:
Post a Comment