Friday, 18 October 2013

Vitamin vs Ubat

Assalamualaikum sahabat..
Apa khabar hari ni? Hari cuti.. tapi Walid Rania kerja separuh hari.. jadi, kita sempat update blog dulu.. Info berguna untuk semua...

Bila sebut vitamin, ramai yang ingat sama je ngan UBAT.. alahaiiiii.. Salah tu dik! Vitamin tu adalah supplemen....Entri sebelum2 ni ada daku kongsikan Kenapa kita perlu mengambil supplemen....
Kadang2, lagi sedih bila ade juga yang menganggap buang duit je beli supplement-supplement nie...waaahh.. cik kak... beli kasut mahal, beg mahal tak merungut pon..trus sambar je klu berkenan...tp, beli vitamin / supplemen kemain lagi minta kurang dan kurang lagi.. ish2.. macam2 ragam orang ni kan... psstt.. tapi kan, daku jual harga MURAH je taw.. hiihii...hehehhee...tapi tak pe laa.. utk mereka yang x berminat nak beli atau mencuba supplemen atau vitamin ni..kite tak boleh mengubah pendapat orang tetapi kite boleh membuka matanya supaya dia paham ape pentingnya supplement berbanding ubat-ubatan medikal..sememang ramai yang lebih gemar membeli belah barangan seperti kasut, bag dan sebagainya berbanding melaburkan sedikit duit untuk kesihatan yang entah bila akan berakhir.

Jadi hari ni nak kongsikan apa bezanya UBAT dan VITAMIN ni? Jommmm...

Vitamin

vs

Ubat-ubatan



Sebenarnya industri medikal atau perubatan dan industri pemakanan tambahan adalah berbeza, sangat berbeza. Dalam industri perubatan, pengeluaran ubat-ubatan di bawah kelas farmaseutikal memerlukan pembuktian dari ujian klinikal. Maknanya sejenis ubat itu perlu menjalani ujian klinikal yang terbukti boleh bertindak ke atas sesuatu penyakit sebelum ia digunapakai. Dan bahan2 farmaseutikal ini tidak boleh dijual sewenang2, terutama yang mengandungi dadah terkawal.

Berlainan dengan supplement, ia adalah bahan nutraseutikal yang tidak semestinya melalui ujian klinikal (namun produk Shaklee tetap menjalani ujian2 klinikal termasuk pengesahan dari pihak ketiga). Sebab itu kita dapati banyak sangat syarikat, termasuk MLM yang mengeluarkan produk berupa makanan tambahan (samada dalam bentuk kapsul atau minuman). Produk supplement boleh dijual secara bebas, tak macam produk2 perubatan.

Dalam industri medikal, praktiknya mengutamakan ‘mengubat’ manakal dalam industri nutritional, praktinya mengutamakan ‘mencegah’. Oleh sebab itu kita lihat.. Misalnya dalam menangani kanser.. kalau dalam industri medikal, pelbagai jenis mesin canggih2 dicipta untuk mengubati dan merawat kanser. Manakala dalam industri nutritional, pelbagai jenis pemakanan tambahan, anti oksidan dan sebagainya dikaji dan dihasilkan untuk mencegah dan mengelakkan kanser daripada merebak.

Oleh yang demikian, sebagai pengguna kita hendaklah peka dengan perbezaan ini. Kenapa kebanyakan doktor tidak menyarankan supplement, ini kerana praktik mereka lebih kepada medikal dan farmaseutikal. Manakala pengamal supplement dan perubatan alternatif, praktiknya lain, iaitu lebih kepada hal2 nutritional dan nutraseutikal.
Namun keputusan terbaik tetap berada di tangan kita. Mahu mencegah atau berubat, tepuk dada tanya selera
(credit


Jadi... jika anda telah membace entri ini..harapnya anda semua sedar dan buka mata, buka hati...ingatlah, tanpa kesihatan yang baik, semua bende kita tak boleh dan tak mampu buat.. nak beli beg mahal, baju mahal masa tu pon tak nak dah kot.. sendiri pikir ye.. Tak salah melabur untuk kesihatan... untuk anda dan keluarga anda... :) Mencegah lebih baik dari mengubati ...

Salam sayang...
Umi Rania :)


No comments:

Post a Comment