Tuesday, 29 October 2013

ISU HALAL HARAM BOVINE GELATIN SHAKLEE


Memandangkan terdapat segelintir pengguna yang masih ragu2 
dengan isu halal terutama sekali terdapatnya gelatin yang digunakan 
didalam produk Shaklee, maka perlu untuk saya rungkaikan status 
halal Shaklee ini supaya semua pengguna Shaklee dapat terus 
amalkan vitamin ini secara selamat & tanpa was-was lagi selepas ini




Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine 
yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah
 mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang
 menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada 
sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara 
adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak 
sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, 
Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk 
Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza.

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :

Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan 
perasan ianya ditulis

“Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) 
Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.Manufactured 
for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA”

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang
 Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat 
menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada 
Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada 
masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh 
bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya 
pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus
 terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol 
Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada.

 Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada
 tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui 
penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah 
berbeza. Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan 
kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya 
pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat
 sendiri cara penghasilannya.Tetapi bila menjumpai 
OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya
 tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee 
saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin,
 OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada.
 Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau 
bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak 
dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner 
Pharmacaps (Canada) Ltd. Lalu, saya pun terus mencari 
tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah
 syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition
 terbesar di dunia.

Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai 
no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi 
talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam 
menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service 
yang nak layan. Pencarian diteruskan dan menemukan saya
 dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic 
Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui 
hasil di bawah.





















Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal 
oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner 
Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps 
Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL

Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. 
Roger Gordon?Manufacturers are also becoming more 
sensitive to consumer needs by providing a wider 
selection of capsule choices that meet specific dietary 
requirements. Due to the global nature of the marketplace 
it has become increasingly important to understand the 
special needs of consumers. For example, the Halal two-piece
 capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs 
of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal 
by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA)
. Further, capsules meeting Kosher needs are also available.*

Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih 
yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL.
 Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap 
negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh 
produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. 
Kita lihat untuk soy lecithin.

Shaklee Japan


Shaklee Malaysia
shaklee Malaysia


Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi 
produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika 
anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap
 Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. 
Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. 
Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal 
untuk pasaran Malaysia.
Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.

No comments:

Post a Comment