Hari ni rasa terpanggil utk berkongsikan sesuatu....
Sebabnya, sebagai seorang wanita yang dah kawen, ini laa perSOALAN yang keluar dalam kepala daku setiap kali nak bersalam.. Lagi2 kalau time raya ...
Serba salah kita dibuatnya..
Nak kata tak tau, tau jgk walaupun tidak sepenuhnya.. kalau dari kecik daku di ajar utk tidak bersalam dengan mereka yang bukan muhrim, daku faham ketika itu.. Bukan muhrim ni cth: sepupu lelaki, SUAMI kpd mak sedara kita, kawan2 lelaki kita, Abg / adik ipar lelaki kita dll...
Tapi masalahnya, bila dah kawen ni, mula laaa rasa confuse bila masuk bab bapa saudara2/spupu belah suami..Walaupun ni tahun kedua beraya bersama keluarga suami, tetap rs cnfuse tu sbb kdg2 bukan semua ikatan persaudaraan antara mereka kita tahu..Setiap kali nak g braya, mesti tanya, apa ikatan abg dengan mereka ye? Tapi ni kalau ikatan jauh2 laa.. atau yang jarang kita jumpa.. Kalau pak sedara / mak sdare dia yg dekat2 pernah jumpa ni kita tau laa kan... Bila dh macam tu, mula laa cnfuse. Nak salam ke tak nak? Nak hulur ke x nak.. Kang nampak macam x hormat pulak...Ya Allah! memang kdg2 cnfuse...Mula laa search kat internet, bc2 sedikit sbyk tentng mana yang boleh, mana yang tidak boleh... (kalau ikutkan, dulu2 dh baca, tp mungkin pemahaman kurang, x paham2 jgk)
Jadi adat plak kan.. asal raya je, mesti salam.. Asal jumpa je mesti salam.. yang boleh tu boleh laa.. yang tak boleh?Tapi, memanglaa kan.. Kadang2 orang tak faham antara adat dan hukum..
Adat tu kita dah terbiasa buat ni dari dulu...Bila tak salam, dianggap x hormat, sombong...
Contoh, kalau di tanya, eh boleh salam ke dgn pakcik ni? Tapi di jawab, kitorang kat sini memang macam ni.... Orang yang lebih tua dari kita, semua kita salam...Sebenarnya, Kalau stakat salam tu tanda hormat, pon bleh membatalkan air sembahyang dan jatuh hukumnya adalah HARAM bersalam.. Kalau HARAM --->> DOSA.. Tak nak laa kan, dalam berhari raya, ziarah menziarahi nak dpt pahala, tapi dosa pulak kita kumpul. Nauzubillah..
Daku sendiri pon bukan alim sgt nak cakap pasal ni.. ..Tapi sekurang2nya, bila kita dah tahu, kita boleh dan cuba elakkan,. Biar laa orang lain yang dah tahu,tetap nak bersalam, tapi kita yang tahu, cubalah elakkan.. cukuplah sekadar tunduk dan senyum sbgai tanda hormat.. In Sha Allah, mereka akan faham....
Pernah jgk bertanya kpd mereka2 yang kita rs lebih arif, tp penerangan diberi kdg2 juga meragukan kita..
Tapi In Sha Allah, selepas ni, daku tahu yang mana boleh salam . yang mana x boleh...
Jom tgk carta ni sekejap..
Carta di atas menunjukkan dengan siapa kita boleh bersalam.. dan dengan siapa kita HARAM bersalam.. Sebaiknya, jika kita wanita yang telah berumahtangga, punya keluarga mertua ipar duai, rujuk balik di mana tempat kita.. Apa yang boleh , apa yang tidak...
Walaupun dia pakcik saudara suami kita, tetap jatuh HARAM kalau bersalam... Ingat tu. Peringatan ni utk diri sendiri jgk...
Sedikit penjelasan yang saya ambil dari blog Ustazah Azimah.. semoga kita semua mendapat ilmu dan manfaat ye..
Asal salam je hari raya, asal hari raya je bersalam…
1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..mengikut Mazhab Shafie..( semua org tahu kan )
Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..
2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya..
bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..
Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?
Jawapannya:
A-Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
B- Anak saudara perempuan sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya,kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..
C- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
D- ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. tetapi ketika mereka masih kecil tk mengapalah..
F- Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
Dengan SEPUPU pun sama sepupu lelaki dan perempuan tk boleh bersalaman HARAM hukumnya.
Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”
Akhir kata cuba2lah kita semak balik siapa yg selalu kita salam selama hari ini ketika kita raya atau kita berziarah ke rumah suadara mara kita. Jika dahulu atau yg lepas2 kita tk tau tk mengapa sekarang dh tau..jgnlah buat ye..
Jadi kesimpulannya, dengan penerangan dari Ustazah Azimah ni, sefaham daku...bg keluarga sebelah suami yg lelaki, daku sebagai isteri hanya boleh bersalam dengan bapa mertua, Atuk mertua dan ke atas shj... Selain dari tu, HARAM bersalam...
p/s: Jika silap pemahaman saya ni, mohon di beri pencerahan oleh yang lebih arif.. Semoga kita sama2 dapat manfaat.
p/s: Jika silap pemahaman saya ni, mohon di beri pencerahan oleh yang lebih arif.. Semoga kita sama2 dapat manfaat.
Thanks atas perkongsian..sy pon salu kompius bab muhrim ni..huhu
ReplyDeletesis Mahram.. Muhrim tu orang dlm Ihram
ReplyDelete