Saturday, 24 August 2013

20 Makanan Untuk Jantung Yang Sihat

Salam bersiaran...
Tahukah anda?
Jantung merupakan satu muscular organ yang besarnya hanyalah seperti segenggam tangan. Ianya terletak di belakang, bahagian kiri dada. Jantung berfungsi untuk mengepam darah melalui rangkaian arteri dan vena yang juga dipanggil sebagai kardiovaskular. 

Ada 20 makanan yang boleh diambil untuk Jantung yang sihat! Makanan tersebut mengandungi nutrisi yang membantu tubuh kita menjaga kesihatan jantung kita.


HERBA YANG SEGAR
❀ Herba yang segar yang dicampurkan ke dalam makanan membantu jantung agar sihat
❀ Boleh menggantikan garam, gula, dan lemak trans
❀ Rosemary, sage, oregano, dan thyme mengandungi anti-oksidan

KACANG HITAM
 ❀ Kacang hitam dipenuhi dengan nutrisi yang menyokong kesihatan jantung termasuk folate, anti-oksidan, magnesium, dan serat
❀ Nutrisi tersebut membantu mengawal kolesterol dan kadar gula dalam darah

IKAN SALMON
❀ Ikan salmon kaya dengan Omega-3, EPA, dan DHA yang merupakan makanan utama untuk kesihatan jantung
❀ Omega-3 boleh mengurangkan risiko rhythm disorders dan mengurangkan tekanan darah
❀ Membantu dalam mengurangkan triglycerides dan mengurangkan keradangan
❀ American Heart Association mencadangkan 2 hidangan salmon atau minyak ikan dalam seminggu

IKAN TUNA
❀ Tuna juga kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung
❀ Albacore mengandungi lebih omega-3 berbanding dengan jenis tuna yang lain
❀ Antara sumber lain omega-3 ialah mackerel, herring, lake trout, ikan sardin, ikan bilis

MINYAK ZAITUN
❀ Extra virgin minyak zaitun kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai polifenol, baik untuk kesihatan jantung
❀ Membantu mengurangkan paras kolesterol
❀ Membantu melindungi saluran darah

WALNUTS
❀ Pengambilan 1.5 ounces walnuts sehari boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan keradangan pada saluran arteri jantung
❀ Walnuts kaya dengan omega-3, monounsaturated fats, dan serat

ALMONDS
❀ Almonds kaya dengan sterol tumbuhan, serat, lemak jantung yang sihat
❀ Membantu mengurangkan kolesterol LDL
❀ Mengurangkan risiko kencing manis

EDAMAME
❀ Kacang soya hijau yang terkenal di Jepun
❀ Kaya dengan protein soya yang membantu menurunkan tahap triglyceride darah
❀ 1 ½ cawan edamame mempunyai 9 gram serat bersamaan dengan 4 keping roti gandum

TOFU
❀ Jadikan soya protein sebagai makanan utama seperti menjadikan tofu as main dishes instead of daging merah
❀ Kaya dengan mineral untuk kesihatan jantung, serat, polyunsaturated fats of soy
❀ Membantu mengelakkan arteri tersebut disebabkan oleh lemak tepu

SWEET POTATOES
❀ Mempunyai indeks glycemic yang rendah dan mengawal kandungan gula dalam darah
❀ Mengandungi kandungan serat yang mencukupi, vitamin A, lycopene untuk kesihatan jantung yang lebih baik

ORANGES
❀ Mengandungi serat yang mengawal kadar kolesterol
❀ Mengandungi potassium yang mengawal tekanan darah
❀ Membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan mengawal tekanan darah melalui antioxidant hesperidin

SWISS CHARD
❀ Sayuran hijau kaya dengan kalium dan magnesium yang membantu mengawal tekanan darah
❀ Juga mengandungi serat, vitamin A, antioxidants, lutein dan zeaxanthin untuk kesihatan jantung

LOBAK
❀ Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
❀ Mengurangkan risiko terkena kencing manis
❀ Mengandungi serat mudah larut yang membantu mengawal kadar kolesterol

BARLEY
❀ Kandungan serat membantu merendahkan kadar kolesterol dan juga kadar gula dalam darah

OATMEAL
❀ Membantu merendahkan tahap kolesterol LDL
❀ Membantu mengawal dan mengekalkan kandungan gula dalam darah

FLAXSEED
❀ Mengandungi 3 element yang baik untuk jantung iaitu serat, phytochemicals (lignans), dan ALA (asid lemak omega-3)
❀ Badan akan menukarkan ALA kepada Omega-3, EPA, dan DHA

LOW-FAT YOGURT
❀ Membantu mengawal tekanan darah
❀ Mengandungi 2 kali ganda khasiat kalsium dan potassium

CHERRY
❀ Merupakan antioxidant yang membantu melindungi saluran darah

BLUEBERRIES
❀ Menyokong kesihatan jantung
❀ Mengandungi ellagic acid, beta-carotene, lutein, vitamin C, folate, magnesium, potassium, dan serat 

KOPI
❀ Kajian mendapati 3 - 4 cawan kopi membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 %
❀ Kopi dan teh membantu melindungi jantung


Semoga perkongsian ini membantu anda supaya melindungi jantung anda. 
kredit: Supplement4all

No comments:

Post a Comment