Sunday, 11 August 2013

Tips kurangkan mual ketika hamil



Apabila seorang wanita hamil, kebiasaannya mereka akan mengalami morning sickness. Tahap keseriusan morning sickness bebeza antara individu. Ada dikalangan ibu hamil tidak pernah merasa morning sickness dan ada yang mengalaminya dengan sangat teruk sehingga di masukkan ke dalam wad. Rasa mual dan muntah yang dialami oleh ibu hamil adalah lumrah lebih-lebih lagi di peringkat awal kehamilan seperti dalam tempoh Trimester Pertama.

Pengalaman sendiri mengalami masaalah muntah dan mual semasa mengandung memang tidak dapat di elakkan. Hilang selera makan, tidak boleh hidu bau makanan atau benda yang berbau busuk. Jika tidak pasti akan muntah.

Ini antara yang pernah di amalkan bagi mengurangkan rasa mual dan muntah:

- Bila muntah pada waktu pagi, makan makanan kering seperti sereal, roti atau biskut sebelum bangun dari tidur, atau cuba makan makanan ringan tinggi protein seperti keju sebelum masuk tidur (protein perlu masa lama untuk dicerna).

- Makan makanan ringan setiap 2-3 jam lebih baik dari tiga kali makan utama. Makan secara perlahan dan kunyah makanan.

- Sentiasa duduk tegak selama 10-12 minit selepas makan untuk mengelakkan dari pedih ulu hati (heartburn).

- Makan makanan mengandungi cairan. Elakkan mengambil cairan dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa. Amalkan minuman seperti jus epal atau anggur.

- Elakkan makanan pedas, bergoreng atau berminyak. Juga kopi kerana ia boleh merangsang asid dalam perut.

- Elakkan bau yang menyengat dan menimbulkan rasa mual.
Halia berkesan mengurangkan rasa mual. Ambil jus campur halia atau kapsul halia.

- Bertanya pada doktor untuk mengambil vitamin B6 atau mengambil ubat yang lain. Segera berjumpa doktor bila mengalami muntah terus menerus. Ia boleh menyebabkan dehidrasi (kurang cairan dalam badan) dan perlu mendapat bantuan segera.



** Elakkan memakan makanan yang terlalu masam kerana ianya tidak elok untuk minda walupun sebenarnya ia dapat mengurangkan rasa mual dan elakkan dari muntah. Apa yang saya sendiri amalkan adalah dengan mengambil kismis sebgai langkah bagi mengurangkan rasa mual dan muntah.

No comments:

Post a Comment