Friday 30 August 2013

Set Kesuburan Lelaki Shaklee Bajet

Kesuburan lelaki sama pentingnya dengan kesuburan wanita dalam proses membesarkan keluarga.  Kahwin dah bertahun tapi masih belum memiliki anak, biasanya pihak isteri yang selalu dipersalahkan. Namun sebenarnya, aktiviti dan habit orang lelaki boleh mempengaruhi sperma, sekaligus menjadikan seseorang lelaki kurang subur.

Antara aktiviti yang mengganggu sperma dan kesuburan lelaki:-


Menggemari Aktiviti Sauna

Testis seorang lelaki mesti berada di dalam suhu dua darjah kurang daripada suhu badannya untuk menghsilkan sperma yang sihat. Menurut kajian oleh University of Padova di Italy, lelaki yang suka bersauna boleh mengurangkan bilangan sperma yang terhasil dan bilangan tersebut hanya akan kembali normal selepas enam bulan. Kepanasan wap sauna mengganggu penghasilan sperma.


Suka Menonton TV

Menonton TV pun boleh buat jadi kurang subur! Ia memang ada kajian oleh Harvard School of Public Health tentang ni. Menonton TV memberi kesan kepada kesihatan sperma. Hati-hati!


Jarang Bersenam

Lelaki yang suka bersenam adalah lelaki yang subur! Keputusan kajian yang diterbitkan di dalam British Journal of Sports Medicine menunjukkan lelaki yang bersenam lebih subur 73% daripada lelaki yang tidak bersenam.


Memakai Seluar Dalam Ketat

Seluar dalam yang ketat mempengaruhi kualiti sperma. Lelaki lebih baik pakai boxer daripada seluar dalam bentuk V tu.


Gadjet!

Saintis telah mengeluarkan hipotesis dengan mengatakan lelaki yang kerap menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau tablet akan menjejaskan penghasilan sperma. Sekiranya telalu lama dengan gajet yang mempunyai inframerah, ia akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki. Apatah lagi yang suka menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar.


Merokok

Meronok bukan saja tak elok untuk diri sendiri, malah orang lain juga. Berhenti merokok!

Bagi kaum suami yang masih mengamalkan perkara-perkara di atas, bawa-bawalah berhentilah ya. Demi sebuah keluarga yang bahagia katanya.
Harus mendapatkan sperma yang sihat untuk mendapatkan cahaya mata. Jangan biarkan aktiviti harian yang kita tak sedar pun memberi kesan kepada kesuburan, terus diamalkan.

kesuburan lelaki shaklee

Tahukah anda bahawa dalam prostat lelaki, ZINC adalah 10 kali ganda daripada organ yang lain? Ini sekaligus memberitahu  bahawa zinc adalah penting dalam organ seks lelaki. Selain dari aktiviti di atas, kekurangan zinc juga boleh menyebabkan lelaki tak subur.

Masalah bila kekurangan zinc:
  • Organ seks lambat matang
  • Impotensi (mati pucuk)
  • Perkembangan testikel yang pincang
  • Kiraan sperma (sperm count) yang rendah
  • Kemerosotan fungsi seksual
Ia juga boleh menyebabkan penuaan pra-matang dan keguguran rambut.
kesuburan lelaki
Zinc Complex Shaklee, boleh membantu anda atasi masalah ini.
Gabungkan sekali dengan Vita-E Complex 400 IU bagi menambahkan seri keharmonian rumahtangga, insya-Allah.
vitamin E shaklee

kredit:
http://vitaminsemulajadi.com


Untuk order, boleh hubungi saya seperti di bawah:


No comments:

Post a Comment