Wednesday 17 July 2013

Mengira waktu subur bagi haid yang tidak teratur

Bagi haid yang teratur menggunakan kaedah Kalkulator Ovulasi dah boleh membantu untuk merancang bagi mendapatkan cahaya mata.  Tetapi masih ada yang diantara kita mempunyai kitaran haid yang tidak teratur malah sekiranya anda sudah berkahwin lebih dari 2 tahun kemungkinan besar ia mengakibatkan gangguan emosi kerana masih tidak mempunyai zuriat.  Apa yang penting kita berkongsi kaedah bagaimana untuk mendapatkan waktu subur yang sebenarnya.

1) Amat-amatlah digalakkan anda menanda pada kalendar jadual kitaran haid anda.  Wajib buat! bukan sunat yer kawan-kawan..hehe

2) Catatkan dalam tempoh 8 bulan berturut-turut.  Bagi kitaran period kita dalam sebulan catatkan bilangannya

Contoh :

Jan   -     30 hari
Feb  -     33 hari
Mac -     35 hari
Apr  -     28 hari    (TERPENDEK)
Mei  -     30 hari 
Jun   -     33 hari
Julai  -    30 hari
Ogos -   35 hari     (TERPANJANG)


3) Bagi haid yang terpendek ia akan menjadi hari pertama bagi hari Subur kita.

4) Bagi haid yang terpanjang ia akan menjadi hari terakhir bagi hari Subur kita.

5) Bagi mendapatkan kedua-dua waktu awal dan akhir waktu subur kita, bilangan yang terpanjang akan ditolakkan dengan 11, bilanganterpendek akan ditolakkan dengan 18.

6) 35 - 11 = 24 , 28 - 18 = 10

7) Maka dengan ini jeng...jeng...jengg tarikh kesuburan kita adalah dari hari ke 10 hingga hari ke 24.

Kredit : http://ayucintakamu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment