Pagi ni nak berkongsi tentang gurauan ibu bapa / atuk nenek kat anak2/cucu2 ni kan... Sape tak hepi tgk si kecik gelak2 bile di timang2 ... Tapi berwaspada dan beringat sebelum kene... Yang ni Umi Rania kurang setuju kalau melihat mereka2 timang anak tinggi2. atau berlebih2an.. Goncangkan badan bayi ke... Ya Allah, takut dan bimbang dalam hati Allah je tahu... Mintak dijauhkan perkara2 ini.. Sebab?? Anda baca di bawah ni ye kenapa Umi Rania risau...lagi2 anak sendiri yang di timang2 tinggi2.. kusss semangat... Bukan tak boleh, tapi slow2, beringat2.. sape tak sayang anak oi! ^^
GURAUAN dengan menimang bayi mungkin dianggap satu perkara biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat kita.
Terdapat juga mereka suka bergurau dengan melompat bersama bayi. Namun tahukah anda, perkara ini tanpa disedari boleh membawa padah pada bayi anda?
Menurut Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Azam Mohd. Nor, walaupun perkara ini dianggap sebagai satu gurauan dan cara bermain dengan bayi, namun berlakunya hentakan kuat daripada lompatan atau balingan yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada bayi.
"Tabiat ini dikategorikan dalam satu sindrom yang selalunya berlaku pada ibu bapa atau golongan dewasa yang gemar menggoncang bayi iaitu Sindrom Goncang Bayi atau Shaken Baby Syndrom (SBS).
"Ini berlaku ketika ingin menenangkan bayi yang sedang menangis atau meragam dalam perasaan marah.
"Sindrom ini boleh mengakibatkan beberapa komplikasi terhadap bayi seperti sawan. Sawan berlaku apabila terdapat tisu abnormal pada tisu otak dan gejala sindrom ini akan mengakibat sawan kekal pada bayi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Selain itu, sindrom ini turut mengakibatkan berlakunya kekurangan oksigen atau bengkak pada otak yang akhirnya membawa kematian.
SBS kerap berlaku pada golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dan kekerapan sindrom berlaku pada kanak-kanak yang berusia setahun ke bawah iaitu pada bayi.
Ujarnya lagi, hayunan buaian semasa menidurkan bayi turut berisiko berlakunya sindrom ini tanpa disedari.
"Hayunan yang kuat akan mengakibatkan bahagian anggota termasuk kepala bayi terkena hentakan pada objek sekeliling.
Yang ni pon Umi Rania akan beringat2... Selalu pesan kat mak(masa mak jg Rania dulu).. Jangan enjut kuat sgt buai ni,.. Kalau nampak cam kuat je, Umi akan stop kan, dan kalau boleh nak enjut sdiri..Dan sekarang, buai ni kadang2 je gune... malam memang tak guna laa.. Siang pon dah terlalu jarang guna..
Kalau ikutkan, beli buai ni sebab dulu mak suruh beli...Katanya susah kalau x letak dlam buai, x boleh buat keje laa mak.. Betul jugak kata mak ni.. Maklumla, masa tu Umi keje.. Rania duk ngan Tok.. nak tak nak , kne beli jgk.. tp mummy2, bukannya x boleh letak langsung dlm buai, cuma masa enjut tu beringat2 ye.. Jangan terlalu kuat...
*Kalau boleh elakkan guna buai...Kalau de mummy2 yang plan nak beli buaian elektrik, lagi laa Umi tak galakkan... sendiri mau ingatla ye..
Pengalaman umi, pernah melihat di depan mata seorang saudara enjut anak berusia 3 bulan dlm buai dgn kuat.. Ya Allah, takut sgt.. Umi just tegur " Kuat sgt enjut ni".. Tapi bila si ibu menjawab" memang kene enjut kuat2 budak ni, dia suka macam tu, kalau tak, dia menangis, x tido".. emmm... Apa lagi nak dikata.. kang nak ajo,nmpk over plak kan.. padahal anak baru sorang, nak aja orang macam2... .. mentaliti orang kita camni la... Cuma berharap anak itu sihat2 shj, In Sha Allah..Ameenn..
Tapi tahukah mummy2
"Goncangan yang terlalu kuat juga mengakibatkan kecederaan pada bayi disifatkan sebagai salah satu penderaan kanak-kanak,"
SBS selalunya berlaku pada kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah dan banyak kes dikesan pada kanak-kanak berusia setahun ke bawah.
Dikatakan pada usia ini kanak-kanak hanya disokong oleh otot-otot yang tidak kuat dan saluran darah yang masih lembut.
"Hentakan yang terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pada otak sehingga berlakunya masalah bengkak pada otak.
"Berlakunya pendarahan pada otak atau di kawasan lain mengakibatkan kesan buruk yang boleh membawa maut pada bayi," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130103/ke_05/Bahaya-goncang-bayi#ixzz2Y2vDP8qC
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment