Thursday, 11 July 2013
Cara Beri Ubat Pada Bayi
Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.
Rania pon awal2 dulu ms demam memang camni... Asal nmpk je kale lain selain putih dalam syringe tu, trus tutup mulut rapat2.... Jadi terpaksalaa umi masukkan air masak dlu dlm syringe tu, bg telan, cepat je... pastu bru laa cpt2 bg ubat... Kiranya umi sediakan 2 syringe, 1 tuk air masak, 1 tuk ubat ..kalau dia sedar yg tu adlh ubat.... ^^..
Tapi sejujurnya, umi nak elakkan bagi ubat2 an yang macam2 kale ni kat Rania... Kalau boleh buat cara natural remedies, umi lebih utamakan yg ni.. lagipun, macam2 kandungan dalam ubat tu yang kita pon tak tau kan.. dan melalui pembacaan , blogwalking, grup di FB yang sangat2 membantu dalam perubatan secara semulajadi yang boleh diamalkan kalau anak sakit.. tak de laa sikit2 nak pegi doktor kan... Mummy2 yang nak try natural remedies, banyak info yg boleh dapat kat Fb trutamanya.. sgt2 membantu.. ^^ .. Rania kalau setakat demam n selsema skarang ni memang umi guna cara natural sahaja.. Alhamdulillah... Apa2pon, mummy2 sume mesti tahu yang terbaik untuk anak2 kan...
Walaupun hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.
Untuk memudahkan anak minum ubat dengan baik dan anda tidak menghadapi masalah memberikannya, cubalah tip berikut:-
*Dukunglah bayi semasa memberi ubat, pastikan posisi mendukungnya, kepala lebih tinggi dari badan supaya bayi tidak tersedak yang boleh menyebabkan ubat masuk ke paru-paru.
*Bayi yang tidak boleh duduk diam, mintalah bantuan orang dewasa lain atau anak lebih besar untuk menenangkannya. Kalau tidak ada orang lain, bungkus (bedung) tangan bayi agar tidak mengganggu anda.
*Jika bayi sering memuntahkan semua ubat yang diberikan, minta bantuan seseorang untuk membuka semula mulutnya dengan perlahan. Perlahan-lahan masukkan ubat ke dalam mulutnya.
*Jika memberi ubat jenis cecair anda boleh gunakan sudu, cawan atau pam ubat (biasa disediakan oleh farmasi semasa mengambil ubat).
*Menggunakan sudu : Letakkan di bahagian bibir bawah. Angkat sedikit sudu agar ubat mudah mengalir ke dalam mulut.
*Menggunakan pam ubat : Letakkan pam di sudut mulut bayi dan pamkan perlahan-lahan ubat ke dalam mulutnya sebelum mengeluarkan semula pam dari mulutnya.
*Pemberian ubat titis untuk hidung, mata dan telinga pada bayi juga ada caranya. Ubat titis hidung : Baringkan bayi di atas pangkuan atau di katilnya, tinggikan bahagian kepala dan biarkan bahagian hidungnya tinggi. Sebelum ubat titis diberikan, beri tumpuan kepada perkara-perkara berikut:-
*Rendam ubat titis dalam bekas berisi air suam dengan posisi tegak beberapa minit supaya apabila dimasukkan ke dalam mata atau telinga anak tidak terlalu terkejut.
*Jangan sentuhkan ubat titis ke hidung, telinga atau mata agar bakteria tidak berpindah ke dalam botol ubat.
*Perhatikan tarikh akhir penggunaan ubat kerana ubat yang melebihi tarikh akhir akan memburukkan lagi penyakit dihidapi oleh anak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment