Mendengar rintihan mereka-mereka yang telah lama berkahwin tapii belum dikurniakan cahayamata cukup menguji naluri seorang wanita / isteri terutamanya.. Ye laa.. mana nak tahan nak dgr org tny ' eh,x pregnant lg?? Adik aku baru kawen dah prgnant pon... alahaiiii mulut orang ni mmg susah nak tutup...
Apa2pon, jgn pernah berputus asa... Walaupun daku juga pernah mengalami saat ditanya oleh org2 sekeliling masa awal2 kawen dulu, siap bandingkan ngan anak dia lagi yang kebetulan kawen awl 2 hari je dari daku... Masa tu, memang sakit ati, Allah je tahu.. dah xde rezeki lagi.. padahal aku masa tu bru je 3 bulan kawen kot... Lagipun ,kami suamisteri berPJJ masa tu..Lainlaa anak dia kan.. memang serumah, tido sebantal kan...
Apa2pon, tuk kaum isteri diluar sana, jgn berputus asa.. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI...
Sebelum kita berkenalan dengan set kesuburan. jom kita ketahui apakah punca2 ketidaksuburan. Secara fitrahnya untuk pregnant, kaum hawa perlu mengeluarkan telur iaitu ovum. Kemudian, ovum akan bergerak melalui tiub fallopio untuk menuju ke rahim. Sementara itu, sperma suami perlu bergabung dgn ovum isteri dalam perjalanan tersebut, disenyewakan dan menempek di rahim isteri. Namun, jika berlaku masalah di dalam proses tersebut, ia dinamakan punca ketidaksuburan.
Punca ketidaksuburan WANITA
Saluran tiub fallopio tersumbat – disebabkan jangkitan kuman yg menyebabkan tuib fallofio tersumbat atau kandungan luar rahim dan juga disebabkan endometriosis.
Endometriosis – terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesame sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.
Gangguan telur – hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbang hormone boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.
Masalah rahim – ketumbuhan pada rahim (fibroid) iaitu terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia bole membesar dan menyebabkan kesakitan semasa period.
Punca ketidaksuburan LELAKI
Sperma tidak matang – masalah ini berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang mencukupi dan dapat bergerak bebas. Kegagalan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin juga menyebabkan masalah ini. Penyebab lain adalah seperti gangguan hormon, masalah keturunan dan faktor persekitaran. Selesema juga boleh membawa kesan kepada kekurangan kualiti sperma.
Gangguan pengangkutan sperma – kekurangan sperma yang dapat memasuki tubuh wanita kerana salur duktus yang membawa air mani tersumbat.
Berdasarkan punca-punca di atas, beberapa langkah boleh diambil untuk hamil iaitu:-
Mengambil Multivitamin – semua wanita yang merancang untuk hamil adalah SANGAT disarankan untuk mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan janin. Si suami pula dinasihatkan untuk mengambil supplement zink dan sclenium yang dapat membantu pengeluaran sperma.
Dapatkan berat badan ideal – Sekiranya terlalu gemuk atau kurus ia akan mempengaruhi tahap kesuburan. Oleh itu sila kawal berat badan.
Ketahui waktu subur – Hari subur Cuma berlaku 4 – 5 hari dalam sebulan. Dengan mengetahui tahap subur, peluang untuk hamil adakah tinggi. Salah satu cara untuk mengetahui hari subur adalah dengan mencatatkan suhu badan asas anda dan perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lender serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.
Tingkatkan kesuburan lelaki – pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap yang optimum dengan mengamalkan hidup sihat.
Kurangkan tekanan – terlalu tertekan akan mengganggu kesuburan.
Jauhi dadah, rokok dan minuman keras – akan member kesan kepada kesuburan serta meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.
Setelah mengetahui punca ketidaksuburan dan langkah untuk hamil, jom kita berkenalan dengan supplement Shaklee… Ingin sy ingatkan supplement ini bukan jaminan untuk hamil, namun sebagai usaha untuk menstabilkan hormon, membaiki sel-sel badan agar berfungsi sepenuhnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.
Set Kesuburan Shaklee mengandungi vitamin/supplement seperti di bawah:
B-Complex
Vitalea
Vitamin C
GLA
Untuk Suami
Zinc
Penerangan setiap supplement:-
B-Complex
Untuk sistem reproduktif yang sihat, penting dalam pembentukan janin, melawan tekanan, mengandungi asid folik, meredakan senggugut.
Vitalea
Pelengkap nutrisi, tingkatkan metobolisma, redakan senggugut, elak anemia.
Vitamin C
Mengekalkan kolestrol sihat, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, meningkatkan motiliti sperma, elak sperma membentuk gumpalan
GLA
Penghasilan estrogen, menyeimbangkan hormon.
Zink
Meningkatkan penghasilan testosterone, meninggikan kiraan sperma, untuk pertumbuhan
Boleh add on ESP juga ^^
No comments:
Post a Comment