Sunday, 7 July 2013

Collagen Powder Shaklee - bukan hanya untuk cantik..

COLLAGEN SHAKLEE - BUKAN SEKADAR UNTUK CANTIK


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.




Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V. 

Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi 

Kolagen II : tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata 

Kolagen III : reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim 

Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah. 

Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri. 












FUNGSI KOLAGEN 
  • Menghasilkan asid amino penting seperti :
    • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
    • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
    • alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan
    • arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
  • menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN 

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan (inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai antara 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.



TANDA TANDA PENUAAN 

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan



KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN 

Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung. Kolagen Shaklee diperbuat daripada sisik ikan merah. Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit.
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen 1.
Berat molekul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
 
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. 

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 

kredit:tentangsihat.blogspot

No comments:

Post a Comment