Umum pon tahu tentang JAUNDIS.. betol tak?
Rania masa lahir de jgk jaundis... Hampir kene tahan wad lepas bersalin ritu.. Tapi , masa tu punyelaaa sedih bile dktor gtau 'awk dah boleh balik ye, tp baby x boleh.. kene tahan dulu sebab kuning tinggi jgk ni.. dlm 200.. ohhoii... Menangis teresak2 masa tu.. Tak tahu laa kenapa menangis... SEDIH GILA kot.. uwaaaa.... Malu kat org sebelah katil je.. Dia rilex je anak kene tahan....
Mak mmg x bg laaa kene tahan2 wad ni kan.. Org tua ni ada laa cara tradisional dia nk ubati jaundis ni sbb kesian tgk cucu ni kene cucuk sana sini nk ambik darah la pe laa kan.. LAst2, mak mintak ngan dktor nak masuk wad hospital yg dekat sikit dgn umah... Doktor bg je laa...tp dgn syarat KENE PEGI JGK! TP agk derhaka jgk kat doktor sbenarnya, sbb kami x masuk wad pon lps blk hospt tu.. heee.. sbb kami pon sebolehnya xnak masuk hosptl.. kat umah, usaha pelbagai cara tuk kurangkan jaundis si kecik, trmasuk laa mandikan air daun, titis anggur hitam, bg susu ibu dgn kerap dan macam2 cara sebenarnya.. Tp tiap hari pegi jgk cek ngan KK utk tau bacaan..
At last, hari ke4, masuk jgk wad :( .. Tpi wad kat Hospital ni agk best sbb ibu dan anak boleh dduk sekali... Daku sendiri yg letak Rania bawah lampu :) - Rasa macam panas je, daku agkt Rania ltk atas riba pulak.. haaahaa.. sukati je kan... x tahan tgk eh!
Sambil tu bercakap ngan nurse kat situ yg agak senior (sgt baik hati ok!) , katanya dia jgk xkan bg kalau anak cucu dia masuk hospt / wad kalau jaundis... guna tradisional je.. haaa.. see!! NURSE pon xnak ok... Tp xpelaa.. semua ibu bapa pon mahukan yang terbaik utk anak dia kan.. Daku ltk anak bawah lampu yg panas tu bukn sebab x sayang anak ok! Daku ikut jgk cakap doktor sebab syg anak... Tak ikut cakap doktor pon sebab sayang anak!! Ada laa alasan masing2 kan.. Ikut cara masing2... :) Alhamdulillah, esoknya Rania dah boleh keluar.. kiranya 1 mlm je laa kat wad.. Tp still jaundis... Dan last kami ikhtiarkan dgn pegi homepathy sj. Rania dah tak jaundis lepas ambik homepathy (Dgn izin Allah jua..) ^^
Kat sini, daku ingin kongsikan cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung :
Rania ketika berumur 4 hari di wad... Comey spek adik.. huu |
1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan pil yang diberi oleh doktor. Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.
2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.
3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).
4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.
5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.
No comments:
Post a Comment