Wednesday, 5 June 2013

Kelebihan Air Limau Nipis suam

Morning mommy2!!
Best kan tajuk ni? Air Limau Nipis!! yg x suke masam tu, mesti tak nak nye minum.. Walid Rania laaa org nya... x suka masam... Air Sunquick tu pon dia x suka sgt... Umi Rania suke je.. lagi2 bile masam ni salah satnya bertujuan untuk menurunkan berat badan.... ^^ Target Umi Rania nak pastikan berat turun masa raya nanti... Harap2 mnjadi laa... Usaha sedang di jalankan laa tuk pastikan misi berjaya.. Kurus untuk suamiiiiiii jugak....kan?

ok...jom baca apa lagi kelebihan air limau nipis suam ni....

TIPS : Limau Nipis Suam
================

Segelas Limau Nipis / Lemon Suam (kurang gula/tanpa gula) setiap hari adalah amat berguna untuk kesihatan badan kita . Mengapa kita digalakan minum Limau Nipis Suam ?

✿ 1. Meningkatkan sistem imun

Limau nipis/lemon mempunyai Vitamin C dan kalium yang tinggi. Vitamin C yang tinggi dapat melawan selsema dan kalium merangsang fungsi otak & saraf


✿ 2. Mengimbangkan pH

Lemon adalah makanan yang sangat beralkali.Mereka adalah berasid sendiri, tetapi di dalam badan kita mereka beralkali (asid sitrik hilang keasidan dalam badan setelah dimetabolismekan). Untuk pengetahuan anda badan yang beralkali adalah benar-benar kunci kepada kesihatan yang baik.


✿ 3. Membantu dengan penurunan berat badan

Limau Nipis/Lemon adalah tinggi dalam serat pektin, yang membantu mengurangkan rasa lapar.Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengekalkan diet yang lebih alkali kehilangan berat badan lebih cepat.


✿ 4. Membantu penghadaman

Air suam berfungsi untuk merangsang saluran gastrousus dan peristalsis-( gelombang pengecutan otot dalam dinding usus ). Lemon/Limau juga tinggi dengan mineral dan vitamin dan membantu menyingkirkan ama, atau toksin dalam saluran penghadaman.


✿ 5. Bertindak sebagai diuretik semulajadi yang lembut,

Jus lemon membantu mengepam keluar bahan-bahan yang tidak diingini kerana lemon/limau meningkatkan kadar kencing seseorang. Oleh itu, toksin dikeluarkan pada kadar yang lebih cepat dan membantu menjaga saluran kencing anda lebih sihat.


✿ 6. Membantu mengurangkan kahak dalam badan dan menurunkan tekanan darah .


kredit:elaila.net

No comments:

Post a Comment