Thursday, 6 June 2013

Posisi memegang bayi ketika menyusu

Selamat pagi mummy2!!! Hari ni Umi Rania nak share pasal posisi ketika sesi penyusuan... jom gali ilmu terutama untuk mummy2 baru yang belom ada pengalaman.... Check it out!!!

POSISI MEMEGANG BAYI KETIKA MENYUSUKAN BAYI 
********************************************
1. CRADLE HOLD
posisi ini sering digunakan kebanyakan ibu kerana ia selesa. pegang bayi dengan kepalanya pada lengan anda dan keseluruhan badannya menghadap kepada anda.

2. CROSS CRADLE OR TRANSITIONAL HOLD
posisi ini baik untuk bayi pramatang atau bayi yang menghadapi masalah untuk melekap.pegang bayi pada lengan yang bertentangan dengan payudara yang digunakan. sokong kepala bayi dengan tapak tangan pada bahagian bawah kepalanya.

3. FOOTBALL HOLD
posisi ini sesuai untuk ibu2 yang mempunyai payudara yang besar atau puting yg terpelosok ke dalam. pegang bayi di sisi dengan posisi berbaring, dgn kepalanya di paras yang sama dgn puting anda. sokong kepala bayi dgn tapak tangan anda pada bahagian bawah kepalanya.

4. SIDE LYING
posisi ini membenarkan ibu2 berehat atau tidur ketika menyusukan bayi. sangat baik bagi ibu2 yang melahirkan secara pembedahan c-section. baring secara sisi dengan bayi menghadap anda. rapatkan bayi kpd anda dan bawakan mulutnya ke puting.

No comments:

Post a Comment