Impian kebanyakan mummy2 mesti nak bersalin secara normal kan? Umi pon begitu... tapi, rencana Allah itu sudah pasti... Umi ditakdirkan untuk bersalin secara pembedahan .. Ketika itu, Rania 37minggu dalam perut umi... Masa tu, dah tak pikir takut ke tak.. sbb dlm ati ni hanya nak selamatkan anak yang 9 bulan di kandung...Sebenarnya sebabb umi di bedah adlh pertamanya Rania songsang dari 7 bulan.. dlm masa 7 buln tu, Rania memenag kerap berpusing dlam perut ni.. jumpa bidan pon dah.. ok kejap, tapi lepas g scan, songsang balik.. umm.. Dah tersurat sbnryna.. ms 36wks, KK refer hsptl sbb masih songsang.. di hosp, lpas scan, doktr ckap air ketuban berkurang.. sebelum ni mmg xde msalh ngan air ketuban pon.. 2,3x di scan, mmg berkurang..pe lagi.. trus laa dapat tarikh utk ceasr... dduk laaa smggu kat wad tu tnggu baby 37wks..sbb ktnya elok 37wks keats tuk ceasr.....umm...itu laa pnglaman umi..
Tahukah mummy??Sesetengah kehamilan memerlukan wanita melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean. Mengapa perlunya prosedur kelahiran secara pembedahan?
Kebanyakan wanita hamil akan berasa gerun apabila dikhabarkan perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean. Jika diberi pilihan mereka lebih rela memilih proses pelahiran secara normal. Ketahui lebih lanjut keadaan yang menyebabkan pembedahan Caesarean dilakukan terhadap wanita hamil.
Pembedahan Caesarean atau turut dikenali sebagai C-section adalah prosedur pembedahan yang dilakukan apabila proses kelahiran melalui faraj tidak dapat dilakukan, tidak selamat dan kesihatan ibu dan bayi berada dalam risiko.
Melalui prosedur ini, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan yang dilakukan di bahagian abdomen. Tujuan utama doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan Caesarean ialah untuk menyelamatkan nyawa kandungan dan ibu sendiri.
Pembedahan merupakan jalan yang paling selamat untuk ibu yang menghadapi komplikasi waktu melahirkan berbanding bersalin secara normal.
Keadaan yang memerlukan pembedahan Caesarean
1. Ibu tidak berupaya untuk bersalin secara normal. Faktor ini adalah punca yang sering kali berlaku. Dianggarkan satu daripada tiga kes Caesarean yang dijalankan adalah disebabkan oleh proses bersalin terlalu lambat atau berhenti sama sekali. Punca masalah ini berlaku adalah seperti kontraksi uterus tidak berlaku dengan baik dan tidak mampu mengembangkan bahagian serviks atau kepala bayi terlalu besar. Masalah ini dikenali sebagai cephalopelvis disproportion (CPD) iaitu keadaan tulang rangka pelvis ibu yang sempit. Dengan yang demikian, pembedahan adalah kaedah kelahiran yang lebih selamat.
2. Degupan jantung bayi tidak normal ketika bersalin. Ini berkemungkinan menunjukkan bayi tidak menerima bekalan oksigen mencukupi kerana uri menjadi mampat atau plasenta tidak berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, rentak degupan jantung yang tidak normal ini juga boleh berlaku walaupun bayi tidak mengalami sebarang masalah.
3. Ibu mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit paru-paru atau tekanan darah tinggi. Biasanya ibu akan diberikan induksi untuk bersalin lebih awal. Namun, kadang kala induksi awal ini menyebabkan kegagalan serviks mengembang sehingga ibu perlu menjalani pembedahan.
4. Bayi dalam keadaan songsang atau melintang. Jika dipaksa untuk bersalin dalam keadaan songsang, uri mungkin keluar terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan bekalan oksigen bayi terputus. Kepala bayi juga mungkin terperangkap dalam saluran peranakan walaupun bahagian badan lain dapat keluar dengan mudah.
5. Kandungan kembar dua atau tiga. Namun, dalam sesetengah kes, ada ibu yang bersalin secara normal tetapi semuanya bergantung pada kedudukan, berat bayi dan usia kandungan. Sehubungan itu, kajian menunjukkan kembar kedua yang dilahirkan secara normal berhadapan dengan risiko kematian akibat komplikasi ketika bersalin.
6. Tali pusat terlilit pada leher atau badan bayi. Dalam pada itu, tali pusat bayi juga berkemungkinan terbelit di antara kepala bayi dan tulang pelvik ibu.
7. Ibu pernah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean dalam kelahiran yang lalu. Walaupun ibu berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal, namun faktor ini tetap diambil kira oleh doktor. Ini kerana ada segelintir wanita tidak berupaya untuk melahirkan bayinya secara normal. Maka ibu perlu menjalani pembedahan. Faktor yang memungkinkan pembedahan Caesarean dilakukan termasuklah jenis pemotongan rahim yang dilakukan sewaktu kelahiran yang lalu.
8. Bayi mengalami masalah perkembangan seperti kecacatan tulang belakang (myelomeningocele) atau otak (hydrocephalus).
9. Ibu belum menunjukkan tanda mahu bersalin walaupun sudah melepasi tarikh yang dijangkakan.
10. Melindungi bayi daripada jangkitan virus seperti herpes simpleks yang biasanya menjangkiti mulut, mata dan kemaluan bayi.
11. Plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum bayi dilahirkan (abruption placenta).
12. Plasenta previa(plasenta di bawah). Dalam keadaan ini, plasenta mungkin menutupi dinding rahim sehingga menghalang bayi daripada keluar melalui serviks.
13. Air ketuban berkurangan.
kredit:karangkraf
No comments:
Post a Comment