Sunday, 23 June 2013

Jerebu melanda!! - Apa yang perlu kita lakukan?

Hari Sabtu baru ni, kami sekeluarga ke Setapak, umah abang ipar.. Memang dah plan nak tido sana.. Lagipun, Tok Umi dan Tok Habib si kecik ni datang umah abg kat sana... Bolehlaa Rania jumpa ngan Tok Umi dan Tok Habib dia ni... ^^...

Walaupun dah terlalu ramai yang update status tentang jerebu ni, kami kat sini pada hari Sabtu tu, mmg xde rs apa2 pon lg.. mungkin jerebu tu x sampai lg kat Sungai Buloh ni... Tapi, hari ni (Ahad) , waktu kami kuar dari umah abg ipar ni, daku siap tny asben... 'de org bakar sampah ke? de asap laa.... rupe2nye, jerebu dah semakin merebak ke sini... Dan sehingga sekarang, dah mula rs agak pedih mata ni.... Sana sini dah mcam asap... Sepanjang perjalanan balik ke rumah ni, dah rasa mcam kat Genting pulak.... Cuma x sejuk je...huu

Sebenrnya, keadaan udara berjerebu ni sangat berbahaya terutama kat anak2 kecik kita ni... 

Anda tahu apa itu jerebu?

Ni yang umi sempat jenguk kat wikipedia...
"Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Jadi, tuk ibu2, kurang2kanlah aktiviti luar terutama nak bawak anak2 kecik berjalan2 kat luar.... kalau terpaksa sangat, pkai topeng muka ye... Semoga kita semua di lindungi dari gejala penyakit yang berpunca dari udara yang tidak sihat ni... 

No comments:

Post a Comment