Orang sibuk cuti Hari Malaysia, daku pon sampai x sempat2 nak update blog.. 2 hari tanpa entri...
Nak cakap sibuk sgt xde la... tp dah 2 mlm keluar blk lambat smpai tgh2 mlm... emm.. Memang x tertahan mata ni.. ^^.. Tambah pulak diri yang rasa pening2 lalat kalau waktu mlm.. Rasa nak demam pon ada,... Rasa tu ada, tp Alhamdulillah, xdemam.. ^^
Berbalik ke tajuk entri hari ini....
Sebenarnya, sebagai seorang ibu, agak2 risau x, bila orang sekeliling duk tny, Rania umo brape dah? eh, xleh jalan lg ke?
Heee.. tp daku jawab je.. belum lg..Tapi tanda2 nk berjalan tu kemain lagi.... Tapi, mungkin sbb risau jatuh kot... Tu mulut daku yg mnjawab...Tp dalam ati, risau jgk tu... Doa hari2 moga Rania cepat jalan.. Mudah2an Allah permudahkan proses pembesaran Rania, Ameennn..
Mak pernh gtau daku spya jgn risau laa Rania ni x berjalan lg. Bukannya xleh jalan langsung.. Dia boleh mlgkah2, kita pegang sebelah tgn dia pon dh ok.. mmg laju dia jln.. tp kalau lepaskan tgn , trus dia dduk.. tak kira laa atas rumput ke, atas pasir ke, duduk aja... anak.. oo anak...
Mak cakap yang adik bongsu daku dulu umo 18 bulan baru blh jalan.. haaa.. lambat tuuu.... Tapi xpela... lambat atau cepat perkembgannya, yang penting, semoga sihat2 sj.. Yang tu je Umi doakan utk anak umi ni.. Bila anak sihat, kita pon hepi.. betul tak?
Mummy2 tahu x, kebanyakannya pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ini hanya bererti dia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum boleh berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi... Haa. see? Jngan risau ye mummy2...
Ni pujuk diri sendiri jugak ni.. ^^
Apa peranan ibu bapa bila anak mula belajar berdiri?
Jom baca.... (kredit)
Semasa bayi anda belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.
Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan membantunya bergerak ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).
Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ia akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.
Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.
Seperti biasa, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda.
Bila harus bimbang?
Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.(Rania memang agak lambat meniarap, merangkak, tumbuh gigi.. tu yg buat daku xde laa risau sgt klu dia lmbt brjalan.. Tapi perkembangan tu tetap ada... )
Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.
(Rania memang lahir pramatang iaitu pada 37weeks.. Jadi, berhenti dari kerisauan yang berlebihan ye Umi!! Tak lama lagi Rania boleh jalan sendiri, In Sha Allah )
No comments:
Post a Comment