Selamat pagi..
Dalam duk melayan si kecik, tetiba teringat masa mula2 nak BF Rania ni,... Daku memang mengalami masalah Flat Nipple ni dari awal pregnancy sampai laa kelahiran si kecik...
Tapi Alhamdulillah, Rania dapat jugak merasa kolostrum dan menyusu badan......
Ramai rasanya mummy2 kat luar sana yang mengalami masalah seperti ini.. Hari ni sekadar berkongsikan melalui pembacaan tentang bagaimana proses pnyusuan dilakukan walaupun mempunyai masalah Flat Nipple ni..
Jom baca!
Ada di kalangan ibu menyusu mempunyai struktur nipple seperti di atas. Gambar di sebelah kiri menunjukkan nipple retraction atau nipple yang flat atau leper. Dan disebelah kanan nipple inversion atau tenggelam. Maka, ramailah ibu-ibu yang mempunyai struktur nipple seperti di atas merasakan kurang yakin untuk menyusu bayi mereka.
Sebenarnya walau bagaimanapun struktuur nipple anda, anda tetap mampu menyusukan bayi anda. Ini kerana posisi "latch" yang tepat ketika menyusu adalah apabila bayi memasukkan bahagian aeroala sekali ke dalam mulutnya seperti gambarajah di bawah.
Jadi sekarang, ibu-ibu tak perlu risau atau rendah diri lagi... Amalkan beberapa tips di bawah supaya anda lebih yakin menempuhi alam penyusuan dengan jayanya..In Sha Allah...
- Perlu yakin kepada diri sendiri bahawa anda mampu memberikan yang terbaik kepada bayi anda
- Seawal sejam pertama selepas kelahiran, lekapkan bayi anda ke dada dan latih agar bayi pandai latch dengan betul. Dapatkan bantuan nurse/lactation councellor jika hadapi masalah. jangan malu ya walau terpaksa panggil berulang kali. Kena fikir for the sake of ur baby.
- Ketika mandi, boleh tarik nipple kerana ketika mandi urat akan mudah mengikut tarikan tangan kita
- Perlu faham dan yakin bahawa bayi perlu memasukkan aerola sekali dalam mulutnya, bukan hanya nipple sahaja. Allah Maha Berkuasa dan Bijaksana :)
- Sesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan anda dan bayi. Boleh refer SINI
- Elakkan menyusu bayi ketika payudara bengkak. Ini akan menyebabkan nipple makin flat/inverted ketika menyusu.
- Boleh amalkan mengepam dahulu sebelum menyusukan bayi agar nipple anda tertonjol sedikit (kredit)
Semoga mummy2 yang mengalami masalah seperti ini, dapat mengambil sedikit info ye... Sama2 kita berjuang utk anak kita.. Mudah2an anak kedua daku nanti In Sha Allah dapat menyusu dengan sebaiknya.. Semoga Allah permudahkan.. Ameennn
No comments:
Post a Comment