Sunday, 8 September 2013

Awas!!Kekurangan Hb Sewaktu Hamil Boleh Membawa Maut!


Selamat petang semua...

Selalu kita dengar ibu hamil mengeluh bila doktor kata HB rendah.. Betol tak?
Alhamdulillah, sepanjang pregnant dulu, Daku tidak mengalami perkara ini...
Utk ibu2 di luar sana, jgn ambil ringan ye bila bercakap pasal HB ni... Jom kita baca!

< 6.9 : SANGAT TERUK
6.9- 8.0: TERUK
8.0-9.5: SEDERHANA
9.5-10.5: RINGAN

Masalah Hb Rendah Sewaktu Hamil Boleh Mengancam Nyawa

Di manakah tahap anda? Sewaktu anda telah disahkan hamil, doktor anda akan mengambil darah anda bagi menentukan tahap anemia anda untuk memastikan anda dan kandungan anda berada di tahap yang stabil. Sekiranya tahap anemia anda adalah di bawah 10 pun anda sepatutnya sudah mula mengambil berat mengenai keadaan tersebut. Jangan dibiarkan sehingga tahap anemia anda boleh turun lagi sehingga di bawah 6.9 yang seterusnya boleh mengundang bahaya buat kandungan anda mahupun diri anda sendiri.


Tetapi mungkin ada di antara anda yang masih tidak berapa tahu mengenai Hemoglobin (Hb) dan fungsi sebenar Hb dalam darah kita. Jangan risau, saya akan cuba huraikan di dalam entri ini ya....


Apakah itu Hemoglobin (Hb) dan apakah pula fungsinya??

Hemoglobin (Hb) merupakan molekul protein dalam sel darah merah yang kemudiannya akan bergabung dengan Oksigen dan Karbon Dioksida untuk diangkut ke seluruh tisu-tisu dan organ dalam badan kita melalui sistem peredaran darah. Warna merah darah terhasil daripada ion besi Fe2+ di dalam Hb. 

Anemia terjadi apabila Hb di dalam darah berkurangan dan menyebabkan Oksigen serta Karbon Dioksida tidak dapat untuk diangkut ke seluruh tubuh badan dan seterusnya boleh melumpuhkan sistem badan kita. Oleh itu, masalah kurang Hb tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi jika anda hamil!

Apakah Tanda Anda Kekurangan Hb??

  • Cepat merasa letih dan sering pitam
  • Kelihatan Pucat
  • Sukar Bernafas/ Sesak Nafas
  • Sering merasa loya
  • Sering merasa berdebar --- kadar degupan jantung laju
  • Mudah pening dan sakit kepala
  • Mudah lupa

Apakah Punca yang boleh menyebabkan Kekurangan Hb@Anemia??

  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yg banyak (seperti buasir atau ketika haid)
  • Menghidapi Thalassemia
  • Ibu yang kerap bersalin (jarak antara anak dekat)
  • Menghidapi penyakit seperti Malaria dan penyakit barah

Masalah anemia atau kekurangan Hb ini Tersangat BAHAYA kepada Ibu dan Bayi dan tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan berikut:

Kesan Kepada Ibu:
  • Boleh mengalami tumpah darah
  • Tekanan darah tinggi (pre-eklampsia)
  • Keguguran
  • Kematian

Kesan Kepada Bayi di Dalam Kandungan:
  • Kematian Janin
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan
  • Kelahiran bayi yg kurang berat badan

TIPS Mengatasi Masalah Hb Rendah:

  1. Dapatkan rehat serta tidur yang mencukupi
  2. Pastikan makan makanan dengan diet harian seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, daging merah, hati dan lain-lain yang tinggi dengan zat besi
  3. Boleh ikhtiar dengan mengambil 2 biji Vitalea Shaklee setiap hari. [Vitalea dilengkapi dengan formulasi zat besi dan jika ambil vitalea tidak perlu ambil obimin lagi]
  4. Elakkan dari mengambil Zat Besi bersama Kalsium kerana Kalsium akan menganggu pengambilan zat besi yg maksimum.
  5. Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras Hb yg normal di dalam badan. Asid Folik boleh diperolehi dari Vitalea dan B complex Shaklee.


lihat
TESTIMONI yang berjaya naikkan HB ke paras normal setelah mencuba Vitalea dari Shaklee..

Oleh itu, bagi mama yg sedang hamil, sangat-sangat dicadangkan SET KEHAMILAN yang terdiri dari kombinasi suplemen Shaklee....

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Sha - SMS 013 9927742
Atau like Fanpage kami Rania Health Beauty Centre untuk mendapatkan tawaran HARGA TERENDAH - Khas untuk pelanggan kami yang hebat! :)

No comments:

Post a Comment