Sunday 30 June 2013

Apakah yang perlu dielakkan oleh bayi di bawah usia satu tahun?

Apakah yang perlu dielakkan oleh bayi di bawah usia satu tahun?

• Perlu dielakkan garam, gula, madu dan pemanis tiruan. Cuba maniskan pencuci mulut dengan menggunakan pisang lenyek atau puri stew buah-buahan kering, di mana sesuai, atau gunakan susu ibu yang dipam atau susu formula.

• Elakkan daripada menambah sebarang teh ke dalam botol bayi. Tanin dalam teh akan menganggu penyerapan zat besi dan kafein yang juga ada dalamnya tidak disarankan untuk kanak-kanak.

• Elakkan dari memberi perahan buah-buahan atau minuman diet kepada bayi anda. Pemanis tiruan tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

• Elakkan makanan yang membawa risiko keracunan makanan seperti keju lembut yang diperam sehingga berkulat (brie, camembert) dan sari (pate) hati. Telur mestilah dimasak sepenuhnya – elakkan memberi telur masak lembut, telur separuh masak atau telur mentah.

• Jangan berikan susu lembu (atau kambing atau kambing biri-biri) sebagai minuman utama kepada bayi yang berusia di bawah satu tahun.

• Susu skim dan susu setengah skim, mentega rendah lemak, yogurt dan keju rendah lemak. Sentiasa berikan bayi anda jenis penuh lemak – mereka memerlukan kalorinya.



Berapa banyak lemak perlu diberikan kepada bayi dan anak kecil?

Sehingga usianya sekurang-kurangnya dua tahun, lemak ialah sumber tenaga yang penting bagi bayi anda, jadi susu, keju dan yogurt penuh krim adalah penting. Apabila bayi anda sudah berusia dua tahun, dan hanya jika dia membesar dengan sihat, dan memakan makanan seimbang, barulah anda boleh memperkenalkan jenis rendah lemak kepadanya secara perlahan-lahan. 

Apabila dia sudah berusia lima tahun, hanya sepertiga daripada tenaganya perlu diperolehi dari lemak.


Berapa banyakkah serat yang diperlukan?

Berhati-hatilah apabila memperkenalkan terlalu banyak makanan penuh bijiran kepada bayi dan kanak-kanak. Ia akan berkembang dan boleh memenuhkan perut yang kecil, meninggalkan hanya sedikit ruang untuk makanan bertenaga tinggi yang lain. 

Jadi berikan bayi dan anak kecil anda campuran roti putih dan yang penuh bijiran,begitu juga bagi nasi dan pasta.

kredit:InfoKehamilandanBayi

melegakan batuk selepas pengambilan Omega + Mealshake

Yang ni testimoni pengguna Mealshake dan Omega Guard... 
Ibu-ibu, jom bertukar kepada supplemen untuk kesihatan diri dan keluarga...

Thursday 27 June 2013

Kulit mulus, gebu, makin cerah!





Perssediaan yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang

Salam jumaat semua....
mummy2 pernah mengalami kedudukan bayi dalam kandungan songsang tak? umi Rania sendiri pernah alami ni dari Rania 7 bulan dlm kandungan... pegi tok bidan dah, homepathy pon dah... pernah skali tu, pas pegi bela kat bidan, trus umi g klinik, nak scan... Masa tu kan berPJJ lg dgn Walid Rania...Memang drive sendiri laa kan.. Masa drive tu memang boleh terasa baby ni bergerak2... Bila g scan, haaa... memang betol pon... dh songsng balik dah.. baru je bidan duk bela..rmm..nmpknye, si kecik umi masa tu selesa duduk cam tu kot...

selalunya, Kedudukan bayi songsang disedari bila kandungan memasuki 36 minggu. Kedudukan songsang kepala di atas dan kaki rapat di bawah. Dapat rasa kepala baby di bahagian atas perut. Melalui pembacaan dan pengalaman ibu-ibu yang pernah mengandung sebelum ini, terdapat beberapa persediaan diperlukan untuk ibu mengandung.

1. Berkemungkinan besar bayi yang bakal dilahirkan menggunakan kaedah pembedahan caesarean.

2. Lakukan senaman yang boleh menukar kedudukan bayi songsang ke kedudukan normal secara semula jadi. (Digalakkan bersujud lama bagi yang islam)

3. Kemas rumah awal-awal sebab selepas pembedahan dijangkakan proses sembuh mengambil masa yang agak lama.

4. Jika ada anak yang lain, bersedialah untuk menerima pertolongan orang lain untuk menguruskan anak yang lain. Tumpukan kepada anak yang baru lahir.

5. Proses sembuh mungkin lebih lama, sama ada melahir secara bedah atau secara normal. Kelahiran secara normal untuk bayi songsang akan menyebabkan koyak yang lebih besar di bahagian vagina.

6. Bersalin secara berjadual lebih kurang risiko kepada ibu dan bayi kerana persediaan telah dibuat awal. Tetapi berkemungkinan bayi belum cukup matang bila dilahirkan.

7. Bersalin sehingga nampak tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kerap atau pecah ketuban. Berisiko kepada ibu dan bayi kerana persediaan kecemasan terpaksa dibuat, tetapi pada masa ini bayi turut merasa proses bersalin secara semulajadi.

8. Selalu berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan agar kelahiran berjalan dengan lancar.

9. Bersedia juga berkemungkinan bayi akan bertukar ke kedudukan normal di saat-saat akhir hendak bersalin. Pada masa ini, pilihan bersalin normal adalah yang terbaik jika tiada risiko lain.


Semoga kelahiran mommies kali ini berjalan dengan lancar.

CREDIT suami isteri&doktor

Wednesday 26 June 2013

Vitamin E

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit: 

1. Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
2. Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
3. Menjaga kelembapan kulit
4. Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
5. Vitamin E mampu memudarkan parut jerawat di wajah anda dengan berkesan.
6. Selain itu, ia juga merupakan ejen antioksidan dan anti-penuaan yang hebat.

Chewable Vit C plus

Vitamin C Dari SHAKLEE


Sebiji Shaklee Chewable Vit-C PLUS membekalkan

  • 100mg High Quality Vitamin C
  • 40mg Rose Hips
  • 24mg Citrus Bioflavonoids
Dengan tambahan Rose Hips dan Citrus Bioflavonoids dapat meningkatkan fungsi Vitamin C dan mencegah pengoksidaan Vitamin C di dalam tubuh badan. 

Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren dan sesuai diambil oleh:
  • Kanak-kanak yang berumur 1 tahun keatas
  • Dewasa atau orang tua yang sukar untuk menelan pil
  • Ibu yang mengandung
Cara Pengambilan:
Budak - 1 biji sehari
Dewasa - 3-5 biji sehari

Umur 37, anak 3.. tapi macam remaja!!


Best betol akak kita ni kan?? 
Saya pasti, kita semua kaum wanita pon teringin nak jadi macam ni.. awet muda gitu...
Beliau amalkan Vitalea, Alfalfa, Vit C, Vit E dan Bcomplex untuk harian nya........  Anda pon boleh amalkannya ... PM page kami Rania Health Beauty Centre untuk details dan konsultasi percuma sekiranya anda membeli dari kami ye.. 

Tuesday 25 June 2013

Amalkan ESP Semasa Hamil: Hasilnya Kulit Bayi Gebu & Mulus

Hai mummy2.... 
Hari ni nak kongsikan testimoni mummy2 yang mengamalkan ESP ketika hamil... hasilnya, menakjubkan!!
KULIT BAYI GEBU DAN MULUS gitu....

Check it out!!


Sebenarnya, dua dalam 1 ni... bayi : kulit gebu... tapi, tidak ketinggalan, ibu-ibu juga turut mendapat manfaat yg berganda-ganda bila mengamalkan ESP ketika hamil.

Ibu-ibu akan mendapat lebih tenaga dan sistem imun badan juga dipertingkatkan. Ini adalah kerana ESP mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan ia turut diperkaya dengan 5 vitamin dan 4 mineral penting yg sgt diperlukan oleh tubuh badan kita. Kulit ibu juga akan menjadi lebih cerah, anjal dan licin kerana amalan ESP secara konsisten dapat menghalang pigmentasi dan penuaan.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Banyak bukan khasiatnya? Sudah tentu kita tidak dapat mengamalkan setiap hidangan itu pada satu-satu masa bukan? Jadi, amalkanlah ESP untuk mendapat khasiat yg berganda. Ia juga rendah lemak, bebas kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Indeks Glisemik ESP juga rendah (G.I. 39) dan ini menjadikan ia sangat sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

Jangan risau, ESP adalah selamat dan HALAL kerana ia diproses menggunakan proses pensijilan tersendiri yg dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP) di mana ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggalah kepada pengeluarannya. Kacang soya yg digunakan juga mengandungi non-GMO dan diproses pd suhu rendah utk kekalkan proteinnya.

Setara dgn namanya ESP Soy Protein Isolate Powder, yg mana Soy Isolate tu bermaksud pengasingan kacang soya daripada karbohidrat dan lemak dilakukan semasa pemprosesan ESP untuk mendapatkan 90% protein yg asli. Disebabkan itu ESP Shaklee adalah berbeza dari produk yg lain kerana perisanya lebih neutral dan asli selain dapat mengelak kembung kerana karbohidrat telah diasingkan.

Jom mummy2!! Dapatkan ESP untuk anda dan keluarga ^^..Hubungi saya untuk details...

kredit:mylittleyaya

Monday 24 June 2013

Suami perlu bersedia ketika isteri bersalin

Dup dap dup dap rasanya jantung bila semakin dekat tarikh bersalin. Lebih-lebih lagi kalau ini pengalaman melahirkan anak pertama. Macam-macam perasaan dirasakan. Takut, risau, bimbang, kecut perut dan macam-macam lagi.
Tetapi jangan ingat yang anda seorang sahaja mengalami perasaan takut kerana suami juga sebenarnya merasakan perasaan yang sama. Mungkin si dia kelihatan macho dan tenang. Hakikatnya, sebagai bakal papa apatah lagi jika ia pertama kali, sudah tentu perasaan risau dan takut turut dirasakan.

Justeru itu, buatlah persediaan untuk menghadapi saat kecemasan apabila isteri mula menunjukkan sakit hendak bersalin. Carilah ilmu daripada mereka yang sudah berpengalaman atau membaca pelbagai panduan hadapi isteri bersalin yang ada di banyak majalah, buku dan internet.

Di harap panduan berikut sedikit sebanyak membantu mengurangkan debaran papa dan memahami peranan yang patut dilakukan dalam proses mencemaskan tersebut.

1. Faham Proses Awal Untuk Bersalin
Sebelum proses pelahiran, isteri akan mengalami sakit kontraksi (proses pembukaan pintu rahim untuk membolehkan bayi keluar). Suami perlu tahu bahawa kesakitan yang akan dialami isteri adalah berpanjangan. Emosi isteri jadi tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Janganlah anda pula yang menjadi marah dan enggan membantunya. Ketepikan ego seketika dan cuba mengalah kepada isteri pada saat kritikal ini.

2. Bersedia Fizikal Dan Mental
Suami perlu bersedia emosi dan fizikal kerana proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya malah kadang kala sehari suntuk. Bantulah menenangkan isteri anda ketika dia sedang sakit kontraksi. Memimpinnya berjalan dapat meredakan kesakitan. Berjalan dikatakan membantu mempercepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri untuk menenangkannya.

3. Bersabar Dengan Kerenah Isteri
Sakit kontraksi yang dialami isteri adalah sakit yang paling sakit. Jadi, emosi isteri akan berubah-ubah.  Pada peringkat awal kontraksi, kesakitan baru bermula dan tidak terlalu kerap, jadi urutan dan sentuhan dapat menenangkannya. Tetapi di hujung kontraksi, apabila kesakitan semakin kerap, isteri jadi serba tidak kena dan tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin boleh meninggikan suara. Cuba bersabar bila berdepan saat tersebut.

4. Tenangkan Isteri Untuk Fokus
Ketika sakit bersalin berlaku, isteri asyik memikirkan perkara buruk dan menjadi hilang fokus serta semakin gementar.  Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Bantu isteri bertenang dengan memberikan kata-kata semangat, bagi pasangan muslim, ajak isteri banyak mengucap, berselawat dan beristigfar. Suami juga perlu banyak membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika menghadapi saat genting ini.

5. Jangan Tinggalkan Isteri Sendirian
Sokongan suami amat diperlukan oleh isteri ketika berhadapan saat mencemaskan ini. Jika boleh, jangan tinggalkan isteri, sentiasa berada di sisinya. Luahan perasaan kasih sayang dan kata-kata dorongan memberikan aura positif kepada isteri untuk kuat melalui saat getir bersalin.

kredit: karangkraf

Consume GLA, akhirnya dengan izin Allah , mengandung!

Best kan akak kita ni.... semuanya dengan izin Allah jua.. yang penting usaha dan tawaka itu penting...  Anda tahu apa itu GLA.... Jom baca disini ye... dan testimoni pengguna GLA yang lain ye..

Sunday 23 June 2013

Setelah 10 tahun menunggu cahayamata,akhirnya.......

Hubungi Umi Rania untuk maklumat lanjut..^^

Jerebu melanda!! - Apa yang perlu kita lakukan?

Hari Sabtu baru ni, kami sekeluarga ke Setapak, umah abang ipar.. Memang dah plan nak tido sana.. Lagipun, Tok Umi dan Tok Habib si kecik ni datang umah abg kat sana... Bolehlaa Rania jumpa ngan Tok Umi dan Tok Habib dia ni... ^^...

Walaupun dah terlalu ramai yang update status tentang jerebu ni, kami kat sini pada hari Sabtu tu, mmg xde rs apa2 pon lg.. mungkin jerebu tu x sampai lg kat Sungai Buloh ni... Tapi, hari ni (Ahad) , waktu kami kuar dari umah abg ipar ni, daku siap tny asben... 'de org bakar sampah ke? de asap laa.... rupe2nye, jerebu dah semakin merebak ke sini... Dan sehingga sekarang, dah mula rs agak pedih mata ni.... Sana sini dah mcam asap... Sepanjang perjalanan balik ke rumah ni, dah rasa mcam kat Genting pulak.... Cuma x sejuk je...huu

Sebenrnya, keadaan udara berjerebu ni sangat berbahaya terutama kat anak2 kecik kita ni... 

Anda tahu apa itu jerebu?

Ni yang umi sempat jenguk kat wikipedia...
"Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Jadi, tuk ibu2, kurang2kanlah aktiviti luar terutama nak bawak anak2 kecik berjalan2 kat luar.... kalau terpaksa sangat, pkai topeng muka ye... Semoga kita semua di lindungi dari gejala penyakit yang berpunca dari udara yang tidak sihat ni... 

Thursday 20 June 2013

7 punca utama jerawat



1 ✿ Makanan dan Minuman sebagai kemunculan Punca Jerawat
Makanan berlemak atau goreng dan minuman manis, dan masin biasanya menyebabkan jerawat mempunyai potensi untuk menjadi besar.


2. ✿ Bakteria sebagai punca jerawat
Propionibacterium jerawat adalah bakteria yang menyebabkan jerawat pada muka anda, ia adalah yang terbaik jika kita menjaga muka kita kekal dalam keadaan steril, bakteria tidak boleh membiak. Jika anda adalah orang yang sering merawat muka, muka anda akan menjadi bebas daripada bakteria.


3. ✿ Pengeluaran minyak yang berlebihan sebagai punca jerawat
Pengeluaran minyak berlebihan biasanya disebabkan oleh makanan dan minuman yang kita makan, lebih banyak lemak dan kolestrol dalam kandungan makanan atau minuman, lebih banyak ia akan mencetuskan kemunculan jerawat


4. ✿ Perubahan Hormon
Apabila remaja mengalami proses kematangan ke alam dewasa, pengeluaran hormon tertentu akan meningkat, salah satu hormon DHT yang boleh mencetuskan jerawat


5. ✿ Faktor genetik sebagai punca jerawat
Faktor-faktor genetik mempengaruhi kewujudan bersama jerawat pada muka anda.


6. ✿ Iritasi kulit sebagai punca jerawat
Jika anda tidak baik pada menjaga muka anda, dan sering memicit jerawat anda. Ada kemungkinan iritasi kulit yang boleh menyebabkan anda jerawat kerana bacteria yang terhasil


kredit:tipskesihatan

Wednesday 19 June 2013

pETUA kesihatan dalam Islam - IKUT CARA NABI

Petua Kesihatan Islam::

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan, mau pun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran. Mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. Ia memang terbukti keberkesanannya. Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:


1. Mandi awal pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.

3. Semasa solat subuh, disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migraine. Ini telah disahkan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini juga diahkan oleh saintis yang mana dalam tubuh ayam mengandungi ion (+ manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil. Ia boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan apabila habis makan hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah mengesahkan bahawa enzime banyak terkandung di celah jari- jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim adalah sejenis alat percerna makanan. Tanpanya makanan tidak hadam)

"Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali ilmu kepadanya."


kredit:persatuanibumengandungdanmenyusu

Tuesday 18 June 2013

Mengenali botol BPA free

Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). 

Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?

Apa itu Bisphenol A (BPA)?

Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.

Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?

Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.


Dan kerajaan telah pon memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012 lagi

Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kebiasaanya ada label PC dan 7

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



Antara produk "BPA free" - banyak lagi rasanya produk2 lain

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat (Botol susu yang mengandungi BPA)
  • Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Selain tu untuk makluman semua, botol air yang ada BPA ni banyak ada kat pasaran, kalau tengok label bawah botol ada tanda PC(7). Berdasarkan makluman kementerian kesihatan, botol BPA ni tak sesuai utk baby/kanak2 je. So kita yg org dewasa ni masih boleh guna.

Ok mummy2! jom cek botol/bekas plastik yang digunakan untuk anak-anak kita... ^^

kredit:majalah.com

Monday 17 June 2013

STATUS HALAL SHAKLEE

Salam bersiaran lagi di hari Selasa yang penuh ceria ^,^....
Ok, hari ni nak bercerita pasal status HALAL untuk semua barangan atau makanan yang kita makan.. PENTING ni untuk kita yang beragama Islam......

Sebagai umat Islam, sudah menjadi kewajipan kita untuk memastikan apa yg kita makan atau guna mestilah Halal baik dari segi bahannya mahupun pemprosesannya. Bagi saya sendiri secara peribadi, saya sentiasa pastikan setiap makanan mahupun barangan yg dibeli mestilah mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM sendiri. Kelulusan dari pihak KKM juga amat penting untuk memastikan supplement yg diambil selamat terutama ibu yang menyusu. Ini adalah kerana, apa yg ibu ambil atau makan, pastinya akan disalurkan kepada anak-anak yg menyusu, kan? Tidak dinafikan, pelbagai supplemen di pasaran kini sedikit sebanyak membuat kita tertanya-tanya sama ada produk itu halal atau tidak lebih-lebih lagi apabila sesuatu produk itu diproses di luar negara.

Shaklee terdapat di pasaran seluruh dunia dan mempunyai rangkaian produk yang banyak. Jika berkesempatan berkunjung ke negara jiran, Singapura pasti anda akan berjumpa dengan produk Shaklee yang tidak terdapat di Shaklee Malaysia. Kenapa?? Ini kerana tidak semua produk Shaklee Worldwide itu halal dan hanya yang mendapatkan status HALAL sahaja dipasarkan di Shaklee Malaysia.

 Buat anda yg masih lagi was-was atau ragu-ragu dengan status HALAL produk Shaklee, di sini saya sertakan Sijil Halal Shaklee yang telah mendapat kelulusan dari pihak JAKIM melaluiIslamic Services of America (ISA) untuk rujukan anda semua. ISA merupakan satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM. 

Sijil Halal bagi produk Shaklee ini diperbaharui setiap tahun dan yg terkini dikeluarkan pada 
6 Februari 2012.



Anda juga tidak perlu gusar dgn keselamatan suplemen shaklee kerana telah semua suplemen shaklee yg berada di pasaran Malaysia telah diiktiraf oleh KKM juga. Boleh rujuk kepada label KKM di setiap botol suplemen Shaklee.

Anda juga boleh merujuk laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Lihat mukasurat 33. Senarai ini adalah yang telah dikemaskini pada 31 July 2011.

Senarai Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh rujuk di sini
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Jom jana pendapatan dengan SHAKLEE

Tawaran Hebat Untuk Anda!!
Mula beroperasi sejak 1995. 

Modal serendah RM75(WM)/RM85(EM)
Atau RM600 berserta barangan yang boleh terus diamalkan.

Boleh PM Rania Health Beauty Centre untuk info lanjut atau sms 013 9927742(sha)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.

Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.

"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.

"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.
"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.

"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.

Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.

Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.

Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.

Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_21/Shaklee-tawar-peluang-pendapatan-lumayan#ixzz2Vk8fOWsa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday 14 June 2013

Jom bermasker dengan ESP!

Selamat malam uollsssss.... ^^ 

Masker ESP
Gambar Sekadar Hiasan ~ Amalan Masker boleh mengecutkan jerawat dan menaikkan seri wajah~

Dah nak tido ye?? Apa kata, sebeum tido kali ni, kita cuba buat masker... masker campuranYogurt dan ESP.  

haaa??? ESP??
Yes, ESP pun boleh dijadikan masker tau. Sudah ramai yg telah mencuba dan telah mendapat hasil yg sangat memuaskan...Seperti seorang sahabat ni, Puan Fatin...katanya setelah 4 hari mengamalkan masker Yogurt + ESP ni, didapati jerawat semakin kecut dan yang paling BEST...kulit muka terasa semakin gebu dan kelihatan semakin berseri.


Kaedah Membuat Masker ESP + Yogurt:

Mudah je...hanya perlu campurkan setengah cawan Natural Yogurt dengan Satu Sudu Besar ESP. Boleh juga jika nak campurkan putih telur kerana putih telur telah diketahui ramai sangat bagus utk membantu menghilangkan "Blackheads" dan "WhiteHeads". Selepas dah campur semua bahan, bolehlah oleskan secara rata di wajah anda....Biarkan selama 15-20 minit dan boleh bilas. Anda akan dapat rasakan kulit anda licin dan gebu je selepas itu...Amalkan selama beberapa hari dan rasailah kesannya.

  Selain ESP, Vitamin C, Vitamin E dan Collagen Powder juga boleh dijadikan masker untuk mencantikkan dan menganjalkan lagi kulit muka anda  


SeLaMaT MenCuBa!!
kredit:mylittleyaya

Thursday 13 June 2013

Info tentang ceaseran ... Kenapa perlu di bedah untuk bersalin?

Impian kebanyakan mummy2 mesti nak bersalin secara normal kan? Umi pon begitu... tapi, rencana Allah itu sudah pasti... Umi ditakdirkan untuk bersalin secara pembedahan .. Ketika itu, Rania 37minggu dalam perut umi... Masa tu, dah tak pikir takut ke tak.. sbb dlm ati ni hanya nak selamatkan anak yang 9 bulan di kandung...Sebenarnya sebabb umi di bedah adlh pertamanya Rania songsang dari 7 bulan.. dlm masa 7 buln tu, Rania memenag kerap berpusing dlam perut ni.. jumpa bidan pon dah.. ok kejap, tapi lepas g scan, songsang balik.. umm.. Dah tersurat sbnryna.. ms 36wks, KK refer hsptl sbb masih songsang.. di hosp, lpas scan, doktr ckap air ketuban berkurang.. sebelum ni mmg xde msalh ngan air ketuban pon.. 2,3x di scan, mmg berkurang..pe lagi.. trus laa dapat tarikh utk ceasr... dduk laaa smggu kat wad tu tnggu baby 37wks..sbb ktnya elok 37wks keats tuk ceasr.....umm...itu laa pnglaman umi..
Tahukah mummy??Sesetengah kehamilan memerlukan wanita melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean. Mengapa perlunya prosedur kelahiran secara pembedahan?
Kebanyakan wanita hamil akan berasa gerun apabila dikhabarkan perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean. Jika diberi pilihan mereka lebih rela memilih proses pelahiran secara normal. Ketahui lebih lanjut keadaan yang menyebabkan pembedahan Caesarean dilakukan terhadap wanita hamil.
Pembedahan Caesarean atau turut dikenali sebagai C-section adalah prosedur pembedahan yang dilakukan apabila proses kelahiran melalui faraj tidak dapat dilakukan, tidak selamat dan kesihatan ibu dan bayi berada dalam risiko.
Melalui prosedur ini, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan yang dilakukan di bahagian abdomen. Tujuan utama doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan Caesarean ialah untuk menyelamatkan nyawa kandungan dan ibu sendiri.
Pembedahan merupakan jalan yang paling selamat untuk ibu yang menghadapi komplikasi waktu melahirkan berbanding bersalin secara normal.
Keadaan yang memerlukan pembedahan Caesarean
1.      Ibu tidak berupaya untuk bersalin secara normal. Faktor ini adalah punca yang sering kali berlaku. Dianggarkan satu daripada tiga kes Caesarean yang dijalankan adalah disebabkan oleh proses bersalin terlalu lambat atau berhenti sama sekali. Punca masalah ini berlaku adalah seperti kontraksi uterus tidak berlaku dengan baik dan tidak mampu mengembangkan bahagian serviks atau kepala bayi terlalu besar. Masalah ini dikenali sebagai cephalopelvis disproportion (CPD) iaitu keadaan tulang rangka pelvis ibu yang sempit. Dengan yang demikian, pembedahan adalah kaedah kelahiran yang lebih selamat.

2.      Degupan jantung bayi tidak normal ketika bersalin. Ini berkemungkinan menunjukkan bayi tidak menerima bekalan oksigen mencukupi kerana uri menjadi mampat atau plasenta tidak berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, rentak degupan jantung yang tidak normal ini juga boleh berlaku walaupun bayi tidak mengalami sebarang masalah.

3.      Ibu mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit paru-paru atau tekanan darah tinggi. Biasanya ibu akan diberikan induksi untuk bersalin lebih awal. Namun, kadang kala induksi awal ini menyebabkan kegagalan serviks mengembang sehingga ibu perlu menjalani pembedahan.

4.      Bayi dalam keadaan songsang atau melintang. Jika dipaksa untuk bersalin dalam keadaan songsang, uri mungkin keluar terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan bekalan oksigen bayi terputus. Kepala bayi juga mungkin terperangkap dalam saluran peranakan walaupun bahagian badan lain dapat keluar dengan mudah.

5.      Kandungan kembar dua atau tiga. Namun, dalam sesetengah kes, ada ibu yang bersalin secara normal tetapi semuanya bergantung pada kedudukan, berat bayi dan usia kandungan. Sehubungan itu, kajian menunjukkan kembar kedua yang dilahirkan secara normal berhadapan dengan risiko kematian akibat komplikasi ketika bersalin.

6.      Tali pusat terlilit pada leher atau badan bayi. Dalam pada itu, tali pusat bayi juga berkemungkinan terbelit di antara kepala bayi dan tulang pelvik ibu.

7.      Ibu pernah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean dalam kelahiran yang lalu. Walaupun ibu berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal, namun faktor ini tetap diambil kira oleh doktor. Ini kerana ada segelintir wanita tidak berupaya untuk melahirkan bayinya secara normal. Maka ibu perlu menjalani pembedahan. Faktor yang memungkinkan pembedahan Caesarean dilakukan termasuklah jenis pemotongan rahim yang dilakukan sewaktu kelahiran yang lalu.

8.      Bayi mengalami masalah perkembangan seperti kecacatan tulang belakang (myelomeningocele) atau otak (hydrocephalus).

9.      Ibu belum menunjukkan tanda mahu bersalin walaupun sudah melepasi tarikh yang dijangkakan.

10.  Melindungi bayi daripada jangkitan virus seperti herpes simpleks yang biasanya menjangkiti mulut, mata dan kemaluan bayi.

11.  Plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum bayi dilahirkan (abruption placenta).

12.  Plasenta previa(plasenta di bawah). Dalam keadaan ini, plasenta mungkin menutupi dinding rahim sehingga menghalang bayi daripada keluar melalui serviks.

13.  Air ketuban berkurangan.

kredit:karangkraf

Tuesday 11 June 2013

Panduan Cairkan Susu Perahan



Mungkin ada di kalangan ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi menghadapi dilema bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika mereka bekerja.

Tidak kira sama ada anda meletakka
n bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri, pastikan mereka sudah maklum tentang cara pengendalian susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.

Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak menyusu secara terus dari payu dara ibu.

1. Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.

2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.

3. Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.

4. Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).

5. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.

6. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.

7. Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.

8. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).

9. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.

10. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.

11. Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.

12. Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.

13. Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.

Tip Penyimpanan Susu Perahan
===================

a. Di tempat kerja

Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.

b. Sampai di rumah

Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.

c. Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.

d. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.

e. Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.


sumber:http://pama.karangkraf.com/famili/panduan-cairkan-susu-perahan-1.160860

Monday 10 June 2013

13 tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu



1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.

2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
 Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)


9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

credit: Pa&Ma Julai '12