Monday, 17 June 2013

STATUS HALAL SHAKLEE

Salam bersiaran lagi di hari Selasa yang penuh ceria ^,^....
Ok, hari ni nak bercerita pasal status HALAL untuk semua barangan atau makanan yang kita makan.. PENTING ni untuk kita yang beragama Islam......

Sebagai umat Islam, sudah menjadi kewajipan kita untuk memastikan apa yg kita makan atau guna mestilah Halal baik dari segi bahannya mahupun pemprosesannya. Bagi saya sendiri secara peribadi, saya sentiasa pastikan setiap makanan mahupun barangan yg dibeli mestilah mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM sendiri. Kelulusan dari pihak KKM juga amat penting untuk memastikan supplement yg diambil selamat terutama ibu yang menyusu. Ini adalah kerana, apa yg ibu ambil atau makan, pastinya akan disalurkan kepada anak-anak yg menyusu, kan? Tidak dinafikan, pelbagai supplemen di pasaran kini sedikit sebanyak membuat kita tertanya-tanya sama ada produk itu halal atau tidak lebih-lebih lagi apabila sesuatu produk itu diproses di luar negara.

Shaklee terdapat di pasaran seluruh dunia dan mempunyai rangkaian produk yang banyak. Jika berkesempatan berkunjung ke negara jiran, Singapura pasti anda akan berjumpa dengan produk Shaklee yang tidak terdapat di Shaklee Malaysia. Kenapa?? Ini kerana tidak semua produk Shaklee Worldwide itu halal dan hanya yang mendapatkan status HALAL sahaja dipasarkan di Shaklee Malaysia.

 Buat anda yg masih lagi was-was atau ragu-ragu dengan status HALAL produk Shaklee, di sini saya sertakan Sijil Halal Shaklee yang telah mendapat kelulusan dari pihak JAKIM melaluiIslamic Services of America (ISA) untuk rujukan anda semua. ISA merupakan satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM. 

Sijil Halal bagi produk Shaklee ini diperbaharui setiap tahun dan yg terkini dikeluarkan pada 
6 Februari 2012.



Anda juga tidak perlu gusar dgn keselamatan suplemen shaklee kerana telah semua suplemen shaklee yg berada di pasaran Malaysia telah diiktiraf oleh KKM juga. Boleh rujuk kepada label KKM di setiap botol suplemen Shaklee.

Anda juga boleh merujuk laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Lihat mukasurat 33. Senarai ini adalah yang telah dikemaskini pada 31 July 2011.

Senarai Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh rujuk di sini
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Jom jana pendapatan dengan SHAKLEE

Tawaran Hebat Untuk Anda!!
Mula beroperasi sejak 1995. 

Modal serendah RM75(WM)/RM85(EM)
Atau RM600 berserta barangan yang boleh terus diamalkan.

Boleh PM Rania Health Beauty Centre untuk info lanjut atau sms 013 9927742(sha)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.

Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.

"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.

"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.
"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.

"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.

Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.

Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.

Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.

Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_21/Shaklee-tawar-peluang-pendapatan-lumayan#ixzz2Vk8fOWsa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, 14 June 2013

Jom bermasker dengan ESP!

Selamat malam uollsssss.... ^^ 

Masker ESP
Gambar Sekadar Hiasan ~ Amalan Masker boleh mengecutkan jerawat dan menaikkan seri wajah~

Dah nak tido ye?? Apa kata, sebeum tido kali ni, kita cuba buat masker... masker campuranYogurt dan ESP.  

haaa??? ESP??
Yes, ESP pun boleh dijadikan masker tau. Sudah ramai yg telah mencuba dan telah mendapat hasil yg sangat memuaskan...Seperti seorang sahabat ni, Puan Fatin...katanya setelah 4 hari mengamalkan masker Yogurt + ESP ni, didapati jerawat semakin kecut dan yang paling BEST...kulit muka terasa semakin gebu dan kelihatan semakin berseri.


Kaedah Membuat Masker ESP + Yogurt:

Mudah je...hanya perlu campurkan setengah cawan Natural Yogurt dengan Satu Sudu Besar ESP. Boleh juga jika nak campurkan putih telur kerana putih telur telah diketahui ramai sangat bagus utk membantu menghilangkan "Blackheads" dan "WhiteHeads". Selepas dah campur semua bahan, bolehlah oleskan secara rata di wajah anda....Biarkan selama 15-20 minit dan boleh bilas. Anda akan dapat rasakan kulit anda licin dan gebu je selepas itu...Amalkan selama beberapa hari dan rasailah kesannya.

  Selain ESP, Vitamin C, Vitamin E dan Collagen Powder juga boleh dijadikan masker untuk mencantikkan dan menganjalkan lagi kulit muka anda  


SeLaMaT MenCuBa!!
kredit:mylittleyaya

Thursday, 13 June 2013

Info tentang ceaseran ... Kenapa perlu di bedah untuk bersalin?

Impian kebanyakan mummy2 mesti nak bersalin secara normal kan? Umi pon begitu... tapi, rencana Allah itu sudah pasti... Umi ditakdirkan untuk bersalin secara pembedahan .. Ketika itu, Rania 37minggu dalam perut umi... Masa tu, dah tak pikir takut ke tak.. sbb dlm ati ni hanya nak selamatkan anak yang 9 bulan di kandung...Sebenarnya sebabb umi di bedah adlh pertamanya Rania songsang dari 7 bulan.. dlm masa 7 buln tu, Rania memenag kerap berpusing dlam perut ni.. jumpa bidan pon dah.. ok kejap, tapi lepas g scan, songsang balik.. umm.. Dah tersurat sbnryna.. ms 36wks, KK refer hsptl sbb masih songsang.. di hosp, lpas scan, doktr ckap air ketuban berkurang.. sebelum ni mmg xde msalh ngan air ketuban pon.. 2,3x di scan, mmg berkurang..pe lagi.. trus laa dapat tarikh utk ceasr... dduk laaa smggu kat wad tu tnggu baby 37wks..sbb ktnya elok 37wks keats tuk ceasr.....umm...itu laa pnglaman umi..
Tahukah mummy??Sesetengah kehamilan memerlukan wanita melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean. Mengapa perlunya prosedur kelahiran secara pembedahan?
Kebanyakan wanita hamil akan berasa gerun apabila dikhabarkan perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean. Jika diberi pilihan mereka lebih rela memilih proses pelahiran secara normal. Ketahui lebih lanjut keadaan yang menyebabkan pembedahan Caesarean dilakukan terhadap wanita hamil.
Pembedahan Caesarean atau turut dikenali sebagai C-section adalah prosedur pembedahan yang dilakukan apabila proses kelahiran melalui faraj tidak dapat dilakukan, tidak selamat dan kesihatan ibu dan bayi berada dalam risiko.
Melalui prosedur ini, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan yang dilakukan di bahagian abdomen. Tujuan utama doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan Caesarean ialah untuk menyelamatkan nyawa kandungan dan ibu sendiri.
Pembedahan merupakan jalan yang paling selamat untuk ibu yang menghadapi komplikasi waktu melahirkan berbanding bersalin secara normal.
Keadaan yang memerlukan pembedahan Caesarean
1.      Ibu tidak berupaya untuk bersalin secara normal. Faktor ini adalah punca yang sering kali berlaku. Dianggarkan satu daripada tiga kes Caesarean yang dijalankan adalah disebabkan oleh proses bersalin terlalu lambat atau berhenti sama sekali. Punca masalah ini berlaku adalah seperti kontraksi uterus tidak berlaku dengan baik dan tidak mampu mengembangkan bahagian serviks atau kepala bayi terlalu besar. Masalah ini dikenali sebagai cephalopelvis disproportion (CPD) iaitu keadaan tulang rangka pelvis ibu yang sempit. Dengan yang demikian, pembedahan adalah kaedah kelahiran yang lebih selamat.

2.      Degupan jantung bayi tidak normal ketika bersalin. Ini berkemungkinan menunjukkan bayi tidak menerima bekalan oksigen mencukupi kerana uri menjadi mampat atau plasenta tidak berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, rentak degupan jantung yang tidak normal ini juga boleh berlaku walaupun bayi tidak mengalami sebarang masalah.

3.      Ibu mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit paru-paru atau tekanan darah tinggi. Biasanya ibu akan diberikan induksi untuk bersalin lebih awal. Namun, kadang kala induksi awal ini menyebabkan kegagalan serviks mengembang sehingga ibu perlu menjalani pembedahan.

4.      Bayi dalam keadaan songsang atau melintang. Jika dipaksa untuk bersalin dalam keadaan songsang, uri mungkin keluar terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan bekalan oksigen bayi terputus. Kepala bayi juga mungkin terperangkap dalam saluran peranakan walaupun bahagian badan lain dapat keluar dengan mudah.

5.      Kandungan kembar dua atau tiga. Namun, dalam sesetengah kes, ada ibu yang bersalin secara normal tetapi semuanya bergantung pada kedudukan, berat bayi dan usia kandungan. Sehubungan itu, kajian menunjukkan kembar kedua yang dilahirkan secara normal berhadapan dengan risiko kematian akibat komplikasi ketika bersalin.

6.      Tali pusat terlilit pada leher atau badan bayi. Dalam pada itu, tali pusat bayi juga berkemungkinan terbelit di antara kepala bayi dan tulang pelvik ibu.

7.      Ibu pernah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean dalam kelahiran yang lalu. Walaupun ibu berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal, namun faktor ini tetap diambil kira oleh doktor. Ini kerana ada segelintir wanita tidak berupaya untuk melahirkan bayinya secara normal. Maka ibu perlu menjalani pembedahan. Faktor yang memungkinkan pembedahan Caesarean dilakukan termasuklah jenis pemotongan rahim yang dilakukan sewaktu kelahiran yang lalu.

8.      Bayi mengalami masalah perkembangan seperti kecacatan tulang belakang (myelomeningocele) atau otak (hydrocephalus).

9.      Ibu belum menunjukkan tanda mahu bersalin walaupun sudah melepasi tarikh yang dijangkakan.

10.  Melindungi bayi daripada jangkitan virus seperti herpes simpleks yang biasanya menjangkiti mulut, mata dan kemaluan bayi.

11.  Plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum bayi dilahirkan (abruption placenta).

12.  Plasenta previa(plasenta di bawah). Dalam keadaan ini, plasenta mungkin menutupi dinding rahim sehingga menghalang bayi daripada keluar melalui serviks.

13.  Air ketuban berkurangan.

kredit:karangkraf

Tuesday, 11 June 2013

Panduan Cairkan Susu Perahan



Mungkin ada di kalangan ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi menghadapi dilema bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika mereka bekerja.

Tidak kira sama ada anda meletakka
n bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri, pastikan mereka sudah maklum tentang cara pengendalian susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.

Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak menyusu secara terus dari payu dara ibu.

1. Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.

2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.

3. Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.

4. Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).

5. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.

6. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.

7. Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.

8. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).

9. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.

10. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.

11. Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.

12. Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.

13. Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.

Tip Penyimpanan Susu Perahan
===================

a. Di tempat kerja

Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.

b. Sampai di rumah

Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.

c. Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.

d. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.

e. Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.


sumber:http://pama.karangkraf.com/famili/panduan-cairkan-susu-perahan-1.160860

Monday, 10 June 2013

13 tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu



1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.

2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
 Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)


9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

credit: Pa&Ma Julai '12