Wednesday, 3 July 2013

GURAUAN MENIMANG BAYI?? awasssss

Salam selamat pagi... 
Pagi ni nak berkongsi tentang gurauan ibu bapa / atuk nenek kat anak2/cucu2 ni kan... Sape tak hepi tgk si kecik gelak2 bile di timang2 ... Tapi berwaspada dan beringat sebelum kene... Yang ni Umi Rania kurang setuju kalau melihat mereka2 timang anak tinggi2. atau berlebih2an.. Goncangkan badan bayi ke... Ya Allah, takut dan bimbang dalam hati Allah je tahu... Mintak dijauhkan perkara2 ini.. Sebab?? Anda baca di bawah ni ye kenapa Umi Rania risau...lagi2 anak sendiri yang di timang2 tinggi2.. kusss semangat... Bukan tak boleh, tapi slow2, beringat2.. sape tak sayang anak oi! ^^

GURAUAN dengan menimang bayi mungkin dianggap satu perkara biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat kita.

Terdapat juga mereka suka bergurau dengan melompat bersama bayi. Namun tahukah anda, perkara ini tanpa disedari boleh membawa padah pada bayi anda?

Menurut Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Azam Mohd. Nor, walaupun perkara ini dianggap sebagai satu gurauan dan cara bermain dengan bayi, namun berlakunya hentakan kuat daripada lompatan atau balingan yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada bayi.

"Tabiat ini dikategorikan dalam satu sindrom yang selalunya berlaku pada ibu bapa atau golongan dewasa yang gemar menggoncang bayi iaitu Sindrom Goncang Bayi atau Shaken Baby Syndrom (SBS).

"Ini berlaku ketika ingin menenangkan bayi yang sedang menangis atau meragam dalam perasaan marah.

"Sindrom ini boleh mengakibatkan beberapa komplikasi terhadap bayi seperti sawan. Sawan berlaku apabila terdapat tisu abnormal pada tisu otak dan gejala sindrom ini akan mengakibat sawan kekal pada bayi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Selain itu, sindrom ini turut mengakibatkan berlakunya kekurangan oksigen atau bengkak pada otak yang akhirnya membawa kematian.

SBS kerap berlaku pada golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dan kekerapan sindrom berlaku pada kanak-kanak yang berusia setahun ke bawah iaitu pada bayi.

Ujarnya lagi, hayunan buaian semasa menidurkan bayi turut berisiko berlakunya sindrom ini tanpa disedari.
"Hayunan yang kuat akan mengakibatkan bahagian anggota termasuk kepala bayi terkena hentakan pada objek sekeliling.


Yang ni pon Umi Rania akan beringat2... Selalu pesan kat mak(masa mak jg Rania dulu).. Jangan enjut kuat sgt buai ni,.. Kalau nampak cam kuat je, Umi akan stop kan, dan kalau boleh nak enjut sdiri..Dan sekarang, buai ni kadang2 je gune... malam memang tak guna laa.. Siang pon dah terlalu jarang guna.. 
Kalau ikutkan, beli buai ni sebab dulu mak suruh beli...Katanya susah kalau x letak dlam buai, x boleh buat keje laa mak.. Betul jugak kata mak ni.. Maklumla, masa tu Umi keje.. Rania duk ngan Tok.. nak tak nak , kne beli jgk.. tp mummy2, bukannya x boleh letak langsung dlm buai, cuma masa enjut tu beringat2 ye.. Jangan terlalu kuat... 

*Kalau boleh elakkan guna buai...Kalau de mummy2 yang plan nak beli buaian elektrik, lagi laa Umi tak galakkan... sendiri mau ingatla ye..

Pengalaman umi, pernah melihat di depan mata seorang saudara enjut anak berusia 3 bulan dlm buai dgn kuat.. Ya Allah, takut sgt.. Umi just tegur " Kuat sgt enjut ni".. Tapi bila si ibu menjawab" memang kene enjut kuat2 budak ni, dia suka macam tu, kalau tak, dia menangis, x tido".. emmm... Apa lagi nak dikata.. kang nak ajo,nmpk over plak kan.. padahal anak baru sorang, nak aja orang macam2... ..  mentaliti orang kita camni la... Cuma berharap anak itu sihat2 shj, In Sha Allah..Ameenn..

Tapi tahukah mummy2 
"Goncangan yang terlalu kuat juga mengakibatkan kecederaan pada bayi disifatkan sebagai salah satu penderaan kanak-kanak,"

SBS selalunya berlaku pada kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah dan banyak kes dikesan pada kanak-kanak berusia setahun ke bawah.
Dikatakan pada usia ini kanak-kanak hanya disokong oleh otot-otot yang tidak kuat dan saluran darah yang masih lembut.

"Hentakan yang terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pada otak sehingga berlakunya masalah bengkak pada otak.

"Berlakunya pendarahan pada otak atau di kawasan lain mengakibatkan kesan buruk yang boleh membawa maut pada bayi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130103/ke_05/Bahaya-goncang-bayi#ixzz2Y2vDP8qC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Petua menghilangkan kahak bagi bayi

Petua-Petua Buang Kahak Pada Bayi
=======================
Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak!Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri,

Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisional:

1.Daun Pucuk Kaduk-Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya

2.Daun Sirih-caranya,ambil Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

3.Bungga Raya Merah- caranya,ambil bunga tersebut dan lesungkan.Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir.
Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.

4.Daun pokok hati2-caranya, ambil daunnya dan ramas2 daun tersebut kemudian letak kapur sirih + air sikit… lepas tu sapukan kat dada serta belakang bayi anda.

5.Air rebusan akar lalang-caranya minum sesudu kecil air tersebut.Insyaallah dalam 2-3 hari hilang la!

6.Daun pegaga kampung-ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk ,kemudian ambil air dia lepas tu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian itu bagi anak minum sehari 3 kali.

7.Entemu( hanya mudah didapati di negeri sarawk)- bentuk dan rupanya seakan2 kunyit, tumbuk sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letak kan setitis air dari entemu tersebut ke lidah. Insyallah kahak akan kering dalam 2-3 hari

8. DAUN KETUMBIT-pokok dia mcm pokok rumput ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan atas tapak tangan.Air dia sapu di atas ubun2,dada,sebelah belakang bayi anda,insyaallah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.


Kredit:PersatuanIbuMengandungdanMenyusu

Tuesday, 2 July 2013

Gejala dan tanda keguguran

hai mummy2!!! Hari ni nak kongsikan antara gejala dan tanda keguguran..

Gejala dan tanda keguguran termasuklah:
~Pendarahan. 
Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.

~Sakit. 

Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.

~Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.


Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

-Usia terutama 35 tahun keatas
-Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
-Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
-Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
-Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
-Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
-Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
-Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
-Pernah hamil dengan anak cacat
-Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
-Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
-Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:

-Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
-Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
-Gigitan ular
-Meminum cafin secara berlebihan
-Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang TIADA kaitan dengan keguguran:
-Terdedah kepada Komputer monitor
-Hubungan seks
-Senaman


kredit: PersatuanWanitaIbuIsteri

Monday, 1 July 2013

Tips hias bilik si kecik


Selamat pagi mummy2....
Hari ni saja nak berkongsi tips menghias bilik si kecik kita... Best kan bila dorg dah boleh duduk dlm bilik sendiri..Macam Rania ni baru 11 bulan, memang tak laa.. masih tido ngan Umi Walid lagi.. cuma yang pasti, Rania tak boleh tido atas katil kami lagi.. sebab tidonya makaih, memang silap hari bulan umi walid atau Rania boleh jatuh.. Jadi, nak senang, Rania duk bawah..Dan Umi walid akan pura2 tidur tepi dia sebelum dia tido.. Dia dah lena, baru kami tido atas katil.. hiihii.. .... opsst..
Ok mummy2... Check it out!

En Google: Bilik tido kanak-kanak lelaki...
En Google: bilik tido kanak-kanak perempuan...
Ketika menghias bilik anak terutama bayi, perkara penting perlu diambil kira ialah keselamatan mereka dan selepas itu barulah beralih kepada pemilihan kemasan dinding selain perhiasan yang dapat merangsang fikiran bayi.
Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang.
Selain itu, pastikan keselamatan yang diambil mengikut peringkat perkembangan minda kanak-kanak dan bukan berdasarkan usia.
Ikuti beberapa panduan berikut:
* Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur.
* Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya. Jika pasang jeriji, pastikan bentuknya lurus bagi mengelakkan mereka memanjatnya.
* Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelak mereka memasukkan kepala di celah jeriji.
* Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya mata hari terus.
* Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelak kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir.
* Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.
* Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelak kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak jubin yang pecah.
* Jangan sesekali memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak, sebaliknya lebih sesuai menggunakan lampu kalimantang atau lampu dinding yang boleh dikawal cahayanya.
* Elak daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.
* Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan.
* Peti menyimpan permainan sangat berbahaya bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah. Jika menggunakannya pastikan peti itu tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya.
* Permainan elok disusun di lantai supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi.
* Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.
* Jangan guna perhiasan kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut bayi atau kanak-kanak.
* Elak meletak perhiasan kaca di atas meja beralas kerana kemungkinan besar mereka akan menarik alas itu menyebabkan perhiasan jatuh dan pecah sekali gus mengundang bahaya.
* Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.
* Pastikan perabot dalam bilik kukuh dan tidak mudah digerakkan.
* Jika ingin menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur.
* Tutup palam elektrik yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.

Kredit:serikasih

Badan berbau? Kini tidak lagi....



Klik disini untuk mengetahui lanjut tentang Alfalfa Shaklee....

Cara Menjadi Ahli Shaklee Dan Kelebihannya

Salam semua ... Hari ni saya nak kongsikan cara untuk menjadi ahli Shaklee dan menjadi sebahagian dari keluarga kami. Kepada para pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli, anda akan dapat menikmati harga istimewa dan mendapat diskaun. Caranya? Sila lihat di bawah ya ...

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee?
  • Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 933442 sebagai sponsor/upline.
Yuran keahlian Shaklee
  • Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee.
  • Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain atau minimum purchase.
Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
  • Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat pembelian.
Apa kelebihan menjadi ahli?
  • Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
  • Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
  • Jika berminat untuk memulakan bisnes, terdapat kelas tertutup disediakan melalui blog tertutup khas untuk ini.
  • Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International - Umrah bagi Muslim).
Berminat?? Sila hubungi saya di sharifah_rokiah@ymail.com / SMS 013 9927742

Masalah keputihan yang teruk kini tiada

Selamat pagi kawan2...
Pagi-pagi ni nak kongsi testimoni seorang adik ni,,, Beliau mengalami masalah keputihan yang agak teruk..Maklumlaa.. masa tu tengah belajar lagi.. Doktor cakap mungkin jugak effect dari penat dan stress... Tapi tak jugak hilang masalah ini....
Akhirnya, setelah diperkenalkan dengan Alfalfa Shaklee, Alhamdulillah...Kini masalah itu hampir tiada lagi... 
Anda belum tahu apa itu Alfalfa? Sila klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan Alfalfa ye..