Friday, 5 April 2013

Apakah permainan yang anda beli SELAMAT untuk anak kecil anda?


Hai mommy2!!!!
Anak wat pe tu?? ngah main mainan ye?? Rania pon ngah main skang ni....Sambil2 duk tunggu walid dia balik..... tp, tahukan mommy2, selamat ke x mainan yg mommy2 duk beli tu tuk anak2 ye?? Ni tips tuk Umi Rania jgk ;)
Jom, disini sy senaraikan antra tips untuk memilih permainan yang selamat terutama bagi bayi dan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun ....... 
* Pastikan mainan yang dibeli tidak mudah tanggal dan patah terutama dari kesan hentakan dan tarikan. Periksa bahagian mainan seperti hidung, mata (bagi anak patung atau teddy bear) dan bahagian yang bercantum dilekatkan dengan kuat dan tidak mudah tanggal. (mainan anak patung tidak sesuai untuk orang Islam, dikatakan syaitan suka pada patung dan malaikat pula tidak masuk kepada rumah yang ada patung)
* Elakkan dari memberikan bayi mainan yang bertali. Anda boleh bayangkan sendiri kalau tali tu terbelit kat leher atau tangan bayi.
* Elakkan dari membeli mainan yang dibuat dari plastik yang nipis kerana ia mudah patah dan pecah. Biasanya mainan macam ni bila dah patah, bahagian yang patah tu tajam dan boleh melukakan bayi.
* Jika anda membeli mainan yang boleh dipicit atau ditekan untuk mengeluarkan bunyi, pastikan ia lebih besar dari mulut bayi anda. Almaklumlah budak-budak suka masukkan barang dalam mulut. Kalau mainan tu besar payah lah dia nak sumbat dalam mulut.
Bahan yang diguna membuat mainan pula , kena pastikan terdiri dari bahan selamat, tidak ada toksik, tidak mudah luntur warna, tidak cair, tidak patah, tidak memberi kesan sampingan pada tangan atau kulit bayi anda
Jangan membeli mainan yang ada lubang, kerana bayi akan masuk jari ke lubang mainan, nanti jari akan terlekat pula ye.. Kesian jari comel tu nanti ;)

* Akhir sekali, jangan biarkan bayi bermain sendirian. Pastikan ada orang dewasa disisi bayi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.
Kredit: Minda Cemerlang
Tadaaaa...
Salam sayang,
Umi Rania yang hepppiiiii ;)

Wednesday, 3 April 2013

SUPPLEMENT UNTUK KANAK-KANAK

Kanak-kanak amat memerlukan nutrisi dan zat yg lengkap dalam memenuhi kehendak tumbesaran dan perkembangan mental serta IQ mereka. Jadi sebagai ibu bapa, amat perlu untuk kita pantau cara pemakanan anak-anak kita ini dan perlu untuk kita pastikan mereka mendapat nutrisi secukupnya dengan diet harian yg seimbang. Dewasa ini, ibu bapa cenderung untuk membiarkan sahaja anak-anak untuk makan apa sahaja yg mereka mahu tanpa mengambil berat kiraan kalori dan juga nutrisi yg diambil. Kanak-kanak amat gemarkan makan ringan "junk-food", Makanan segera "Fast-Food", makanan yg manis-manis (coklat, aiskrim etc). Kadang-kadang tak boleh nak salahkan mereka juga sebab kita juga yg memperkenalkan semua makanan itu pada mereka.


Jadi apakah sebenarnya diet dan nutrisi yg diperlukan oleh anak-anak kita ini? Jom kita kongsi bersama panduan asas diet harian untuk anak-anak kita. 
 
Jenis-jenis Makanan Utama:
  • Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
  • Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
  • Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melaluiOmega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).

Panduan Asas
  • Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
  • Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
  • Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat



Selain pemakanan, anak-anak kita akan terdedah kepada pelbagai jenis kuman, bakteria, dan virus dari persekitaran dan sentuhan objek dan ini sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko penyakit berjangkit dan sebagainya. T
 
idak dapat tidak anak-anak termasuklah diri kita sendiri akan sentiasa terdedah kepada beribu jenis kuman, bakteria dan virus setiap hari melalui pernafasan (hawa-dingin, habuk, asap etc), sentuhan dengan objek (perabot, pengangkutan awam etc) makanan dan persekitaran yg lain.
 Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus melindungi mereka dalam apa cara sekalipun.

Jadi saya menyeru ibu bapa semua, janganlah berlengah lagi dan tunggu sehingga sesuatu yg tidak diingini berlaku baru i
 Sebagai ikhtiar untuk melindungi permata hati kesanyangan kita, apa kata kita "melabur" sedikit untuk berikan mereka suplemen yg terbaik. Jadilah ibu bapa yg bijak demi masa depan anak-anak anda. Sudah pasti menjadi impian setiap ibu bapa inginkan anak-anak membesar dengan sihat, cergas dan ceria setiap hari. 

Kami di Shaklee sentiasa peka kepada keadaan ini dan menawarakan rangkaian suplemen untuk kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak.

Suplemen Shaklee untuk kanak-kanak


Rangkaian Suplemen TERBAIK Shaklee untuk anak-anak membesar dengan sihat, cergas dan cerdas:

MealShakes
Nutrisi lengkap dengan 24 vitamin, mineral dan zat penting. Kaya dengan protein untuk pembinaan sel badan. Membantu tumbesaran dgn asid folik, kalsium magnesium dan biotin. Antioksida yg melawan jangkitan. Rasanya yg lazat (French Vanilla) membuatkan kanak-kanak suka.

Omega Guard

EPA dan DHA amat penting untuk membantu dalam perkembangan mental kanak-kanak. Berupaya tingkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran. DHA merupakan komponen penting untuk otak, sitem saraf dan retina. EPA dan DHA juga sangat penting untuk menstabilkan emosi dan dapat membantu bagi kanak-kanak yg hiperaktif dan autism.

Vitalea for Children (Chewable)

Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting termasuk kalsium, magnesium dan banyak lagi untuk menyokong tulang yg kuat dan badan yg sihat. Baik untuk kesihatan dan tumbesaran. Sebagai bekalan harian untuk vitamin B.

Chewable Vita-C (100mg)

Menguatkan fungsi imunisasi kanak-kanak. Mempunyai rasa sitrus yg hebat. Sesuai diambil oleh kanak-kanak atau orang deawasa yg mengalami kesukaran menelan tablet.

ESP Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga harian yg berpanjangan. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol dan menjaga kesihatan jantung. Membantu pembinaan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yg telah rosak dan mati.

Nutriferon

Hanya boleh didapati eksklusif dari Shaklee sahaja. Bagi pengukuhan sistem imun. Dapat melindungi anak-anak daripada jangkitan kuman, bakteria dan virus yg berbahaya. 


**Rekomendasi bagi kanak-kanak 1-3 tahun: MealShakes + Omega Guard


**Rekomendasi bagi kanak-kanak 4-12 tahun: ESP, MealShakes, Omega Guard, Vitalea for Children, Chewable Vita-C, Nutriferon.


Kredit: mylittleyaya.blogspot

Anak liat ke sekolah??? jom selidik!!!


Siapa yang tidak pening kepala apabila si kecil buat perangai pagi-pagi buta. Sudahlah liat hendak bangun pagi, menangis pula tidak mahu ke sekolah. Papa dan mama pula perlu bergegas ke pejabat kerana ada mesyuarat penting. Diharap panduan berikut dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Mungkin kalau di awal persekolahan, situasi kanak-kanak prasekolah meragam enggan ke sekolah adalah perkara normal dialami semua ibu bapa. Tetapi kalau sudah masuk usia berminggu bahkan berbulan persekolahan, anak-anak masih ada yang meragam, siasatan perlu dilakukan.
Sebelum membuat penyelesaian, kita perlu mencari punca terjadinya masalah tersebut. Apa masalah si kecil sehingga tidak mahu ke sekolah. Sedangkan sebelum ini dia yang beria-ria tidak sabar melangkah ke alam persekolahan.
Sebenarnya kita kena faham mengapa anak tidak mahu ke sekolah. Anak-anak juga sama seperti kita. Cuba letakkan diri kita di satu tempat asing tanpa kita kenali sesiapa di sana, tentu mati kutu kan? Begitulah juga anak-anak. Rasa terancam, tidak selamat dan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa adalah perkara biasa.
Antara punca biasa yang dialami anak-anak sehingga menyebabkan dia enggan ke sekolah adalah berikut:
·         Cikgu yang terlalu garang dan bengis.
·         Kawan-kawan yang suka ambil kesempatan atau membuli.
·         Persekitaran sekolah yang tidak selesa.
·         Anak ketinggalan dalam pelajaran.
·         Anak tidak dapat apa yang dia kehendaki.
·         Anak tidak mempunyai kawan.
Sebaiknya ibu bapa sebagai orang paling rapat dengan anak hendaklah bijak menangani masalah ini.  Usah terlalu lembut hati mengikut sahaja kerenah mereka, ketegasan dalam kelembutan perlu ada. Bertindak bijak tangani masalah adalah lebih baik daripada menjadikan ia masalah dan terus menganggap ia masalah.
Jom baca , bagaimana mahu menangani anak enggan ke sekolah:
1.      Pujuk anak dan cungkil apa masalah sebenarnya. Selidik perkara ini ketika moodnya baik.  Dalam masa yang sama cuba nasihat dan bercakap dalam nada lembut dengannya tentang kebaikan pergi ke sekolah.
2.      Kenalkan anak dengan guru. Wujudkan rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Jika ada masalah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang masalah anak di sekolah. Mungkin boleh meminta bantuan guru untuk memujuknya (menerusi telefon) dengan mengatakan “Cikgu rindulah dengan Aifa, datanglah sekolah. Macam-macam boleh belajar.”
3.      Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.
4.      Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan sengaja tidak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang dan menakutkan kanak-kanak membuatkan mereka kecut perut dan berasa tidak selamat berada di sekolah.
5.      Ceriakan waktu anak bersiap hendak ke sekolah. Ibu bapa janganlah cepat hilang sabar apabila anak kecil sukar bangun pagi. Bersabar dan jangan terus memarahinya kerana ini akan membuatkan mereka sedih dan tidak seronok untuk ke sekolah.
6.      Tidak perlu kita marah atau pukul anak-anak yang masih mentah ini. Kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah benda yang bermanfaat seperti buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula. Mereka adalah anak kecil yang suka menerima ganjaran.
7.      Masuk ke bilik anak, peluk dan ciumnya serta bisikkan kata-kata harapan bahawa papa dan mama mahu dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.(bg semangat kat dia sikit)
8.      Bacakan Surah Taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.(yg ni penting)
9.      Bacakan ayat Nabi Daud a.s yang bermaksud “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi"(yg ni penting)
10.  Lakukan solat hajat dan mohonlah agar ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan. Sesungguhnya doa itu senjata seorang mukmin.(doa ibu bapa lagi dimakbulkan taw)
Semoga usaha yang dilakukan mampu menangani masalah anak-anak kecil enggan atau meragam tatkala hendak ke sekolah. In Sha Allah...tapi kene banyak2 bersabar laa ye ;) Good Luck ....

pesanan tuk diri sendiri jgk ni..Rania nnt cmne laa... ehhee...mesti kene rajin ke sekolah ye syg ;)

waaaow!! Bapaku SUPERHERO ;)


Apabila membincangkan bab keibubapaan, kita selalu menekankan peranan seorang ibu. Namun jangan sesekali melupakan kepentingan peranan ayah dalam mendidik anak menjadi insan soleh dan solehah.
Memang tidak dinafikan ibulah yang bersusah-payah mengandungkan anak selama sembilan bulan, bertarung nyawa berjam-jam untuk melahirkan zuriat tersayang, menyusu dan berkorban kesakitan demi memastikan si anak sihat dan sempurna tumbesarannya.
Tetapi pengorbanan dan peranan seorang ayah dalam kehidupan seorang anak tidak harus dilupakan. Didiklah anak untuk mengasihi ayah dan menghargai pengorbanannya.
Biasanya, peranan ayah hanya dilihat dalam aspek pemberi nafkah berupa sara hidup, makan minum, tempat tinggal untuk keluarga selain sebagai insan yang bertanggungjawab membiayai pendidikan anak-anak.
Namun adakah setakat itu sahaja peranan seorang ayah? Hakikatnya ayah adalah pemangkin utama penggerak kepada pembentukan hero-hero di dalam keluarganya sendiri.
Jika ditanya kepada anak kecil tentang ayah mereka, maka inilah kebanyakan jawapan mereka ”nak kerja macam ayah”, “nak jadi macam papa”, “daddy kita paling hebat.”
Nah, ternyata anak-anak sejak dari usia kecil lagi menjadikan ayah masing-masing sebagai idola mereka. Kebanyakannya tegas memberitahu ayah merekalah yang paling hebat.
Justeru, ayah perlu membuktikan diri mereka sentiasa bekerja keras dan bersemangat menjadi individu terbaik buat anak dan isteri. Dalam Islam sendiri menegaskan peranan seorang ayah sebagai pemimpin dalam keluarga.
Prinsip kepimpinan melalui teladan harus diterapkan dalam rumah tangga kerana ia antara kaedah berkesan memastikan setiap ahli keluarga berada dalam keadaan baik. Usahlah menjadi ayah yang sering melindungi atau membela kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh si anak.
Ia hanya akan membuatkan anak semakin sukar menerima teguran dan terus melakukan kesilapan. Jika mahu isteri dan anak menjadi insan bertakwa, maka suami atau ayah itu terlebih dahulu mesti bertakwa.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumah tangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).
Sebagai ayah, tugas mendidik anak pada zaman sekarang amat berbeza berbanding dahulu. Didiklah anak-anak anda mengikut acuan Islam agar mereka mempunyai asas agama yang kuat apabila dewasa kelak.
Para bapa moden hari ini semakin peka dan faham betapa pentingnya peranan mereka untuk turut terbabit secara langsung dalam proses menjaga dan mendidik anak-anak. Rata-rata ayah telah mula mendidik anak mentaati perintah Allah SWT sejak kecil lagi.
Oleh itu apabila besar tidak menjadi masalah besar kepada anak-anak untuk mematuhi perintah Allah dan memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang khalifah di bumi Allah. Jangan sesekali menjadikan kesibukan kerjaya sebagai alasan untuk mengurangkan tumpuan bersama isteri mendidik anak-anak.
Sebagai ketua keluarga atau pemimpin dalam rumah, ayah hendaklah menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. Wujudkan persekitaran agama di dalam rumah agar anak terbiasa dengan suasana tersebut sejak dari kecil.
Malahan tugas tersebut sepatutnya sudah bermula sejak anak di dalam kandungan ibunya lagi. Proses pendidikan sudah patut bermula sejak dari dalam perut lagi!
Jadi, kepada bapa / abah / papa / daddy / walid /abi /abuya/baba dan lain-lain gelaran tuk SUPERHERO ni, Berusahalah untuk menjadi hero sebenar di mata anak. Biarkan anak berbangga memiliki anda sebagai hero mereka. Doakan agar mereka menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan bertakwa kerana doa seorang ayah antara yang paling mustajab.

kredit : pa ma

Untuk mommy to be: Tips untuk memilih baju mengandung


Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tips untuk memilih dan membeli baju mengandung.
Biasanya baju mengandung tak perlu dibeli sewaktu diawal kehamilan (masa kandungan bawah 5 bulan) sebab masa ni perut tak besar lagi. Bagi wanita melayu, biasanya masa ni lah banyak pakai baju kurung terutama masa pergi kerja sebab baju kurung longgar dan selesa dipakai. Cuma bahagian pinggang kain lah nak kena adjust sikit sebab tak boleh nak letak cangkuk. Tapi anda boleh letak pin baju (seeloknya pin yang besar macam pin lampin bayi tu…) supaya kain tak terlondeh.

Untuk membeli baju mengandung, ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan :

  1. Seeloknya pilih baju yang dibuat dari kain kapas. Semasa mengandung badan mudah terasa panas. Ditambah pula dengan cuaca negara kita yang sememangnya panas. Jadi seeloknya anda pilih baju yang mudah menyerap peluh untuk keselesaan.
  2. Kebanyakan fesyen baju sekarang ni jenis yang besar dibahagian perut. Ini adalah satu kelebihan kerana selepas habis tempoh mengandung nanti anda masih boleh memakai baju yang sama. Cuma mungkin fesyen ni bertahan beberapa tahun saja. Almaklumlah fesyen baju sentiasa berubah-ubah. Tapi apa salahnya, esok-esok bila anda hamil lagi, boleh pakai baju yang sama balik.
  3. Pilih baju yang longgar kerana perut anda akan makin membesar nanti. Elakkan dari memilih baju yang ngam-ngam je boleh pakai waktu beli tu.
  4. Untuk seluar, seeloknya pilih seluar yang berwarna gelap untuk mudah dipadankan dengan mana-mana baju
  5. Juga, untuk seluar elakkan dari memilih seluar yang ketat dan menekan dibahagian perut. Cuba dapatkan seluar yang bahagian pinggangnya boleh diubah sama ada untuk ketat atau untuk dilonggarkan
Pesanan akhir saya, elakkan dari membeli baju mengandung yang banyak. Jumlah koleksi terbaik ialah cukup untuk pusingan seminggu. Bukan apa, biasanya bila anda mengandung lagi nanti, anda tetap rasa nak beli baju mengandung yang baru jugak. Ditambah pula tempoh anda memakai baju mengandung biasanya cuma antara 5 ke 7 bulan saja. Lepas tu, semua baju ni akan disimpan dan hanya akan dikeluarkan apabila anda hamil lagi.

Apatah lagi, banyak lagi persediaan lain yang perlu anda sediakan seperti kelengkapan bayi, bajet untuk kos dan rawatan bersalin di hospital, ubat bersalin, bengkung, pam susu, bajet untuk rawatan mengurut selepas bersalin dan lain-lain perbelanjaan ... ;)  jadi, kene beringat2 ye mommy!!


kredit: http://busuk.org/ping/view/38177

pssstt..Umi Rania dulu kan, beli 3 helai je baju pregnant taw..ehheee..yg lain2 adik n kakak bg pinjam...plg terHARU, kawan opis pon bg pnjam... korg pernah ke, kawan bg pnjam bju pregnant?? heehee..ni dia kawan aka opismate sy..eh tak, ex opismate, Kak Naa @ MAmaiqy dan kak nani yg baik ati ;)

Kenapa bayi anda menangis???

Kenapa bayi anda menangis di waktu malam????
Anda tahu sebabnya?? Jom baca!! ;)

1)Lapar - 
Salah satu sebab mengapa bayi menangis. Tangisan lapar selalunya berpanjangan dan iramanya teratur. Jika dibiarkan, tangisan tersebut akan menjadi semakin kuat. Jika bayi menangis begini terutama setelah anda memberinya makan atau menyusuinya kira-kira satu atau dua jam sebelumnya, ini bermakna bayi anda sudah mula haus atau lapar semula.

2)Lampin Basah -
Lampin yang terlalu basah atau sudah kotor dengan najis juga akan membuatkan bayi berasa tidak selesa. Dan mereka hanya dapat menyatakan rasa tidak selesa itu melalui tangisan. Tangisannya lebih kurang sama dengan tangisan lapar, namum tidak terlalu kuat. Jika anda cuba memberinya susu dan dia tidak mahu namum masih menangis, periksalah lampinnya kerana ia mungkin penyebab mengapa bayi anda menangis.

3)Kesejukan -
Bayi yang baru lahir akan terasa tenang dan selesa apabila dibedung kerana ia membantu memberi kehangatan pada tubuhnya seperti sewaktu di dalam rahim ibunya. Kerana itu apabila anda membuka bajunya, dia mungkin akan menangis sebagai tanda bahawa dia berasa sejuk dan hilang kehangatan yang diperlukan tubuhnya. Tangisannya kedengaran seperti rintihan. Apabila anda telah membedungnya semula, barulah dia mula berhenti menangis.
Tidur Dalam Pelukan - Bayi sudah mula mengenal ibunya sejak dari dalam rahim lagi. Dia mula cam akan suara ibunya, bau tubuh ibunya malah degupan jantung si ibu termasuk bau susu badan anda. Kerana itu bayi senang jika setelah disusui. dia tertidur dalam pelukan anda. Jika menangis setelah dimandikan atau disusui, cubalah dukung dalam pelukan anda untuk mendodoikannya.

4)Keletihan -
Bayi yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya mudah membuat waktu rehatnya terganggu. Kadangkala gangguan di sekelilingnya juga membuat tidurnya kerap terganggu. Ini membuat bayi berasa letih kerana tidak dapat tidur dengan tenang dan menyebabkannya sentasa menangis dan meragam. Cuba hindari gangguan tersebut dan sebaiknya tempatkan bayi dipersekitaran yang tenang agar tidak mengganggu tidurnya.

5)Banyak Gangguan -
Bayi yang kecil dan comel memang mudah menjadi perhatian orang disekelilingnya. Selain anda, ahli keluarga yang lain juga pasti mahu turut sama untuk melayan sikecil anda. Sebentar dia didukung oleh orang ini dan sebentar kemudian beralih ke tangan lain pula. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan terganggu yang akhirnya menyebabkan dia menangis kerana stimulasi yang berlebihan daripada ramai orang yang tidak dikenalinya. Tenangkan si kecil anda dengan membawanya ke tempat yang tenang untuk membataskan gangguan daripada orang lain.

6)Bosan -
Bayi menangis bukan semestinya kerana lapar atau lampin yang basah. Tahukah anda, bayi juga boleh berasa bosan dengan rutin dan persekitaran yang sama dilaluinya setiap hari dan menzahirkannya melalui tangisan. Kerana itu tidak salah jika anda sering membawa bayi keluar berjalan. Persekitaran yang penuh dengan warna warni mudah menarik perhatiannya.

7)Sakit -
Tangisan sakit berbeza daripada tangisan lapar. Tangisan sakit kedengaran lebih kuat. Bayi menangis dengan keras dan nada tinggi dan adakalanya seperti menahan nafas kerasa rasa sakit yang dirasakannya. Anda sendiri boleh kenal bahawa si kecil anda menangis kerana sedang menahan kesakitannya. Bawa segera berjumpa doktor.

8)Kolik, Kembung Perut -
Secara purata, satu daripada lima bayi akan mengalami kolik pada 3 bulan pertama usianya. Ia menyebabkan bayi asyik menangis hingga 3 jam sehari. Mukanya menjadi kemerahan, perutnya terasa tegang dan menangis sambil menarik atau menegangkan kakinya. Ia lebih kurang sama jika bayi masuk angin atau mengalami kembung perut dan menyebabkannya menangis. Menangani keadaan ini memang agak sukar dan memerlukan kesabaran. Cubalah tenangkannya dengan mendodoikannya sambil mengusap lembut badannya atau menepuk-nepuk punggungnya. Anda juga boleh menyapukan minyak telon pada perutnya.


kredit : Kak Engku Bidan Bersalin
http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/05/mengapa-bayi-menangis.html

Tips kuruskan badan secara SEMULAJADI

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.


26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Dipetik dari --> http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html