Monday, 6 May 2013

Salahfaham tentang penyusuan dalam pantang

==> Salah Faham #1 Tentang Penyusuan Di Dalam Pantang <==

Salah FAham #1: Bayi kerap menangis, susu saya tak banyak, jadi saya terpaksa top up dengan formula..

Ibu - ibu yang dikasihi, ketahui lah, hakikat sebenar, saiz perut bayi semasa dalam pantang adalah sangat kecil. Hanya sebesar guli. Tubuh kita akan hasilkan susu berpadanan dengan size perut bayi sahaja.

Bayi kerap menangis bukan sebab kita tak cukup susu. Tapi ia menandakan susu kita sangat bagus. Susu ibu sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, bayi akan mudah kenyang. Bila cepat kenyang, bayi akan mudah cepat lapar semula. Bila lapar semula, bayi akan meminta susu semula.

IA BUKAN BERMAKNA SUSU ANDA SEDIKIT

Semasa dalam pantang, adalah sangat bagus jika bayi kerap hisap susu. Lagi kerap bayi hisap susu, lagi bagus stimulation terhadap payudara untuk menghasilkan banyak dan banyak susu.

Pengalaman saya sendiri semasa dalam pantang, bayi saya, bayi lelaki menyusu setiap 15- 30 minit, tak kira siang atau malam. Saya tak top-up langsung dengan formula milk. Saya amalkan Shaklee supplement untuk rasa bertenaga dan segar.

Walaupun bayi nampak tak kenyang di mata kasar kebanyakan orang, tapi bila pam, susu saya sangat banyak sampai terpaksa dibuang sebab tak cukup ruang peti sejuk.

Fahami lah, bukan susu anda sedikit, tapi ia adalah kerana perut bayi kecil, maka tubuh kita akan hasilkan susu ikut size perut bayi. Kalau nak tambah kuantiti susu, kerapkan lah menyusu bayi. Lagi kerap lagi bagus. Lagi lama lagi bagus. Dan fahami lah, kalau nak tambah kuantiti susu, pastikan bayi anda hisap dengan kerap. Hisapan bayi adalah much much better dari pam yang kita beli. 


kredit: breastfeedingheaven

tips / kaedah tradisional perbanyakkan susu badan

KAEDAH BANYAKKAN SUSU BADAN

Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..

Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari

tips memotong kuku bayi


Tipsnya ialah;
 1. sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau tika bayi sedang tidur ini kerana bayi tidak banyak bergerak dan kerja memotong kuku lebih mudah di lakukan.
2. Gunakan pemotong kuku bersaiz kecil atau di khaskan untuk bayi. Dan tekan kuli bawah kuku bagi memudahkan anda melihat bahagian kuku dan kuli bayi.
3. boleh haluskan ujung kuku yang tajam selepas di potong dgn kikir kuku jika perlu.
4. Jika anda tak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu.
Peringatan jangan plaster tangan bayi. Kulit bayi akan cepat tumbuh. Bagi kita yang beragama islam, lebih baik kita memotong kuku sikecil mengikut sunnah.
Dan potong pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat supaya fadillatnya bermula sejak bayi kita masih kecil. Dan janganlah potong kuku bayi anda pada hari yang tidak patut, kerana kita inginkan anak yang terbaik , bermulalah pada peringkat bayi. Jangan remehkan sunnah.

Sunday, 5 May 2013

SET KESIHATAN KELUARGA


Energizing Soy Protein (ESP)

Setiap sel, tisu, otot dan tulang dalam  tubuh badan kita dibina daripada protein untuk memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik. Maka kita perlu membekalkan tubuh badan kita dengan protein yang secukupnya. Pemilihan protein yang betul harus dititikberatkan. ESP dihasilkan dari protein soya. Tidak semua soya baik untuk kesihatan, maka anda harus membuat pemilihan yang tepat. 


Vita-Lea

Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemer dengan pesticides, etc. menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrients yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa anda sedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.


B-Complex

Mengandungi kesemua 8 Vitamin B - Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Folic Acid (B9). Tahukah anda tekanan, gula, alkohol, painkiller, antibiotik, pil perancang, rokok, etc boleh memusnahkan fungsi vitamin B dalam badan, maka ia perlu diganti. B-Complex membantu mengatasi kelesuan, mencegah kemurungan dan stress, memelihara kesihatan sistem saraf, meningkatkan daya tumpuan dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan kurang mengantuk setiap kali selepas makan.


Vita-C

Penting untuk meningkatkan sistem imun badan. Vitamin C cepat larut dalam tubuh dan perlu diganti selalu. Shaklee telah menghasilkan sustained-released Vita-C di mana vitamin C tersebut akan dilepaskan ke dalam tubuh kita secara perlahan-lahan, maka khasiat vitamin C itu akan bertahan di dalam badan kita dengan lebih lama.

SET KESUBURAN


Set Kesuburan Shaklee

Morning sweetie!!!

Bagi pasangan yang berhasrat untuk menimang cahaya mata namun mempunyai kesukaran/komplikasi, pasangan suami isteri bolehlah mencuba Set Kesuburan Shaklee ni:-


Utk Wanita: Vitalea, B Complex, Vit C, Alfalfa, GLA Complex
Utk Lelaki: Vitalea, B Complex, Vit C and Zinc   


Optional: Vit E and Energizing Soy Protein

Ramai yang telahpun berjaya mendapatkan cahaya mata dengan set ini, tapi semuanya tetap bergantung kpd kerjasama kedua pihak (husband and wife) untuk sama2 berusaha serta teruskan berdoa kerana kalau kita sekadar mencuba hangat2 tahi ayam sahaja, apa2pun akan susah membuahkan hasil...   


ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
7. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).