==> Salah Faham #1 Tentang Penyusuan Di Dalam Pantang <==
Salah FAham #1: Bayi kerap menangis, susu saya tak banyak, jadi saya terpaksa top up dengan formula..
Ibu - ibu yang dikasihi, ketahui lah, hakikat sebenar, saiz perut bayi semasa dalam pantang adalah sangat kecil. Hanya sebesar guli. Tubuh kita akan hasilkan susu berpadanan dengan size perut bayi sahaja.
Bayi kerap menangis bukan sebab kita tak cukup susu. Tapi ia menandakan susu kita sangat bagus. Susu ibu sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, bayi akan mudah kenyang. Bila cepat kenyang, bayi akan mudah cepat lapar semula. Bila lapar semula, bayi akan meminta susu semula.
IA BUKAN BERMAKNA SUSU ANDA SEDIKIT
Semasa dalam pantang, adalah sangat bagus jika bayi kerap hisap susu. Lagi kerap bayi hisap susu, lagi bagus stimulation terhadap payudara untuk menghasilkan banyak dan banyak susu.
Pengalaman saya sendiri semasa dalam pantang, bayi saya, bayi lelaki menyusu setiap 15- 30 minit, tak kira siang atau malam. Saya tak top-up langsung dengan formula milk. Saya amalkan Shaklee supplement untuk rasa bertenaga dan segar.
Walaupun bayi nampak tak kenyang di mata kasar kebanyakan orang, tapi bila pam, susu saya sangat banyak sampai terpaksa dibuang sebab tak cukup ruang peti sejuk.
Fahami lah, bukan susu anda sedikit, tapi ia adalah kerana perut bayi kecil, maka tubuh kita akan hasilkan susu ikut size perut bayi. Kalau nak tambah kuantiti susu, kerapkan lah menyusu bayi. Lagi kerap lagi bagus. Lagi lama lagi bagus. Dan fahami lah, kalau nak tambah kuantiti susu, pastikan bayi anda hisap dengan kerap. Hisapan bayi adalah much much better dari pam yang kita beli.
kredit: breastfeedingheaven
No comments:
Post a Comment