Thursday, 2 May 2013

RAHSIA SUSU IBU MERIAH


Mummy2 ada masalah kemeruduman susu???
Jom lihat  antara RAHSIA UNTUK PERBANYAKKAN SUSU IBU disini:

1) Berfikiran positif dan berazam sejak mengandung lagi mahu FULLY BREASTFEED anak.

2) Mulakan sesi mengepam yang konsisten dan berjadual semenjak minggu pertama atau kedua berpantang (apabla bayi anda sudah mula selesa direct feedng, itu tanda untuk anda mulakan tugas MENGEPAM)

3)Tambah masa dan kekerapan, penuhi konsep DEMAND and SUPPLY - Maksudnya, lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Menurut Pakar Laktasi Farah(Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Anda boleh lihat sendiri perubahannya ye.Pasti menakjubkan..

4)Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
5)Pemakanan seimbang - Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

6)Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, dll.

7)Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu..Amalkan kurma, barli, horlick dan penggalak susu yang lain- Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu. Mummy boleh lihat SET PENYUSUAN yang boleh membantu..Dan TESTIMONI pengguna set ni di SINI ye...

8) Paling penting, amalkan ZIKIR dan SELAWAT semasa sesi mengepam..Doa minta dimurahkan rezeki susu untuk baby.. In Sha Allah...... SELAMAT MENCUBA mummy...

credit: Rahsiasusuibumeriah / lifefit

Salam sayang,
Umi Rania yang hepi ;)

No comments:

Post a Comment