Thursday, 2 May 2013

APA ITU KOLOSTRUM?

Dikenali sebagai 'cecair emas' yg dihasilkan oleh ibu sebaik anak dilahirkan. Sebelum susu 'sebenar' terhasil, badan ibu menyediakan kolostrum yang likat, kuning dan tidak mengalir.

Kolostrum mengandungi zat yang diperlukan untuk memulakan kehidupan baru: immunoglobulins, agen pembesaran, antibodi, vitamin, mineral, enzim, asid amino dan lain-lain unsur istimewa khas untuk menentang pelbagai serangan mikro organisma dan unsur yang memudaratkan dari persekitaran.Ianya ternyata adalah makanan dan yang sempurna dalam meneruskan kesinambungan hidup kepada makhluk mamalia.

Kolostrum telah terbukti mampu memusnahkan virus, bakteria, kulat dan parasit didalam perut dan usus.

Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni usus. Berikan yg terbaik untuk usus bayi anda - KOLOSTRUM yg bakal memberinya permulaan utk kesihatan yg baik.

No comments:

Post a Comment