Risau kan bila tibe2 anak kite menangis???
Apa yang dia nak?? sakit kah? x selesa kah?
Dan ini, Info untuk ibu-ibu muda yang mungkin sgt berguna. temasuk Umi Rania jgk..eh, ibu muda ke?? muda laaa jgk...dh ank sorg...hikhikk.......
Jom lihat tips mengenali tangisan si kecil :
1)Menangis berulang-ulang dengan selang masa menarik nafas, ~biasanya jenis tangisan seperti ini disebabkan kerana bayi berasa lapar dan dahaga. Cuba berikan susu dan makanan kesukaannya.
2)Tangisan bermula dengan kuat, kemudian meleret panjang, terhenti seketika kerana menarik nafas.
~ Biasanya tangisan ini disebabkan bayi terjatuh dan tubuhnya berasa sakit. Cuba dukung dan ayunkan tubuhnya sambil mengurut dengan penuh kelembutan. Tapi kalau masih sakit saya nasihatkan pegi ja cek kat sepital. Si kecil kalau jatuh tulang dan system badan masih xkuat. Uii lom jadi ibu pon da bleh rasa sakitnya…=(
3)Menangis kuat tanpa henti, mungkin ia bosan.
~Cubalah untuk menghiburnya dengan bernyanyi dan mengajaknya berbual dan bercerita ataupun bawanya pegi berjalan-jalan.
4)Menangis merengek dan tidak mahu tidur.
~Mungkin ia inginkan perhatian. Cubalah angkatnya dan nyanyikan lagu dengan lembut sehingga dia terlelap.
5)Menangis seakan sedih dan marah.
~Mungkin dia kesunyian dan kurang perhatian. Cubalah temani dan ceria kembali.
6)Menangis sedih disertai gerak tubuh yang lesu.
~Mungkin ia sakit. Cuba periksa suhu badannya dan segera bawa jumpa doctor.
7)Menangis kian kuat dan menggeliat di tempat tidur, mungkin ia berasa tidak selesa dengan selimut dan pakaiannya.
~Cuba tukar pakaian tidur yang lembut dan tidak memanaskan badan.
Salam sayang,
Umi Rania yang hepi ;)
No comments:
Post a Comment