Tuesday, 14 May 2013

Anda sering MIGRAIN ?? SAKIT KEPALA??

Adakah anda sering berasa sakit kepala?..kadang2 sakit yg biasa je kan?..kdng2 sakit itu berterusan dan sampai 1 tahap terjadi la migrain..Yang Umi Rania duk risau ni pasal walid Rania asyk sakit kepala je... Asyk telan panadol je.. Walaupun dah diberitahu panadol tu bahaya untuk jangka masa panjang.... Nak tahu punca sakit kepala atau migrain??
jom baca!!

Antara punca utama berlaku migrain :


1- PEMAKANAN
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame dan juga minuman yg berkafein seperti nescafe, pepsi dan coke.

2-HORMON
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3- GAYA/CARA HIDUP
-waktu tidur yg tak menentu/ terlebih dan terkurang tido
-student yg suka study last minit biasanye suka abaikan waktu tido dan makan memang senang kena migrain
-pengambilan ubat-ubatan ,keturunan, perubahan cuaca yg terlampau, stress, tekanan emosi dan merokok juga dikatakan punca2 anda akan diserang migrain

JIkalau anda selalu sgt kena Migrain, jgn khuatir tau..

sebab Shaklee Ostematrix dan B-Complex sedia membantu anda..
Dan walid Rania kini mula amalkan 2 supplemen ni untuk mengatasi migrain dan sakit kepalanya... setakat ini tiada lagi rungutan sakit kepala.. 

Monday, 13 May 2013

Atasi sembelit dengan HERB-LAX

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda.

Bagaimana mengatasi sembelit??
Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga. 


Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu: 

  • Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
  • Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
  • Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
  • Bersenam! Berjalanberenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.


Tetapi, jika anda dapati sukar untuk anda ambil makanan berserat, buah2an dan sayuran setiap hari, saya syorkan anda mengambil Herb-Lax..


Jom lihat testimoni Herb-Lax:

Testimoni 1: Perut tidak memulas.. senang membuang, tiada sembelit..

Testimoni 2: Pagi terlebih makan, petang confirm dah BUANG.. ^^



Sembelit tiada, badan cergas, susu pon banyak dengan Set Bersalin Shaklee

Ramai antara testimonial merasai perubahan itu ketika mengamalkan Set Bersalin Shaklee. Umi juga pasti mummy2 yg hamil inginkan set bersalin yang mempunyai semua fungsi tersebut, kan??

Buat semua mummy2!! PERCAYAlah, Set Bersalin Shaklee memang terbaik.. Ia bukan jamu, tapi merupakan supplemen penting yang dperlukan untuk bu lebih cergas, bertenaga, membantu memulihkan luka samada kelahiran secara normal / pembedahan.. Untuk penyusuan pula, ESP sangat2 membantu....

Untuk lebih lanjut, boleh lihat testimoni ESP di sini........

Testimoni 1: Badan lebih sihat dan bertenaga berbanding kelahiran dulu


Testimoni 2: Sebulan berpantang, dah boleh drive kereta!!! badan sgt cergas..

Untuk mommy2 yang ingin mencuba Set Bersalin Shaklee, boleh lah menghubungi saya di:
FB page: Rania Health Beauty Centre
SMS: 013 9927742
SID: 933442

Sunday, 12 May 2013

Tips mendidik anak solat


Sunnah Nabi suruh ajar anak solat bila mana anak menjangkau umur 7 tHUn..dan wajib rotan klu x solat pd umo 10 tahun.. Dan sebagai seorang umi kepada si kecik Rania yg baru berumur 9 bulan, itulaaa yang mahu diajarkan kepada si anak.walaupun bukan sekarang... tapi 1 yg umi perasan, Rania akan duduk diam  bila tgk umiwalid dia solat... ^^, .. Mungkin ini 1 permulaan dan pengenalan untuk si kecik...

Semua ibu juga pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka... bukan hanya ilmu dunia, tapi juga ilmu akhirat...... Dari kecik laa sume ni kene ajar, sbb anak bile dah makin besar, banyak lagi perkara lain yang dia akan belajar..tapi kalau bab solat, mengaji ni tak dibuat dari awal, yang susahnya, kita sbgai ibu bapa......... Masa tu tak bolehkan salah orang sekeliling, x boleh salahkan keadaan dll.. Semua bermula dari ibu bapa sediri, betul kan?


1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.

2. Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya.

3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdhal.

4. Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu’. Begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas.

6. Belikan anak telekung atau songkok, jubah, baju melayu yang dia suka.

7. Pada awal latihan solat, biar anak baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh anak, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku’, sujud dan lain-lain.

8. Jangan hadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil sikat rambut anak, sambil jalan-jalan dalam kereta, minta anak baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dan lain-lain.

9. Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang.

10. Ajak anak dan adik-beradik yang lain untuk solat berjemaah bersama-sama apabila ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Bermacam ragam mungkin akan terjadi. Maka bersabarlah menghadapinya.

12. Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian anak, ada waktu untuk tonton TV, main bersama kawan, belajar, buat kerja rumah dan solat.

14. Beritahu anak sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Jadi nasihat anak agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat yang dia lakukan.

15. 2-3 bulan selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, ajar anak untuk baca dengan nada perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.

16. Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke mana-mana. Semasa dalam perjalanan jauh, kita boleh ajak anak solat bersama di R&R, masjid atau surau tempat kita berhenti.

17. Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak bersabar. Nabi beri tempoh yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan. “Practice Makes Perfect”.

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jangan suruh anak solat, tapi kita seronok dan leka menonton TV atau melayari Internet.


Sumber: IloveIslam

Saturday, 11 May 2013

Cara mandikan bayi......................

Masih ingatkah mummy2, perasaan kali pertAMA memandikan bayi anda???
Takut ada, cuak ada, semuanya ada laaa pendek kaTa.. kan?? Selalunya, ramai ibu yang x berani nk mandikan bayi sehari selepas dilahirkan... Kalau msh kat hsptl, mmg nurse yang buat.. tp bila balik umah, ada berani ke nak mandikan bayi anda sendiri??

Sama laa jugak.. Umi Rania dulu pon takut2 ms nk mandikan bayi.. tp rs excited tu ada..walaupun tme tu luka czer masih lg trase...nak jgk mandikan si keciik Rania... Dirumah hanya kali pertama je mak (Nenek Rania) yang tolong mandikan anak.Tapi kali ke2 dan seterusnya, Umi Rania sendiri yang mandiikan... ^^ Yang pasti... seronokkkk sgt :)

oklaa......Dibawah disediakan tips untuk mummy2 trutamanya mummy baru yang mungkin tada pengalaman memandikan bayi.... (kredit to Drypers)

Tahukah anda??
Ianya adalah mitos bahawa semua bayi suka mandi - ada bayi yang benar-benar bencikannya! Samada bayi anda menyukai waktu mandi atau sebaliknya, pastikan mereka sudah kenyang dan cukup rehat sebelum anda memulakannya, agar mereka berpeluang mengecapi nikmat mandi itu sendiri. 


Ini adalah apa yang anda perlukan: 
• Tab mandi! 
~Jika anda tidak mempunyai tab mandi bayi yang khusus, anda boleh menggunakan singki bilik mandi sehingga anda mendapatkan satu tab mandi. Bersihkan ia sebelum anda memandikan bayi anda. 
• Tuala muka,, kapas, kain kasa lembut atau tuala lama yang dipotong-potoong adalah berguna. 
~ Anda perlukan tuala yang besar, yang bagusnya diperbuat dari jenis kain tuala yang sangat lembut. 
• Anda mungkin hendak menggunakan shampo bayi sekali-kali, tetapi itu tidaklah perlu. Anda juga akan memerlukan sikat yang bergigi halus. 

Suhu bagi air mandi 
~Suhu air mandi seharusnya sekitar 37 darjah C (suhu badan). Gunakan siku anda untuk memeriksa sama ada suhu air rasa sesuai, atau dapatkan sebuah jangkasuhu mandi kecil. 
~Ambil perhatian bahawa mandi setiap hari tidak akan membahayakan kulit bayi. Tapi sebaiknya tidak menggunakan sabun. Sabun tidak diperlukan walaupun bayi anda telah membuang air besar. 

Mulakan dengan kepala sewaktu memandikan bayi 
~Ini adalah caranya bagaimana anda memandikan bayi anda: 
• Siapkan semua barangan keperluannya sebelum anda meletakkan bayi anda ke dalam tab mandi 
• Pegang bayi dengan baik pada bahagian belakangnya apabila memandikan bayi kecuali jika anda menggunakan tab mandi berbentuk tubuh 
• Cuci mukanya, telinga (belakang telinganya juga) dan lehernya 
• Angkat lengan dan basuh ketiaknya 
• Gosok kulit kepala dengan tapak tangan anda. Anda boleh urutkan kulit kepala dengan lembut dengan air. Angkat dagu, dan cuci di bawah dagunya - dan lehernya. 
• Cuci punggungnya akhir sekali. Jika dia baru sahaja buang air besar, anda perlu cuci bahagian bawahnya sebelum anda mula memandikannya. Pastikan anda - dengan lembut - cuci kulit lipatan antara paha dan badannya. 
• Gunakan tangan anda atau tuala muka untuk mencuci belakangnya. 
• Angkat dia keluar dari tab mandi dengan berhati-hati dan lapkan dia sehingga kering - termasuk semua lipatan kulitnya - sebelum menyalinkan dia. 

Senaman ringan dan urutan dengan menggunakan pelembab adalah baik jika sekiranya anda mempunyai masa dan tenaga untuk melakukannya.

Ok mummy2, yang mana x de pengalaman tu, In Sha Allah akan berani laa pasni nak mandikan baby ye ^^


Salam sayang,
Umi Rania yang hepi ;)

Friday, 10 May 2013

Cara beri ubat pada anak kecik

Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.

Rania pon camtu...awalnye susah nak makan ubat... nmpk ubat je, awal2 buat muka.. alahaiii... sabo je laa... Anak mummy cmne?? senang x?? slalu dgr rungutan susah betol nak bagi anak makan ubt kan?? Sedangkan hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau mummy terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Untuk memudahkan anak minum ubat dengan baik dan anda tidak menghadapi masalah memberikannya, cubalah tip berikut:-

*Dukunglah bayi semasa memberi ubat, pastikan posisi mendukungnya, kepala lebih tinggi dari badan supaya bayi tidak tersedak yang boleh menyebabkan ubat masuk ke paru-paru.

*Bayi yang tidak boleh duduk diam, mintalah bantuan orang dewasa lain atau anak lebih besar untuk menenangkannya. Kalau tidak ada orang lain, bungkus (bedung) tangan bayi agar tidak mengganggu anda.

*Jika bayi sering memuntahkan semua ubat yang diberikan, minta bantuan seseorang untuk membuka semula mulutnya dengan perlahan. Perlahan-lahan masukkan ubat ke dalam mulutnya.

*Jika memberi ubat jenis cecair anda boleh gunakan sudu, cawan atau pam ubat (biasa disediakan oleh farmasi semasa mengambil ubat).

*Menggunakan sudu : Letakkan di bahagian bibir bawah. Angkat sedikit sudu agar ubat mudah mengalir ke dalam mulut.

*Menggunakan pam ubat : Letakkan pam di sudut mulut bayi dan pamkan perlahan-lahan ubat ke dalam mulutnya sebelum mengeluarkan semula pam dari mulutnya.

*Pemberian ubat titis untuk hidung, mata dan telinga pada bayi juga ada caranya. Ubat titis hidung : Baringkan bayi di atas pangkuan atau di katilnya, tinggikan bahagian kepala dan biarkan bahagian hidungnya tinggi. Sebelum ubat titis diberikan, beri tumpuan kepada perkara-perkara berikut:-

*Rendam ubat titis dalam bekas berisi air suam dengan posisi tegak beberapa minit supaya apabila dimasukkan ke dalam mata atau telinga anak tidak terlalu terkejut.

*Jangan sentuhkan ubat titis ke hidung, telinga atau mata agar bakteria tidak berpindah ke dalam botol ubat.

*Perhatikan tarikh akhir penggunaan ubat kerana ubat yang melebihi tarikh akhir akan memburukkan lagi penyakit dihidapi oleh anak.


kredit: PersatuanIBuMengandungdanmenyusu

Salam sayang, 
Umi Rania yang hepi ;)

Wednesday, 8 May 2013

PETUA HILANGKAN URAT TIMBUL

Salam semua.....hari ni nak kongsi pasal urat timbul masa pregnant.....
Kebanyakan ibu hamil mengalami masalah cmni... tp Alhamdulillah, Umi Rania xde kene masa pregnant dulu.... yg Umi Rania ingt, Kak Long (kakak) yang mengalami urat kaki timbul dari awal pregnant sampai laa bersalin... Kdg2 tgk macam sakit kan....takut pon ada tgk urat2 ni... timbul yg sgt ketara... K.long kata, sbb tu laaa asyk lenguh2 je kaki dia... kesian tgk...

Ibu-ibu hamil sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Tahukah mummy2, Ada petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini.

1. Ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Anda juga boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

2. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa dicampur dengan bahan lain. Rebus sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Inshaa Allah, urat betis anda kembali semula seperti normal.


Jadi, mummy2, leh amalkan ni ye... In Sha Allah urat kaki x timbul.. ^^

kredit: KSJIH

Salam sayang,
Umi Rania yang hepi