Saturday, 31 August 2013

Alfalfa bukan hanya untuk ibu menyusu

Walaupun tiada kajian terperinci dan jurnal perubatan tentang Alfalfa membanyakkan susu ibu, namun ia telah digunakan sejak berzaman di benua Ameria dan Eropah sebagai galactogogue dan juga sebagai herba yang sangat berguna dalam perubatan tradisi.
Alfalfa biasanya dimakan dalam bentuk cambah (sprout) dan daunnya.
Alfalfa Complex Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa yang ditanam secara organik.
alfalfa shaklee
Antara lain, faedah dan kebaikan Alfalfa Complex Shaklee:-

(+) Menyeimbangkan Hormon 
Alfalfa mengandungi bahan-bahan seperti isoflavon dan coumestans, yang mengikat reseptor estrogen dalam badan. Bila tahap estrogen rendah, alfalfa yang menyerupai estrogen ‘menyamar’ sebagai estrogen dan meningkatkan aktiviti estrogenik. Bila tahap estrogen dalam badan terlalu tinggi, estrogen dalam alfalfa bergabung dengan reseptor tadi, menafikan ruang untuk estrogen asal, sekali gus mengurangkan aktiviti estrogenik.

(+) Merendahkan kolesterol 
Alfalfa mengandungi saponin yang menyerap kolesterol dan mengelakkan ia daripada diserap oleh tubuh.

(+) Masalah penghadaman 
Alfalfa telah digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk mengatasi masalah penghadaman
Banyak lagi kebaikan Alfalfa, maklumlah ia dikenali sebagai ‘raja segala tumbuhan’ pasti mantap kebaikannya untuk manusia sejagat.

Dapatkan Alfalfa Complex hari ini, dengan tawaran TERHEBAT dari kami..


Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:
SMS: 013 9927742 (Sha)

Klik Like Fanpage kami Rania Health Beauty Centre untuk harga DISKAUN TERHEBAT dan konsultasi percuma untuk pelanggan kami :)


Friday, 30 August 2013

Set Kesuburan Lelaki Shaklee Bajet

Kesuburan lelaki sama pentingnya dengan kesuburan wanita dalam proses membesarkan keluarga.  Kahwin dah bertahun tapi masih belum memiliki anak, biasanya pihak isteri yang selalu dipersalahkan. Namun sebenarnya, aktiviti dan habit orang lelaki boleh mempengaruhi sperma, sekaligus menjadikan seseorang lelaki kurang subur.

Antara aktiviti yang mengganggu sperma dan kesuburan lelaki:-


Menggemari Aktiviti Sauna

Testis seorang lelaki mesti berada di dalam suhu dua darjah kurang daripada suhu badannya untuk menghsilkan sperma yang sihat. Menurut kajian oleh University of Padova di Italy, lelaki yang suka bersauna boleh mengurangkan bilangan sperma yang terhasil dan bilangan tersebut hanya akan kembali normal selepas enam bulan. Kepanasan wap sauna mengganggu penghasilan sperma.


Suka Menonton TV

Menonton TV pun boleh buat jadi kurang subur! Ia memang ada kajian oleh Harvard School of Public Health tentang ni. Menonton TV memberi kesan kepada kesihatan sperma. Hati-hati!


Jarang Bersenam

Lelaki yang suka bersenam adalah lelaki yang subur! Keputusan kajian yang diterbitkan di dalam British Journal of Sports Medicine menunjukkan lelaki yang bersenam lebih subur 73% daripada lelaki yang tidak bersenam.


Memakai Seluar Dalam Ketat

Seluar dalam yang ketat mempengaruhi kualiti sperma. Lelaki lebih baik pakai boxer daripada seluar dalam bentuk V tu.


Gadjet!

Saintis telah mengeluarkan hipotesis dengan mengatakan lelaki yang kerap menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau tablet akan menjejaskan penghasilan sperma. Sekiranya telalu lama dengan gajet yang mempunyai inframerah, ia akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki. Apatah lagi yang suka menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar.


Merokok

Meronok bukan saja tak elok untuk diri sendiri, malah orang lain juga. Berhenti merokok!

Bagi kaum suami yang masih mengamalkan perkara-perkara di atas, bawa-bawalah berhentilah ya. Demi sebuah keluarga yang bahagia katanya.
Harus mendapatkan sperma yang sihat untuk mendapatkan cahaya mata. Jangan biarkan aktiviti harian yang kita tak sedar pun memberi kesan kepada kesuburan, terus diamalkan.

kesuburan lelaki shaklee

Tahukah anda bahawa dalam prostat lelaki, ZINC adalah 10 kali ganda daripada organ yang lain? Ini sekaligus memberitahu  bahawa zinc adalah penting dalam organ seks lelaki. Selain dari aktiviti di atas, kekurangan zinc juga boleh menyebabkan lelaki tak subur.

Masalah bila kekurangan zinc:
  • Organ seks lambat matang
  • Impotensi (mati pucuk)
  • Perkembangan testikel yang pincang
  • Kiraan sperma (sperm count) yang rendah
  • Kemerosotan fungsi seksual
Ia juga boleh menyebabkan penuaan pra-matang dan keguguran rambut.
kesuburan lelaki
Zinc Complex Shaklee, boleh membantu anda atasi masalah ini.
Gabungkan sekali dengan Vita-E Complex 400 IU bagi menambahkan seri keharmonian rumahtangga, insya-Allah.
vitamin E shaklee

kredit:
http://vitaminsemulajadi.com


Untuk order, boleh hubungi saya seperti di bawah:


Thursday, 29 August 2013

Kenapa makanan pejal tidak boleh diberi kepada bayi bawah 6 bulan? IBu WAJIB BACA!

kredit:http://mamapeduli.blogspot.com

Terkejut tak dengar pengakuan ibu ni?
Jadi2 ibu2 kat luar sana, sila ambil pengajaran ye.... 
Ada sebab kenapa bayi tidak boleh diberi makanan pejal sebelum mencapai umur 6 bulan...

Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.

Tolonglaaa jgn dengar cakap orang sekeliling kalau pasal ni...Sebabnya, yang menanggung adalah kita.. yang sakit anak kita.. Yang susah, kita... Orang2 yang bercakap2 tu, apa mereka boleh buat? apa mereka akan buat selain berdoa supaya anak kita cepat sembuh... Sebab tu laa kaum ibubapa, ambil BERAT pasal ni.. Kene gali ilmu ok..  

 1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?
2. Masalah kesihatan jangka masa panjang


Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

Wednesday, 28 August 2013

Watak bayi ketika menyusu


Selamat pagi semua..

Bersiaran dari rumah, di pagi yang indah.. ^^

Bayi biasanya mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama. Mereka akan kerap tidur, menangis bila memerlukan sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain. Dan ciri yang paling menarik, semua bayi adalah comel. Saya sentiasa geram bila melihat bayi. Setiap kali melihat bayi baru lahir, teringin untuk menambah lagi..

Namun bayi ini akan mempunyai watak mereka tersendiri. Anak-anak daripada ibu dan bapa yang sama, namun pelbagai watak dan perangai. Kenali watak mereka ini. Jadi layanan juga akan berbeza mengikut watak mereka. Jika kita layan semua bayi dengan cara yang sama, mungkin menimbulkan masalah. Tentu mereka akan kuat meragam kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Dan bayi juga dalam masa yang sama cuba memahami anda.

Berikut watak bayi anda ketika menyusu:

1. Bayi yang pandai mengikut waktu – bayi ini mudah dijaga. Mereka mempunyai waktu yang tetap untuk tidur, menyusu dan membuang pada waktu yang sama.

2. Bayi cerewet – bayi yang memerlukan banyak perhatian daripada ibunya. Tidak mempunyai masa tetap, jadi si ibu perlu membantunya mengenal waktu.

3. Bayi yang kuat menyusu – bayi ini akan kerap menyusu sehingga melecet mulutnya. namun ini semua tidak menjadi masalah. Kulit ini akan tumbuh dan tangggal sehinga kulit bibir bayi menjadi tebal.

4. Bayi yang menunggu – bayi ini tidak menyusu sehingga berusia 4 ke 5 hari. Bayi ini mungkin tidak akan berusaha menghisap susu kecuali susu suah ada dan mengalir sendiri ke mulutnya.

5. Bayi yang mengantuk – bayi ini suka tidur, terutama ketika menyusu. Kejutkannya ketika menyusu jika tidur. Sebelum menyusu cuba bermain dengannya agar dia tidak mengantuk dan cergas.

6. Bayi aktif – amat suka menyusu, namun sukar diam. Dia akan mengerakkan kepala ke kiri dan kanan mencari puting. Jika terlepas putting, dia akan menangis kuat. Ajar bayi anda menyusu dengan tenang.

7. Bayi mengigit – suka menerkam dan mengunyah putting. Jika dia mengunyah, keluarkan puting anda dari mulutnya. Jangan tarik tetapi masukkan jari anda untuk mengeluarkan puting dari mulutnya.

8. Bayi yang selalu muntah – untuk hindarkannya dudukan bayi agak membongkok ke depan ketika sendawakannya.

9. Bayi berat sebelah – bayi ini suka menyusu sebelah sahaja. Berikan dulu bahagian yang tidak disukainya dahulu.


kredit:PersatuanIbuMengandungDanMenyusu 

Anda ibu menyusu yang perlukan milkbooster utk membantu penyusuan ?
Anda boleh mencuba Set Penyusuan ini untuk membantu ....
Dan boleh lihat testimoni pengguna MILK BOOSTER di sini..

Kami menyediakan Set Penyusuan dengan harga TERHEBAT utk anda, semua ibu-ibu yang comel ^^....psstt.. Untuk kite-kite aje..

Boleh hubungi saya sekiranya berminat di sini:


Tuesday, 27 August 2013

Tips mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung

Salam bersiaran...
Umum pon tahu tentang JAUNDIS.. betol tak?
Rania masa lahir de jgk jaundis... Hampir kene tahan wad lepas bersalin ritu.. Tapi , masa tu punyelaaa sedih bile dktor gtau 'awk dah boleh balik ye, tp baby x boleh.. kene tahan dulu sebab kuning tinggi jgk ni.. dlm 200.. ohhoii... Menangis teresak2 masa tu.. Tak tahu laa kenapa menangis... SEDIH GILA kot.. uwaaaa.... Malu kat org sebelah katil je.. Dia rilex je anak kene tahan....

Mak mmg x bg laaa kene tahan2 wad ni kan.. Org tua ni ada laa cara tradisional dia nk ubati jaundis ni sbb kesian tgk cucu ni kene cucuk sana sini nk ambik darah la pe laa kan.. LAst2, mak mintak ngan dktor nak masuk wad hospital yg dekat sikit dgn umah... Doktor bg je laa...tp dgn syarat KENE PEGI JGK! TP agk derhaka jgk kat doktor sbenarnya, sbb kami x masuk wad pon lps blk hospt tu.. heee.. sbb kami pon sebolehnya xnak masuk hosptl.. kat umah, usaha pelbagai cara tuk kurangkan jaundis si kecik, trmasuk laa mandikan air daun, titis anggur hitam, bg susu ibu dgn kerap dan macam2 cara sebenarnya.. Tp tiap hari pegi jgk cek ngan KK utk tau bacaan.. 

At last, hari ke4, masuk jgk wad  :(  .. Tpi wad kat Hospital ni agk best sbb ibu dan anak boleh dduk sekali... Daku sendiri yg letak Rania bawah lampu :)  - Rasa macam panas je, daku agkt Rania ltk atas riba pulak.. haaahaa.. sukati je kan... x tahan tgk eh! 

Sambil tu bercakap ngan nurse kat situ yg agak senior (sgt baik hati ok!) , katanya dia jgk xkan bg kalau anak cucu dia masuk hospt / wad kalau jaundis... guna tradisional je.. haaa.. see!! NURSE pon xnak ok... Tp xpelaa.. semua ibu bapa pon mahukan yang terbaik utk anak dia kan.. Daku ltk anak bawah lampu yg panas tu bukn sebab x sayang anak ok! Daku ikut jgk cakap doktor sebab syg anak... Tak ikut cakap doktor pon sebab sayang anak!! Ada laa alasan masing2 kan.. Ikut cara masing2... :) Alhamdulillah, esoknya Rania dah boleh keluar.. kiranya 1 mlm je laa kat wad.. Tp still jaundis... Dan last kami ikhtiarkan dgn pegi homepathy sj. Rania dah tak jaundis lepas ambik homepathy (Dgn izin Allah jua..) ^^

Kat sini, daku ingin kongsikan cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung :
Rania ketika berumur 4 hari di wad... Comey spek adik.. huu

1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan pil yang diberi oleh doktor. Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.

2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.

3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).

4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.

5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.

Monday, 26 August 2013

Dengan siapa saya wajib menutup aurat dan bersalam?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Hari ni rasa terpanggil utk berkongsikan sesuatu....
Sebabnya, sebagai seorang wanita yang dah kawen, ini laa perSOALAN yang keluar dalam kepala daku setiap kali nak bersalam.. Lagi2 kalau time raya ... 
Serba salah kita dibuatnya.. 

Nak kata tak tau, tau jgk walaupun tidak sepenuhnya.. kalau dari kecik daku di ajar utk tidak bersalam dengan mereka yang bukan muhrim, daku faham ketika itu.. Bukan muhrim ni cth: sepupu lelaki, SUAMI kpd mak sedara kita, kawan2 lelaki kita, Abg / adik ipar lelaki kita dll...

Tapi masalahnya, bila dah kawen ni,  mula laaa rasa confuse bila masuk bab bapa saudara2/spupu belah suami..Walaupun ni tahun kedua beraya bersama keluarga suami, tetap rs cnfuse tu sbb kdg2 bukan semua ikatan persaudaraan antara mereka kita  tahu..Setiap kali nak g braya, mesti tanya, apa ikatan abg dengan mereka ye? Tapi ni kalau ikatan jauh2 laa.. atau yang jarang kita jumpa.. Kalau pak sedara / mak sdare dia yg dekat2 pernah jumpa ni kita tau laa kan... Bila dh macam tu, mula laa cnfuse. Nak salam ke tak nak? Nak hulur ke x nak.. Kang nampak macam x hormat pulak...Ya Allah! memang kdg2 cnfuse...Mula laa search kat internet, bc2 sedikit sbyk tentng mana yang boleh, mana yang tidak boleh... (kalau ikutkan, dulu2 dh baca, tp mungkin pemahaman kurang, x paham2 jgk)

Jadi adat plak kan.. asal raya je, mesti salam.. Asal jumpa je mesti salam.. yang boleh tu boleh laa.. yang tak boleh?Tapi, memanglaa kan.. Kadang2 orang tak faham antara adat dan hukum.. 
Adat tu kita dah terbiasa buat ni dari dulu...Bila tak salam, dianggap x hormat, sombong...  
Contoh, kalau di tanya, eh boleh salam ke dgn pakcik ni? Tapi di jawab, kitorang kat sini memang macam ni.... Orang yang lebih tua dari kita, semua kita salam...Sebenarnya, Kalau stakat salam tu tanda hormat, pon bleh membatalkan air sembahyang dan jatuh hukumnya adalah HARAM bersalam.. Kalau HARAM --->> DOSA.. Tak nak laa kan, dalam berhari raya, ziarah menziarahi nak dpt pahala, tapi dosa pulak kita kumpul. Nauzubillah.. 

Daku sendiri pon bukan alim sgt nak cakap pasal ni.. ..Tapi sekurang2nya, bila kita dah tahu, kita boleh dan cuba elakkan,. Biar laa orang lain yang dah tahu,tetap nak bersalam, tapi kita yang tahu, cubalah elakkan.. cukuplah sekadar tunduk dan senyum sbgai tanda hormat.. In Sha Allah, mereka akan faham....

Pernah jgk bertanya kpd mereka2 yang kita rs lebih arif, tp penerangan diberi kdg2 juga meragukan kita.. 
Tapi In Sha Allah, selepas ni, daku tahu yang mana boleh salam . yang mana x boleh...

Jom tgk carta ni sekejap..


Carta di atas menunjukkan dengan siapa kita boleh bersalam.. dan dengan siapa kita HARAM bersalam.. Sebaiknya, jika kita wanita yang telah berumahtangga, punya keluarga mertua ipar duai, rujuk balik di mana tempat kita.. Apa yang boleh , apa yang tidak...
Walaupun dia pakcik saudara suami kita, tetap jatuh HARAM kalau bersalam... Ingat tu. Peringatan ni utk diri sendiri jgk... 

Sedikit penjelasan yang saya ambil dari blog Ustazah Azimah.. semoga kita semua mendapat ilmu dan manfaat ye..


Asal salam je hari raya, asal hari raya je bersalam…
1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..mengikut Mazhab Shafie..( semua org tahu kan )
Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..
2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya..
bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..
Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?
Jawapannya:
A-Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
B- Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya,kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..
C- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
D- ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. tetapi ketika mereka masih kecil tk mengapalah..
F- Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
Dengan SEPUPU pun sama sepupu lelaki dan perempuan tk boleh bersalaman HARAM hukumnya.
Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”
Akhir kata cuba2lah kita semak balik siapa yg selalu kita salam selama hari ini ketika kita raya atau kita berziarah ke rumah suadara mara kita. Jika dahulu atau yg lepas2 kita tk tau tk mengapa sekarang dh tau..jgnlah buat ye..

Jadi kesimpulannya, dengan penerangan dari Ustazah Azimah ni, sefaham daku...bg keluarga sebelah suami yg lelaki, daku sebagai isteri hanya boleh bersalam dengan bapa mertua, Atuk mertua dan ke atas shj... Selain dari tu, HARAM bersalam...

p/s: Jika silap pemahaman saya ni, mohon di beri pencerahan oleh yang lebih arif.. Semoga kita sama2 dapat manfaat.


Tips: Punca Keletihan dan Mengantuk, Bagaimana Mengatasinya?

Salam bersiaran lagi di pagi indah...

Anda mudah letih? Mudah mengantuk? Kerap rasa mengantuk? Ketahui punca atau sebab kenapa anda rasa keletihan (letih) dan mengantuk. Kami juga akan share dengan anda bagaimana cara untuk mengatasi rasa keletihan atau mengantuk. 



PUNCA KELETIHAN dan CARA MENGATASI


TIDAK CUKUP TIDUR
✾ Anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi
✾ Boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas
✾ Orang dewasa perlu mendapatkan 7 - 8 jam tidur setiap malam
✾ Atasinya dengan:
✔ Jadikan tidur itu satu keutamaan
✔ Tidur tepat pada waktunya
✔ Jauhkan laptop, phone, tv dari bilik anda
✔ Jika masih mempunyai masalah, anda berkemungkinan mengalami GANGGUAN TIDUR (sleep disorder) - jumpa doktor anda

SLEEP APNEA
✾ Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda
✾ Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam
✾ Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar
✾ Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama 8 jam
✾ Atasinya dengan:
✔ Kurangkan berat badan anda sekiranya berat anda berlebihan
✔ Berhenti merokok

TIDAK CUKUP TENAGA
✾ Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan
✾ Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal
✾ Atasinya dengan:
✔ Jangan skip breakfast
✔ Ambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan
✔ Makan makanan ringan tetapi berkhasiat lebih kerap untuk tenaga yang berpanjangan

ANEMIA
✾ Sering berlaku di kalangan wanita
✾ Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid
✾ Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda
✾ Atasinya dengan:
✔ Makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang, kekacang
✔ Ambil supplement yang mengandungi zat besi

KEMURUNGAN
✾ Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda
✾ Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa
✾ Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, jumpa doktor anda
✾ Atasinya dengan:
✔ Lakukan psychoteraphy
✔ Ambil supplement atau ubat-ubatan

HYPOTHYROIDISM
✾ Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda
✾ Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga
✾ Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda
✾ Atasinya dengan:
✔ Sekiranya ujian darah sah kan hormon tiroid anda rendah, hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan

TERLALU BANYAK CAFFEINE
✾ Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana
✾ Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness
✾ Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan
✾ Atasinya dengan:
✔ Kurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan ubat yang mengandungi caffeine secara beransur-ansur
✔ Berhenti caffeine secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan keletihan

DIABETES
✾ Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga
✾ Atasinya dengan:
✔ Ubah gaya hidup anda seperti kerap melakukan senaman
✔ Jaga pemakanan anda
✔ Kawal pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula

DEHYDRATION
✾ Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate
✾ Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja
✾ Dahaga merupakan anda dehydrate
✾ Atasinya dengan: 
✔ Kerap minum air sepanjang hari
✔ Minum sekurang-kurang 2 gelas setiap sejam
✔ Minum 2 gelas atau lebih sebelum dan selepas melakukan aktiviti

PENYAKIT JANTUNG
 ✾ Keletihan merupakan salah satu symptom bahawa anda berkemungkinan mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung
✾ Sekiranya anda tidak lagi mampu melakukan aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan, segeralah berjumpa doktor
✾ Atasinya dengan:
✔ Ubah gaya hidup anda
✔ Mengambil ubat-ubatan dan therapeutic procedures boleh mengawal sakit jantung dan mengembalikan tenaga

KERJA MENGIKUT SHIFT
✾ Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu waktu anda
✾ Anda berkemungkinan berasa letih apabila anda perlu bangun
✾ Anda juga berkemungkinan mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang
✾ Atasinya dengan:
✔ Apabila anda perlu berehat, had kan pendedahan diri anda kepada cahaya
✔ Jadikan bilik anda gelap, tenang, dan sejuk
✔ Pengambilan supplement boleh membantu anda

ALLERGY TERHADAP MAKANAN
✾ Ia bukan sahaja membuat anda gatal-gatal, malah ia juga boleh menyebabkan anda rasa keletihan
✾ Jika anda rasa letih selepas makan sesuatu makanan, itu bermakna anda mungkin tidak sesuai makan makanan tersebut
✾ Atasinya dengan:
✔ Cuba elakkan makanan tersebut dan observe sekiranya keletihan anda berkurangan


kredit: supplement4all

Sunday, 25 August 2013

SHAKLEE BAHAYA? TAK LULUS KKM?


Salam bersiaran di pagi indah...

Alhamdulillah..
Hari ni sekadar berkongsi tentang produk permintaan ramai, SHAKLEE.... Nape ye sy nk kongsi pasal ni lagi? Produk lebih 50 tahun di pasaran ada lagi ke yang persoalkan?
meh sini kita clearkan ye.. Semoga ia dapat membantu...

Gempar satu Malaya mengatakan ade beberapa produk shaklee yg x renewal,yg di cancel,tarik balik dll.. Jadi adakah produk Shaklee Bahaya? Adakahah Produk Shaklee tak lulus KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia) ? MMg sangat bahaya jika kita mengambil sebarang supplement yang tidak mendapat kelulusan KKM. Ia boleh mendatangkan mudarat yang sangat bahaya.. Jadi , adakah anda percaya produk Shaklee Bahaya? Produk Shaklee tak lulus KKM ?


Mari kita lihat sejarah penubuhan Shaklee

Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. Shaklee sudah bertapak di Malaysia melebihi 55 tahun dan telah mendapat kepercayaan yang tinggi dari pelanggan termasuk golongan Profesional.
  Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Kenapa Shaklee istimewa berbanding yg lain:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
ADAKAH INI YANG DIKATAKAN BAHAYA?????? 

Shaklee juga menjalani pelbagai ujian Klinikal: 
  • 500juta USD dilaburkan utk ujian klinikal ke atas produk setiap tahun
  • Ujian klinikal atas setiap produk Shaklee
  • hasil kajian yang dipublish dalam jurnal-jurnal terkenal

Shaklee adalah VITAMIN SEMULAJADI, bukan sintetik seperti suplement yg biasa. pd masa yg sama harganya kompetitif & tak mahal pun.Jadi, adakah anda masih percaya yang 

SHAKLEE BAHAYA? TAK LULUS KKM?

saya sangat berharap agar semua bertenang. Jika produk Shaklee tak bahaya dan tak lulus KKM, tentu sekali memberi impak yang tidak baik pada pelanggan. Namun apa yang terjadi??? Ramai pengguna Shaklee mengakui bahawa kesihatan mereka dan keluarga jauh lebih baik selepas mengambil produk Shaklee. 

Begitu ketat pemeriksaan dari KKM sehingga, Vitamin C Sustain Release yang ditingkatkan formulanya masih dalam pemeriksaan KKM sehingga hampir setahun  belum dilepaskan oleh pihak KKM untuk jualan. Ini bermakna.. semua vitamin Shaklee yang berada dipasaran Insyaallah selamat dan telah diluluskan oleh pihak KKM. 

Produk Shaklee yang tidak melepasi kelulusan KKM sesekali tidak akan dipasrkan di Malaysia.

Bagaimana Mahu Memeriksa Status Kelulusan?

Anda boleh mengikuti langkah dibawah untuk pemeriksaan status Kelulusan.

Adalah Produk mungkin boleh semak di sini list info produk untuk register dgn BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA menggunakan  Quest3.



selepas itu, anda akan dapati senarai Produk Shaklee jelas mendapat KELULUSAN KKM





TIADA DALAM SENARAI

Terdapat beberapa supplement dari Shaklee yang tidak terdapat kelulusan KKM. Produk yang terlibat adalah

1.Energizing Soy Protein (ESP),
2.Perfomence Drink ( PD),
3.Cinch, Vivix (minuman Botanical), 
4.AJHT (ekstrak jagung), 
5.Collagen Powder (sisik ikan merah laut dala) 

Ini yg tiada dalam list krn dikategorikan sbg makanan. Makanan tak perlu kelulusan KKM sepertimana beras, susu & gula tak perlu masuk KKM.Jadi Bukan dibawah kawalan BPFK.

JADI.. KETAHUILAH BAHAWA PRODUK SHAKLEE SENTIASA SELAMAT DAN SEMULAJADI..JADI..JGN RAGU-RAGU LAGI



JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSKILAN.. ANDA DIALU-ALUKAN. JANGAN TERLALU CEPAT MELATAH DENGAN KHABAR-KHABAR ANGIN YANG BELUM TENTU KEBENARANNYA. DAPATKAN KHABAR SAHIH DARI KAMI SID (SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER) .KAMI DILATIH TIDAKLAH UNTUK TIDAK MENJADIKAN PERNIAGAAN ITU DENGAN NIAT MENGUNTUNGKAN SEMATA-MATA . TETAPI BERKONGSI KEBAIKAN BERSAMA SUPAYA SEMUA MENDAPAAT MANFAAT YANG SAMA. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN.. HUBUNGI SAYA. INSYAALLAH SAYA CUBA MEMBANTU ANDA DENGAN MAKLUMAT YANG BETUL , TEPAT DAN SAHIH

kredit: Kedai Vitamin Wahidah