Tuesday, 16 July 2013

Vitamin untuk LELAKI, kenapa ia perlu?




Kenapa LELAKI PERLU memilikinya?


✔ Bebaskan diri anda daripada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis dan kegemukan.

✔ Menghalang kesan perubahan hormon (umur 30 keatas) seperti mati pucuk, pembesaran prostat, keletihan, lesu dan kurang stamina.

✔ Mengelakkan kesan daripada diet kurang sihat dan kurang nutrisi 

✔ Lebih bertenaga dan meransang emosi baik untuk bersemangat bersama pasangan anda

✔ Awet muda, kerana vitamin e merupakan antioksidan yang melambatkan proses penuaan

✔ Menghasilkan cairan benih yang sihat, berkualiti dan mempunyai tahap mobility terbaik

Apa istimewanya Vitamin E Shaklee? 

Ia membekal vitamin e dan selenium semulajadi yang terbukti meningkatkan mobility sperma dgn mempunyai "good GPS system" untuk memudahkannya sampai ke destinasinya. Hebat bukan?

Lebih hebat jika digabungkan dengan OMEGA GUARG yg memelihara kesihatan kardiovaskular, pelihara tekanan darah serta fungsi sendi dan ZINC COMPLEX yang memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki dan kualiti sperma. 

Miliki atau hadiahkan vitamin gabungan mantap Vitamin E + Omega Guard + Zinc kepada diri anda atau suami anda hari ini!

Hubungi saya SEKARANG untuk mendapatkan SET LELAKI TERHEBAT ini. Harga dijamin berbaloi di pasaran dan konsultansi pastinya yang terbaik daripada kami. 




Monday, 15 July 2013

Mengajar anak kecil bercakap

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.  

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten.  Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat.  Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang  berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar  yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya.  Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul.  Daripada anda menggunakan ‘ne ne’  yang mewakili  susu  atau ‘mam mam’ untuk makanan.  Anda pasti teruja bila bayi anda  dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya  memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut  kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.



4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi  inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda,  pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan  membacakan buku kepadanya  supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten.  Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda.  Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia  belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 


8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus  supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
(Sumber: Pa&Ma Disember 2011)


Mummy boleh dapatkan juga Set Kanak-kanak... (OMEGA dan MEALSHAKE)


(mengandungi sumber minyak ikan terbaik dunia!! DHA,EPA)
(sumber protien yang tinggi membantu tumbesaran bayi anda sekaligus membantu menaikkan selera,mengurangkan masalah eczema, demam yang berlarutan dan sembelit)

Sunday, 14 July 2013

Punca ketidaksuburan suamisteri



Mendengar rintihan mereka-mereka yang telah lama berkahwin tapii belum dikurniakan cahayamata cukup menguji naluri seorang wanita  / isteri terutamanya.. Ye laa.. mana nak tahan nak dgr org tny ' eh,x pregnant lg?? Adik aku baru kawen dah prgnant pon... alahaiiii mulut orang ni mmg susah nak tutup... 

Apa2pon, jgn pernah berputus asa... Walaupun daku juga pernah mengalami saat ditanya oleh org2 sekeliling masa awal2 kawen dulu, siap bandingkan ngan anak dia lagi yang kebetulan kawen awl 2 hari je dari daku... Masa tu, memang sakit ati, Allah je tahu.. dah xde rezeki lagi.. padahal aku masa tu bru je 3 bulan kawen kot... Lagipun ,kami suamisteri berPJJ masa tu..Lainlaa anak dia kan.. memang serumah, tido sebantal kan... 

Apa2pon, tuk kaum isteri diluar sana, jgn berputus asa.. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI...

Sebelum kita berkenalan dengan set kesuburan. jom kita ketahui apakah punca2 ketidaksuburan. Secara fitrahnya untuk pregnant, kaum hawa perlu mengeluarkan telur iaitu ovum. Kemudian, ovum akan bergerak melalui tiub fallopio untuk menuju ke rahim. Sementara itu, sperma suami perlu bergabung dgn ovum isteri dalam perjalanan tersebut, disenyewakan dan menempek di rahim isteri. Namun, jika berlaku masalah di dalam proses tersebut, ia dinamakan punca ketidaksuburan.

Punca ketidaksuburan WANITA
Saluran tiub fallopio tersumbat – disebabkan jangkitan kuman yg menyebabkan tuib fallofio tersumbat atau kandungan luar rahim dan juga disebabkan endometriosis.

Endometriosis – terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesame sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.

Gangguan telur – hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbang hormone boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.

Masalah rahim – ketumbuhan pada rahim (fibroid) iaitu terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia bole membesar dan menyebabkan kesakitan semasa period.

Punca ketidaksuburan LELAKI
Sperma tidak matang – masalah ini berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang mencukupi dan dapat bergerak bebas. Kegagalan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin juga menyebabkan masalah ini. Penyebab lain adalah seperti gangguan hormon, masalah keturunan dan faktor persekitaran. Selesema juga boleh membawa kesan kepada kekurangan kualiti sperma.

Gangguan pengangkutan sperma – kekurangan sperma yang dapat memasuki tubuh wanita kerana salur duktus yang membawa air mani tersumbat.

Berdasarkan punca-punca di atas, beberapa langkah boleh diambil untuk hamil iaitu:-

Mengambil Multivitamin – semua wanita yang merancang untuk hamil adalah SANGAT disarankan untuk mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan janin. Si suami pula dinasihatkan untuk mengambil supplement zink dan sclenium yang dapat membantu pengeluaran sperma.

Dapatkan berat badan ideal – Sekiranya terlalu gemuk atau kurus ia akan mempengaruhi tahap kesuburan. Oleh itu sila kawal berat badan.

Ketahui waktu subur – Hari subur Cuma berlaku 4 – 5 hari dalam sebulan. Dengan mengetahui tahap subur, peluang untuk hamil adakah tinggi. Salah satu cara untuk mengetahui hari subur adalah dengan mencatatkan suhu badan asas anda dan perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lender serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.

Tingkatkan kesuburan lelaki – pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap yang optimum dengan mengamalkan hidup sihat.

Kurangkan tekanan – terlalu tertekan akan mengganggu kesuburan.
Jauhi dadah, rokok dan minuman keras – akan member kesan kepada kesuburan serta meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.

Rujukan: Majalah Pa & Ma (Jan 2013)



Setelah mengetahui punca ketidaksuburan dan langkah untuk hamil, jom kita berkenalan dengan supplement Shaklee… Ingin sy ingatkan supplement ini bukan jaminan untuk hamil, namun sebagai usaha untuk menstabilkan hormon, membaiki sel-sel badan agar berfungsi sepenuhnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Set Kesuburan Shaklee mengandungi vitamin/supplement seperti di bawah:
B-Complex
Vitalea
Vitamin C


Untuk Isteri
GLA


Untuk Suami
Zinc


Penerangan setiap supplement:-

B-Complex
Untuk sistem reproduktif yang sihat, penting dalam pembentukan janin, melawan tekanan, mengandungi asid folik, meredakan senggugut.

Vitalea
 Pelengkap nutrisi, tingkatkan metobolisma, redakan senggugut, elak anemia.

Vitamin C
Mengekalkan kolestrol sihat, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, meningkatkan motiliti sperma, elak sperma membentuk gumpalan

GLA 
Penghasilan estrogen, menyeimbangkan hormon.

Zink
Meningkatkan penghasilan testosterone, meninggikan kiraan sperma, untuk pertumbuhan
Boleh add on ESP juga ^^

Thursday, 11 July 2013

Cara Beri Ubat Pada Bayi



Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.


Rania pon awal2 dulu ms demam memang camni... Asal nmpk je kale lain selain putih dalam syringe tu, trus tutup mulut rapat2....  Jadi terpaksalaa umi masukkan air masak dlu dlm syringe tu, bg telan, cepat je... pastu bru laa cpt2 bg ubat... Kiranya umi sediakan 2 syringe, 1 tuk air masak, 1 tuk ubat ..kalau dia sedar yg tu adlh ubat.... ^^.. 


Tapi sejujurnya, umi nak elakkan bagi ubat2 an yang macam2 kale ni kat Rania... Kalau boleh buat cara natural remedies, umi lebih utamakan yg ni.. lagipun, macam2 kandungan dalam ubat tu yang kita pon tak tau kan.. dan melalui pembacaan , blogwalking, grup di FB yang sangat2 membantu dalam perubatan secara semulajadi yang boleh diamalkan kalau anak sakit.. tak de laa sikit2 nak pegi doktor kan... Mummy2 yang nak try natural remedies, banyak info yg boleh dapat kat Fb trutamanya.. sgt2 membantu.. ^^ .. Rania kalau setakat demam n selsema skarang ni memang umi guna cara natural sahaja.. Alhamdulillah... Apa2pon, mummy2 sume mesti tahu yang terbaik untuk anak2 kan... 


Walaupun hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Untuk memudahkan anak minum ubat dengan baik dan anda tidak menghadapi masalah memberikannya, cubalah tip berikut:-

*Dukunglah bayi semasa memberi ubat, pastikan posisi mendukungnya, kepala lebih tinggi dari badan supaya bayi tidak tersedak yang boleh menyebabkan ubat masuk ke paru-paru.

*Bayi yang tidak boleh duduk diam, mintalah bantuan orang dewasa lain atau anak lebih besar untuk menenangkannya. Kalau tidak ada orang lain, bungkus (bedung) tangan bayi agar tidak mengganggu anda.

*Jika bayi sering memuntahkan semua ubat yang diberikan, minta bantuan seseorang untuk membuka semula mulutnya dengan perlahan. Perlahan-lahan masukkan ubat ke dalam mulutnya.

*Jika memberi ubat jenis cecair anda boleh gunakan sudu, cawan atau pam ubat (biasa disediakan oleh farmasi semasa mengambil ubat).

*Menggunakan sudu : Letakkan di bahagian bibir bawah. Angkat sedikit sudu agar ubat mudah mengalir ke dalam mulut.

*Menggunakan pam ubat : Letakkan pam di sudut mulut bayi dan pamkan perlahan-lahan ubat ke dalam mulutnya sebelum mengeluarkan semula pam dari mulutnya.

*Pemberian ubat titis untuk hidung, mata dan telinga pada bayi juga ada caranya. Ubat titis hidung : Baringkan bayi di atas pangkuan atau di katilnya, tinggikan bahagian kepala dan biarkan bahagian hidungnya tinggi. Sebelum ubat titis diberikan, beri tumpuan kepada perkara-perkara berikut:-

*Rendam ubat titis dalam bekas berisi air suam dengan posisi tegak beberapa minit supaya apabila dimasukkan ke dalam mata atau telinga anak tidak terlalu terkejut.

*Jangan sentuhkan ubat titis ke hidung, telinga atau mata agar bakteria tidak berpindah ke dalam botol ubat.

*Perhatikan tarikh akhir penggunaan ubat kerana ubat yang melebihi tarikh akhir akan memburukkan lagi penyakit dihidapi oleh anak.

Wednesday, 10 July 2013

Alfalfa & Vitamin E bantu kembalikan kehangatan malam pertama

Hangatkan kembali hubungan suami isteri dengan
Alfalfa & Vitamin E
Salam semua pembaca yang ceria....Hari ini saya ingin menyentuh tentang soal yang agak peribadi namun penting iaitu keintiman suami isteri.

Adalah menjadi fitrah setiap manusia hidup berpasang-pasangan, mendambakan kasih sayang dan melakukan hubungan kelamin dengan pasangan masing-masing.

Lazimnya, di awal perkahwinan, hubungan intim ini sesuatu yang sangat menyeronokkan. Namun begitu, lama kelamaan khususnya selepas melahirkan, keghairahan untuk bersama akan mula pudar.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah disebabkan oleh keadaan faraj wanita yang sudah menjadi semakin “longgar”. Selain itu, masalah kekeringan sewaktu bersama juga boleh memutuskan mood untuk berintimasi.

Bagi ibu yang menyusukan pula, perubahan hormon dari sebelum ke selepas bersalin serta keletihan kerana menguruskan anak kecil dan rumahtangga kerap kali menjadi penyebab utama mengapa ajakan untuk bersama oleh si suami sering kali ditolak.

Namun awas wahai ibu-ibu sekalian, janganlah terlalu kerap berdolak dalih dengan ajakan suami kerana perkara ini boleh mengundang kepada masalah lain di kemudian hari termasuklah penceraian. Tambahan pula, tanggungjawab utama isteri adalah melayan kehendak suami selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum dan ajaran Islam.

Justeru, sekiranya anda merasa kurang selesa atau kurang yakin untuk beraksi semula setelah melahirkan, pengambilan Alfalfa & Vitamin E yang terkandung di dalam Set Keintiman pasti boleh membantu.

Namun sebelum itu, mari kita lihat dulu bagaimana kedua-dua supplement ini dapat membantu anda dalam masalah intimasi ini:

Alfalfa

♚ Bertindak sebagai agen perapat (ala-ala kacip fatimah)
♚ Mengatasi masalah keputihan
♚ Mengatasi masalah kering ketika bersama
♚ Merawat dan memulihkan rahim selepas bersalin

Vitamin E

♚ Menurut kajian, Vitamin E mampu meningkatkan libido kaum wanita
♚ Mempunyai nama jolokan Vitamin Cinta kerana kemampuannya untuk memberi rangsangan seksual
♚ Membantu menstabilkan hormon prolaktin (hormon penyusuan) punca utama kedinginan selepas melahirkan

Kini, jom kita tengok pula apa kata mereka yang dah cuba ...

Testimonial 1: Lepas ambil alfalfa, suami puji kata ketat mengalahkan anak dara


Testimonial 2: Hasil Vitamin E Shaklee bakal lahir pada bulan 2 2012

Kredit: Being Mary

Inilah antara testimoni hot pengguna Alfalfa & Vitamin E. Ternyata kedua-dua vitamin ini memang WAJIB diamalkan oleh semua wanita yang telah mendirikan rumahtangga apatah lagi yang telah melahirkan agar keharmonian dan keintiman di antara pasangan suami isteri dapat dikekalkan.

Anda diluar sana yang mengalami masalah seperti di atas, jangan segan silu untuk menghubungi saya bagi mendapatkan Set Keintiman ini. Untuk membuat pesanan, saya boleh dihubungi melalui:

SMS: 013 9927742
Shaklee ID: 933442

Disclaimer
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases   
* Testimoni ini adalah daripada pengalaman pengguna sendiri dan hasil setiap pengguna mungkin berbeza. 

Tuesday, 9 July 2013

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

selamat petang mummy2....Rini saja nak kongsi petua ni ngan mummy2 semua...Termasuk Umi Rania laa... Almaklumla, bersalin czer ni ambiik masa org kata kalu nak kempiskan perut balik.. Sampai skang ni pon, masih x dpt perut idaman.. uhhuukk.. Ok.. ni mungkin antara petua yang boleh kita amalkan... mungkin ambik masa, tapi mana tahu kan, menjadi... Check it out!

Pilihan 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia ke
ring sebentar sebel
um memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.

Pilihan 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Pilihan 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Pilihan 4:
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Pilihan 5:
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting – iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Pilihan 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Pilihan 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Pilihan 8: Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

Pilihan 10: Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Pilihan 11: Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Pilihan 12: Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

Pilihan 13: Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Pilihan 14: Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Pilihan 15: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 16: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Pilihan 17: Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya.

Pilihan 18: Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Pilihan 19: Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.


kredit: 
Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

Monday, 8 July 2013

Hangatkan kembali malam pertama..

Tajuk macam HOTttttt je kan? Tapi itulah yang penting dalam sebuah perhubungan suami isteri............

Dan bila sebut saja alfalfa, pasti ramai orang khususnya ibu menyusu yang mengaitkannya sebagai milk booster. Tapi tahukah anda bahawa alfalfa mempunyai fungsi dan kebaikan menjangkaui milk booster semata-mata?

Selain daripada dikenali sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN, alfalfa yang turut bertindak seperti kacip fatimah kepada kaum hawa mampu MENINGKATKAN kepuasan HUBUNGAN INTIM antaraPASANGAN SUAMI ISTERI. Tak percaya? Mari kita baca komen seorang pengguna (nama dirahsiakan) yang tidak sampai seminggu mengambil alfalfa dan telah pun merasai perbezaannya:




kredit: Being Mary
Sebagai seorang isteri, tentu saja anda akan merasa dihargai apabila diberi pujian khususnya sekiranya pujian tersebut datangnya dari suami sendiri. Oleh itu, kepada para isteri, bertindaklah segera dan jadikanlah alfalfa sebagai salah satu pengikat cinta bersama pasangan anda. Buat para suami pula, hadiahkanlah alfalfa ini kepada isteri tersayang demi rumahtangga yang lebih bahagia dan harmoni. Untuk kesan yang lebih uumpphh lagi, anda turut digalakkan untuk mengambil bersama dengan Vitamin E.

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan terhadap alfalfa atau mana-mana produk Shaklee yang lain, emailkan ke alamat  sharifah_rokiah@ymail.com, like page saya di Facebook atau SMS di talian 013 9927742. Konsultasi percuma selepas pembelian menanti pelanggan saya.